Showing posts with label life as a teacher trainee.. Show all posts
Showing posts with label life as a teacher trainee.. Show all posts

Friday, October 12, 2012

a Priceless Moment of Final Semester |part 1

Bismillah Arrahman Arrahim
Assalamualaikum friends.


it has been a long time *i guess* I didnt post anything here. Since rase rindu dengan blogging, Fateha Wahid telah mencadangkan "kau buh je la sume kt blog.." Yeah! betul jugak! Hihii. Thanks Mrs-Frodo-Wanna-Be.

Alhamdulillah, dengan izin Allah I made it untuk datang hadir ke majlis sosial dan majlis Ilmu. haippp. bukan sosial yang laga-laga pipi dengan bukan muhrim tu. No No No. Sosial bersama warga IPG Kampus Ipoh. Hehehe.

Hari Rabu lepas my Junior, H3 ada create satu event which is more to socialize and release tension. Konsert 1 Malaysia, 1 Irama, 1Perjuangan tu diadakan bagi memenuhi kehendak kursus elektif mereka;Pendidikan Muzik. Event yang best sebab penuh dengan aksi menggesek, meniup, menghembus, mengetuk dan memetik alat muzik. Orkestra yang super mantap bagi tahap amatur ni memang memukau hadirin dengan dendangan dan paduan bunyi alat muzik yang best. Tahniah to them sebab berjaya melaksanakan satu event yang boleh dianggap besar dan hebat. Artis dan Penyanyi? Opkos lah di kalangan warga kampus jugak; pensyarah dan guru pelatih. Bukan mencari bakat untuk diketengahkan menjadi artis,tetapi hanya berkongsi kepakaran dan menghimpunkan rakan-rakan untuk sama-sama enjoy the show.


promosi besar-besaran taww



Tahniah adik-adik atas kejayaan korang mengendalikan konsert ni.


Selang dua hari selepas merehatkan minda yang serabut di pertengahan minggu interaksi kuliah, Biro Kerohanian dan Moral telah menganjurkan Karnival Sebarkan Bahagia. Event ni tersangatlah  seronok kerana sepanjang 3 hari bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad pelbagai program dan pengisian telah diaturkan. Bermula daripada forum sampailah konsert. Yang ni pun tak kalah hebatnya kerana kerjasama dari NGO mudah-mudahan dapat memberikan yang terbaik untuk semua. Wah! dah macam pengulas rancangan minggu ini pulak. Hehe. Just now baru balik dari forum. Ustazah Fatimah Syarha dengan Yatt Hamzah jadi panel. Memang best ! Segala ilmu berkaitan "Jika Aku Jatuh Hati" memang sangat-sangat berguna. At first datang sebab syok dengar tajuk pasal cinta. Hehehe. Tapi jangkaan meleset sebab Love is not about your Love to HUMAN but we back to basic; Who is The Creator? Kita selalu alpa dengan cinta manusia sampai lupa cinta pada Yang Maha Esa. Event ni sangat-sangat membuka minda untuk I merenung kembali persediaan menuju gerbang perkahwinan khususnya dan mendidik diri menjadi muslimah. Thanks to AJK sebab anjurkan super dupper best punye program! Keep It Up ! ! !


12-14 Oktober. Lihat. Lihat. Lihat.

Tahniah adik-adik BKdM yang organize event best nih ! Thank You !


Selepas review dua program ni, jom layan gambar ! Hew3.

Konsert 1Malaysia 1Irama 1Perjuangan

kaunter pembuangan undi. eh bukan. pembuangan nombor cabutan bertuah. :)

ahli orkestra-vaganza ! hehe

Mrs Frodo to-be & tuan blog !

tudiaaa. geng H3. nyanyi lagu patriotik. :)


acara dah habess.


sesi bergambar dengan artiss dan jemputan VVIP. hehe.

ni lah jemputan VVIP yang humble tu.. kih3. :)



*****


Karnival Sebarkan Bahagia : Forum "Jika AKu Jatuh Hati"






See. I dengan retiss okai ! Yatt Hamzah in the house !  :)

betapa ramai kerumun nak amek gamba. Ustazah Fatimah Syarha & Yatt Hamzah.


selingan sebentar. ni pon artiss okeii.

comell betul ustazah Fatimah ni. harap-harap pasni I pon akan jadi ustazah macam dia. Aminn~

Adore her. bukan setakat berhijrah dengan bertudung, tapi siap sarung tangan lagi !  Insya-Allah !

