"Aku Terima Nikahnya"
Thursday, March 29, 2012
Tuesday, March 27, 2012
Perempuan,Lelaki dan dot dot dot
Kenapa Perempuan suka PELUK teddy bear...tapi Lelaki suka TENDANG bola...
Tips ni aku ceduk dari PAKAR, cuma aku interpret dengan cara aku sendiri bior aku dan korang paham...
*tamak*
Kenal dan pahamkan perbezaan sifat antara lelaki dan wanita
* Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.
-Sebab....dada wanita kan 'berat' sket dari lelaki...lelaki bleh tarik napas dalam2 sebab dada dia lapang dan ringan....so senang berbanding wanita...
* Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.
-Sebab tulah..kalau nak suh buat keje2 berat soh je lelaki...hoho
* Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.
-Sebab kalau halus ngan halus....dah confuse plak nanti kan..
* Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.
-Sebab....nanti kalu ada anak degil dia x takut lak ngan bapak....sebab suara bapak ngalahkan mak pulak...
* Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.
-Sebab....kalau tulang wanita yang lebih panjang, nanti wanita bertambah sifat2 nak mengonker/kontrol suami dan anak2 dan bukannya dilindungi suami..
* Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.
-Sebab....er sebab tulah wanita lebih penyayang...
* Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda
-Ye...tumpuan mata lelaki sememangnya bak cahaya laser dari c*** Julia Perez...sebab tu macam (macam ok...macam) fokus...perempuan semua benda nak tengok/pandang..sebab tu perempuan yang selalu cuai bila bawak keta...sume benda nak tengok...
* Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.
-Sebab....yelah kan..lelaki ni macam lebih fokus..perempuan akan take-note semua benda..teliti la katakan...semua penting..!
* Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki.
-Sebab....perempuan yang banyak menitikberatkan segala kemungkinan...lelaki? xyah mekap..semayang pun xyah tuka baju..xyah bawak 'pampers'...Sebab tu wanita selalunya lebih organize...
* Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit ,surat-surat penting dan kad kredit bank.
-Sebab....semua perempuan dah bawak...watpe dia nak bawak lagi...
* Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm…dan macam-macam lagi.
-Oh...belum cukup wanita lagi aku rupanya....uhuk..
Ok...paham dah kan nape perempuan suka teddy bear dan lelaki suka tendang bola....?
Baguslah kalau paham....Dah...jangan gado..gado...
Thursday, March 15, 2012
13 & 14 March 2012 | PICC
salam.
semalam attending senior's convocation day. will update + upload the pictures.
soon...
Sunday, March 04, 2012
dot dot dot
salam and Hi to my dear readers.
Okai. Nampak sepertinya saya sedang kelapangan. Ye, Minggu ni budak-budak ade ujian PKSR. Jadi, cikgu pun bahagia online tanpa perlu buat RPH. ehehe.
pertama sekali, saya nak bagitahu yang Nurul Badiah Lai komen kat belog kite. Uii. Hengatnyee senang well-known-blogger nak bace dan komen blog kite? Haritu Miss Totin. Wahh.. Heppi sungguh!
Hmm. Last week memang sibuk. Dengan kem Kepimpinan lagi. Fuu~ Apepun, saya sangat gumbira dapat menghabiskan masa dengan kesayangan-kesayangan saya : Aida Suraya dan Syardea Erdina. memang enjoy. Thanks for the treat Mrs. Alwi. ekeke. Im so glad dapat chitchat dgn u guys dan mengenmbungkan peut di Shabu-shabu.
Aikk. Tadi bukanlah mainnye banyak bende nak cerita tetibe dah menaip.haram. Cess. Takpe, nanti ada cerita I stori lagi. Since tengah free-free ni...
Wednesday, February 22, 2012
my Life, my Future (part 5)
SALAM.
Hai readers. (*bajet ramai lah orang baca blog anda?yekk!)
sorry for no update.
lately,bz dengan prac plus dengan ketiadaan tenet so memang sangatlah sengsara hokay!
it has been a month I prac kat SK St Paul.
BANYAK gila pengalaman yang sangat-sangat berharga diperolehi. Bak kata makcik I "biasalah tu..bunga-bunga nak masuk posting. biar ko tak terkejot kalau tetibe dapat skola camtu."
hokay,take it as an expensive experience.
Oh iye, now I dah stay dengan my Aunt kat Seri Iskandar. kalau dulu an hour nak sampai skolah, sekarang tinggal 30 minit sajer. hehe. bangun pon dah boleh lewat-lewat. kadang-kadang pukul 7 baru nak gerak. hehehe. Hmm. hari ni nak balik rumah Ipoh. sebab weekend nak balik rumah nenek. nenek rindu saya sudaa. hehe. BELOVED CUCU katenye. euuuw!
Lec dan Guru Pembimbing MAJOR baru sekali observe. Minggu depan nak observe lagi sekali. so kene well-prepared especially PORTFOLIO. dua kali obseve,dapat markah rendah untuk portfolio. well,orang RAJIN katenyee.
okie doke! nak sambung wat BBM nih. jumpa kat next entry.
thanks for reading. heart uolls ketat-ketat!
p/s : adik saya dah beli kereta. tak sabar nak catwalk dengan kereta baruuu.
Labels:
adik BKW,
BKW,
famili,
life as a teacher trainee.
Wednesday, February 15, 2012
mahu lipatgandakan pahala anda?
Mahu lipatgandakan pahala anda? Nah,ini jawapannya!
8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadith Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
(Hadith riwayat Anas bin Malik)
Tuesday, February 14, 2012
ujian itu hikmah!
sedang kacau fikiranku. harap semua ini berlalu seperti angin bayu.
Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku mengharungi segala dugaan-Mu ini. Daripada Engkau ujian ini datang, dan kepada Engkau jugalah aku mohon ujian ini pergi. Tetapkanlah imanku,Suburkanlah hatiku dengan ikhlas dan istiqamah.
Aminn~
Kita mengeluh apabila Allah turunkan hujan di tengah hari. Tanpa kita sedari,selepas perginya hujan, rupanya Allah mahu hadiahkan kita dengan Pelangi. Semoga pelangi itu akan sentiasa mewarnai kehidupanku secerianya hidupku ini.
|Allah takkan datangkan ujian itu jika kita tidak mampu untuk menghadapinya. Mesti saya mampu! Sebab tu Allah bagi saya ujian ni.|
Subscribe to:
Posts (Atom)