Belon-belon tu memang mengalu-alukan kehadiran I. hehehe :)


.:: Sepanjang hampir 5tahun setengah belajar di IPG, banyak pengalaman dan pengetahuan telah dikongsi dan dicari bersama rakan-rakan seperjuangan. Semoga segala ilmu yang diperolehi menjadi panduan untuk dijadikan sempadan mahupun tauladan yang mendewasakan diri ini. Syukur Alhamdulillah ! ::.


Thursday, October 04, 2012

Counting Days . . .

Assalamualaikum readers.

Okey. Im counting down the days. Takut nak menghadapi. Takut sedih dan terlalu sebak. Sebelum ni tertunggu-tunggu kedatangan harinya. Bile nak dekat dah, semakin takut. Haisshh. *tuhla. dulu nak sangat kan. Now? hmm.

Assobru Minal Iman. |Semoga Allah permudahkan segala urusan ~ | Aminn .

Wednesday, October 03, 2012

Counting Days . . .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum readers.

Dah lama rasanya I tak menulis kan? Sangat sibuk sampai terpaksa meninggalkan blog yang bersawang. Okey, Mari sudahi kesibukan itu dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidaayah. Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

I sedang mengira hari ni. Mengira hari untuk jeng jeng jeng. Sebak, Terharu, Gembira, Sedih semua ada. Semoga Allah permudahkan I untuk melalui semua itu. Aminn ~

Till then. . . 

Wednesday, July 11, 2012

Internship | part 1


Assalamu Alaykum. Hai readers...

Just wanna share with u guys pasal Internship I ni. Internship = Latihan Industri. so, u guys mesti boleh bayangkan betapa hectic nye kehidupan sepangjang Internship. dengan nak Kajian Tinadakan. okei. Kajian Tindakan blom sentuh ape pun lagi. puiii kat diri sendiri.

Internship ni I dah plan 3 projek; mural, senamrobik & kuiz matematik.

Alhamdulillah mural dah siap. Lega. tapi mentor request buat lagi untuk aktiviti gotong-royong. Okei,kerana nak markah lebih, sila buat baik yng berpada-pada. Teheheee.

tadaa ! mural oleh cik tangan kayu. kih3.

Senamrobik semalam dah jalan. The kids were enjoyed yesterday as I am. *sebab I yang jadik instructor!  hehe. Sangat happening bila all the school members join. Mujurlah I buat senam seni gitu. So,takla bosan. Paling best bila tengok ada sorang cikgu lelaki (dah kawen okei!!!) enjoy gila berzapin. padahal selama I kat sini dia macam pendiam jee. Teheee~ Objektif tercapai. Happy !

Jumaat ni (lusa) last projek akan jalan; kuiz Matematik. supposed to done it last week tapi sebab member ada motivasi, kita pon mengalah la. Huhuhuu ~

Hopefully semua akan berakhir dengan best! Tak sabar nak habis Internship... !

sudut pandang dekat. idea ni diceduk dari idea exhosmet. hehehe. okeylahhh kan. *bluekk. puji diri sendiri. kih3

Thursday, June 21, 2012

Last Semester as Teacher Trainee in IPG Kampus Ipoh |part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah kerana dengan rahmat-Nya harini I dah melalui hari ke-4 dalam semester akhir (8) untuk menamatkan pengajian dalam bidang perguruan. Segala puji bagi Allah,Yang Maha Berkuasa atas sekelian alam. I berdoa semoga segala perit jerih akan terbayar sepanjang belajar ni apabila I berjaya menghabiskan kesemua program yang perlu untuk membolehkan I bergelar siswazah. Insya Allah !

Semester akhir selalunya menjadi semester paling 'pulun' sebab nak selesaikan internship dan menyiapkan Kajian Tindakan. Sejujurnya, last semester I was like sangat malas nak siapkan kerja. Oleh kerana sudah terhantuk baru terngadah, I berazam untuk fully 'pulun' untuk laksanakan all those things supaya penat lelah selama ini tidak disia-siakan hanya kerana tak siapkan Kajian Tindakan dengan baik. So,few days before eighth semester started I have met my fren to help me rearding this Kajian Tindakan. Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar. Semoga Allah membenarkan sikap rajin itu kekal dalam diri sehinggalah tamat pengajian dan seterusnya menjadi double rajin setelah dipostingkan kelak. Aminn ~

Memories adalah benda paling susah nak dilupakan. Mesti last day jumpe kawan-kawan sepengajian I akan bernangis-nangisan. Tapi hidup mesti diteruskan kan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Just face it coz it is the way u turn to be matured. 

Next week I'm gonna start my Internship. Alhamdulillah tiga kertas kerja projek dah siap. IF the Headmistress agree on my paperwork,I can just do it and finish collecting data for my Kajian Tindakan. Tak sabar rasanya nak masuk sekolah semula,jumpa anak-anak murid. Yes, I missed them actually. Huhuu.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku, lancarkanlah perjalanan setiapnya dan Kau rahmatilah kehidupanku."
Aminn Ya Rabbal A'lamin ~

presenting u guys dua orang hausmet yang dah grad tahun 2010 lepas; Fara & Syardia


ni atok Syardia. inspires me untuk gigih belajar ! hehe
the threesome ! hehe
semoga suksess ye kawan :)


Thanks for reading ~

Wednesday, February 22, 2012

my Life, my Future (part 5)

SALAM.
Hai readers. (*bajet ramai lah orang baca blog anda?yekk!)
sorry for no update.

lately,bz dengan prac plus dengan ketiadaan tenet so memang sangatlah sengsara hokay!

it has been a month I prac kat SK St Paul
BANYAK gila pengalaman yang sangat-sangat berharga diperolehi. Bak kata makcik I "biasalah tu..bunga-bunga nak masuk posting. biar ko tak terkejot kalau tetibe dapat skola camtu."
 hokay,take it as an expensive experience.

Oh iye, now I dah stay dengan my Aunt kat Seri Iskandar. kalau dulu an hour nak sampai skolah, sekarang tinggal 30 minit sajer. hehe. bangun pon dah boleh lewat-lewat. kadang-kadang pukul 7 baru nak gerak. hehehe. Hmm. hari ni nak balik rumah Ipoh. sebab weekend nak balik rumah nenek. nenek rindu saya sudaa. hehe. BELOVED CUCU katenye. euuuw!

Lec dan Guru Pembimbing MAJOR baru sekali observe. Minggu depan nak observe lagi sekali. so kene well-prepared especially PORTFOLIO. dua kali obseve,dapat markah rendah untuk portfolio. well,orang RAJIN katenyee.

okie doke! nak sambung wat BBM nih. jumpa kat next entry.

thanks for reading. heart uolls ketat-ketat!

p/s : adik saya dah beli kereta. tak sabar nak catwalk dengan kereta baruuu.

Monday, January 30, 2012

my life, my Future (part 5)

salam.

hai readers. 
sudah lame kan rasenye blog I ni senyap kan.
mane tidaknyee, idea berbelog tak kunjung tiba. hehe. sorry ye.

ok,hari ni I nak share dgn uols pasal entri yang lebih kurang sama tema tapi jalan cerita berlainan. eh,apakah? hmm. pasal my life-to-be. huhuhu. by the way,I nak bagitahu yang this year is my final year study. so akan sibuk dengan prac dan jugak internship. hattoi. not forgotten,my thesis a.k.a Action Research.

hari ni merupakan hari pertama I menjalankan prac 3 untuk semester tujuh (7). which is I akan stay kat sekolah tu for about 3months. for the time being, I berulang dari rumah sewa di Ipoh ke sekolah. it takes about an hour nak sampai sekolah. huhu. my school is located at Tanjung Tualang. to be specific; SK. St. Paul, Tanjung Tualang. sekolah kecik. murid pon sikit. paling best skali, my first day was sooo great! the teachers and pupils give me a warm welcome yang membuatkan I rase best sangat.

tak banyak benda boleh nak cerita lagi since i belum lagi masuk kelas. so, will update soon ya. hehe.

p/s : memandangkan prac kali ni 3 bulan I akan post entry guna kaedah bumper. so taklah u guys buhsan kannn..

thanks for drop by to read my post. sayang korang ketat-ketat!

Monday, August 01, 2011

entri cepat tapi kurang padat.

Salam to all readers.

Hai. Huhu. Hari ini dah masuk minggu kelima praktikum. Tapi satu gambar pasal sekolah praktikum I tak share lagi. T__T. Haha. Bukan ape, si orange tu takde bateri. Tak tahu campak mane chargernye. Haishh. Tunggu Aida Suraya belikan katenye. Haha.

Oh ye. Minggu ni jugak merupakan minggu pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa. Oh. Bulan depan mahu raya pula. Aiyoo! Puasa pun baru sehari kecoh raya je lebih. Ok,tamatkan propaganda I disitu. Hehe. This year I puasa bertiga aje kat Ipoh. Untung bertiga. Kalau tak berdua aje sebab hausmet yang lagi tua dua tu dah bekerja. So mereka tak stay dengan I lagi. Ekekeke. Bangun sahur tu sudah mesti kerana ada berkat di dalam sahur itu sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kita melambatkan waktu sahur. Waktu berbuka juga digalakkan mempercepatkannya. Tapi bukanlah lepas azan Asar terus buka! Lepas je yakin dah dengar azan Maghrib terusla baca doa buka puasa dan jamah kurma. Nyam3.

Okeyh. Minggu ni juga I akan balik rumah.  Weehoo! Nak berpuasa kat rumah dengan keluarga katenye. Haha. Lagipun nak uruskan hal insuran kereta, buat ic baru dan juga nak g showroom PROTON. Mysis nak beli kereta katenye. So, mahu diajak kakaknya yang cantik ini temankan. Hehe.

I rase macam takde madah aje nak stori kali ini.Kalau nanti ada hots stori, kita share same-same.




''Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi". 
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

fast forward punye entri nih namenye. haha.

Friday, July 22, 2011

Karma. Padan Muka!

Salam to my dear readers and also stalker. Ekekeke (ade ke?)

Harini dah masuk minggu ketiga I berpraktikum. Hell-yeah,memang best ok! Since ade subjek minor untuk di-observe, so I tersangatlah enjoy. Hukhuk. Enjoy ke?

Hurm,,let me story about the environment of my new-prac-skool. As for me, every sekolah ada waktu best dan waktu tak best. Waktu best dah tentu-tentu time kat kantin! Hahaha. Waktu tak best pulak time cikgu senior dok pandang kerek kat kite. Euuww! Hahaha.
Student I untuk sem ni pun bertambah. Mane taknye, kelas pemulihan ada 10orang. Yang untuk subjek minor kat kelas perdana ni ada 48orang. Hihihii.. Apepun, I sangat hepi sepanjang berpraktikum n doa semoga perasaan bahagia menjadi pendidik tu akan stay sampai I retire nanti. Aminnn~

Untuk semester ni I kene ajar subjek minor which is Bahasa Melayu. Compared from teaching kelas pemulihan dan kelas perdana is about handling classroom management dengan BBM.
Kelas Pemulihan senang sikit nak jaga sebab murid sikit. Tapi kalau budak buat muka layu, cikgu pun mengajar sambil ternguap-nguap. Haha.
Kalau Kelas Perdana ni pulak masya-Allah! Susah oo nak jaga. Bising satu hal, tak dengar cakap. Aiyyoo! Sampai hilang suara nak suruh dorang tak buat bising. Tapi memang pelik la pulak kan kalau budak-budak tak bising. Hehehe. Dulu I pun macam diorang. Dapat cikgu praktikum mengajar, mulalah nak tunjuk perangai. 
Oh Karma! *what u give, u get it back!*

Biar apa pun yang I alami kat sekolah, I take it as a priceless experience. Waktu praktikum ni lah I kene study macam mana budak-budak kan. Nanti tak la terkojot berok siap nangis-nangis bile kene buli dengan budak-budak. Hahaha. Again, its Karma! 


#dulu masa zaman kecik-kecik duduk di bangku sekolah, suka sangat kan menyakat cikgu baru. Sekarang sudah mahu jadi guru, rasakan ape yang pernah kau buat dulu. Wuwuwuwu...#


Thanks for reading.

p/s : Kahwin Sebelom Posting atau Posting dulu baru Kahwin?

Friday, July 15, 2011

Fuu...^^

Salam to my dear readers.

It was an hectic week bcoz I kene adapt dengan new environment kat skola practicum yang baru. Fuu~ Got loads of story to share. Ekekeke. See ya in next entry. Love uols much!

Tuesday, July 05, 2011

my Life, my Future (part 4)

Salam to all readers.

Harini merupakan 1st day praktikum I untuk fasa dua. Hehehe. Semester ni lebih mengujakan sebab it takes two months period. Hehehe. Will update some more later.See ya!

Sunday, July 03, 2011

Eye on the prize!

Assalamualaikum.

Tomorrow will be the new beginning for me. I am really excited to start it. Hope I can do better than before. Pray harder and work harder to accomplish it and make my dream come true.

I will never turn back time. I have to do the best so that I will always remember my previous and the memory will never fade away. Since yesterday I have prepare myself, my needs and hopefully it enough to be brought as my weapon to start my war. Ekekekeke.

Tuesday, April 26, 2011

My Life, my Heart (part 3)

Assalamualaikum.
Kaifa haluk? Heheh. Sepiking Arab lah pulak. Wiwiwiwi. Yezza, lame jugak tertangguh part seterusnya untuk entri 'my Life, my Heart' ni. Teheee. Maklumlah,sedih sangat. Muahahaha.


Okey,kene flashback balik masa I lastday prac hari Jumaat tu. Tak sangka pulak I yang ada seorang cikgu nak pindah. So, plan kami untuk bagi present kat pihak sekolah dan guru pembimbing secara personal agak terbantut sebab kami turut diraikan dalam majlis itu. Almaklumlah,hadiah murah je. Awok takde pitih lebih yobb. Malu kot.. Huhuhuu. Tapi I buat muke selambe je la bagi kat perhimpunan tu. Huahuahua.


Pagi tu agak sedih la jugak. Tapi untuk menyembunyikan kesedihan dan airmata daripada tumpah, I dah standby dengan mekap yang tebal plus wear contact lense so that airmata takkan jatuh. Muahahaha. Bijak tak cikgu? Mestilah! Tehee...


Mari lihat gambar-gambar hari terakhir kehidupan Cikgu Nell di SK Rapat Setia.


Bersama partner, Ima Asmani
Majlis tumpang sekaki. Tapi blur sebab ambik dari belakang dewan. haha
The last time I berucap depan student of SK Rapat Setia
Three Stooges. Hahaha.
Sesi makan-makan di kelas Pemulihan

Cute kan kek yang I buat ni. Hahaha. Tipu!!!

With the student, 2 Taat

Happy moment with them, 3 Taat

My new son-in-law wanna be. Hahaha
My Syamir nakal! Muahaha.
Maaf, Kami tak skendel. Suami orang tuuu! Aipp


Hurm...SK Rapat Setia betul-betul bagi I satu pengalaman praktikum yang pelbagai. For Next Praktikum I have been posted to SK Tambun. Partner pun dah bertukar. sambungan my Life,my Heart ni akan disiarkan dalam entri pada bulan Julai nanti sebab my next praktikum will starts on the month of my Birthday, yaww. Hahaha.


::man Jadda wa Jadda = sesiapa yang bersungguh-sungguh dan dia Berjaya::

Wednesday, April 13, 2011

My Life, my Heart (part 2)

Assalamualaikum

Seronok betul I cerita pasal "my Life,ny Heart" ni kat blog. Hehehe. Sampai membe yang same-same praktikum dengan I pun macam kagum! Oh,apakah? Hahaha. Tadi masa on the way nak balik rumah daripada sekolah, I bagitahu my fren yang I macam dah sedih. Yelah, This Friday will be the last day we all kat SKRS. Tapi sampai harini masih takde hati nak bagitahu diorang. Hahaha. Dahla masa sembang tadi lagu jiwang syahdu tengah berkumandang dari corong radio. Fuhh! Memang dah bergenang aje mata cikgu rock ni. Hehehe.

Seperti yang dijanjikan, I nak share dengan uols pasal murid-murid I yang nakal tapi I dah mula sayang. Pheww! Apa punya bahasa ni? (maaf atas kecelaruan bahasa kerana sedang beremosi.huhu) Hari ni I buat pengajaran bersama dengan my fren. I run the first and second phase dan my fren do the rest. Part group-working kami handle sama-sama. Rase macam dekat je dengan diorang. Daripada diorang tak tahu membaca, sampailah da boleh membaca even merangkak-rangkak tapi memang puas! Ok-ok,I takmau cerita banyak. So, let me introduce u the TUNAS MEKAR's member of SKRS.

begitu tekun anak-anak murid I belajar kan...

see...sungguh bersemangat nak jawab soklan!

Yeahh...d Cikgu jojess dan Cikgu cantek bersama anak-anak murid.

man behind our prac in SKRS, Cikgu Rosidi.

Okey. Nampak tak betapa I sangat sayang kat deme ni semua? Hehehe. Mari-mari I kenalkan uols dengan anak-anak murid I yang comel nih ha...


Burhanuddin. Panggil Buhan. Bijak tapi buat kerja nak cepat siap aje! Kalau dah geram I cubit pipi dia suruh padam dan buat semula kemas-kemas. Cute kan senyuman dia nih? Hehehe. 

This is Aiman. Pendiam je masa mula-mula I masuk kelas. Takut agaknya dengan cikgu jojess yang garang ni. Hahaha. Tapi sekarang,,suara dia paling kuat. Yang ni paling manja! Buat kerja pun kita kene ngadap dia je.

Fathul Qarib. Lemah lembut je. Tak banyak kerenah langsung. Kalau tak faham, dia mesti tanya kat Cikgu. Huhuhu.

Kugan. Nakal + Bijak. Pantang kalau I duduk diam je mesti dia pun sibuk mengacau kawan-kawan. Tengok je lah posing dia tu! Hahaha.

Maizatul. Mula-mula dulu dia suka tunjuk dia tahu segala. Lama-lama, dia dah berani nak tanya I kalau tak tahu apa-apa. Dan dia dah boleh membaca taw! Sukeeee cikgu!

Alis. Nampak macam sister untuk adik-adik. Yang ni pun senang nak take care of. Pandai membawa diri.

Povanraj. Tadi dia suruh I panggil nama manja dia; Povy. Hahaha. Yang ni memang bijak. Semua dia je yang nak jawab. Kalau tak bagi dia jawab, mulalah dia nak mengamuk! Ish3!

Lenish. I geram sangat dengan dia ni. Tapi masa mula-mula la. Sekarang bila dia dah pandai baca, Wahh! bangga cikgu taw! Segala nasihat I dia dengar. Kalau I pesan suruh baca buku, mesti dia baca. Good boy!

Razzak. Haahaha. Pernah sekali I marah dia, terkebil-kebil mata tengok I marah. Hahaha. Ni pun dah semakin bijak. Kembang cikgu! Hehehe.

Azriel. Mulut dia saja yang bunyi! Macam popcorn! Hahaha. Sweetface+Bijak. Complete package to be my future son-in-law. Hahaha.

Happy sangat bila murid-murid datang tanya soalan kat Cikgu. Fuuuu~


Diorang ni semua sangat comel taw! I memang dah sayang kat deme. Plus-plus love lah! HuHuu.. Wait-wait-wait. My Syamir. Hehehe. Jap eh.

Taraaa!!!!
This is Syamir Natasyir Khan. Yang ni Tersangatlah nakal! Suka sangat main lari-lari dalam kelas. mentang-mentang dah pandai, kejap je keje dia siap. Pastu kacau orang. Ishh! Geram cikgu taw! Tapi sekarang Cikgu dah sayang kamu. Hehehe. 
Biar nakal mana pun bebudak ni buas camana pun dan perangai serupa cakcibau, cikgu tetap sayang kat korang. Pehh! Esok ada last observe. Lepastu merdeka. Tapi mesti lepastu syahdu-syahdu pulak. Wuuu~ T.T
I takmau nangis atau buat muke seposen depan dorang. Alah, relaksla. Karang esok-esok bukan takleh jumpa kan. Boleh aje kalau nak. Hehehe.

***this is The cycle of Life.Kita tak lari dari pertemuan dan perpisahan. Samalah macam kehidupan dan kematian. Betul tak? So, kita kene cari dan kutip segala pengalaman yang ada sebagai bekalan untuk berdepan dengan masa hadapan yang mungkin lebih mencabar dari apa yuang telah kita lalui hari ini.***

Monday, April 11, 2011

My Life, my Heart

Assalamualaikum.
Semalam I ade kate nak share dgn uols pic student-student I kan?
Hehehe. Selepas memeriksa segala folder, setakat yang ada ni dulu. Later I akan bubuh lagi gamba-gamba mereka porno tu. Aippp! Hahah.

Let pitchas story the rest.


from front clockwise: fathul, razzak, aiman, Burhan, akid, masizatul and Syamir!

from left clockwise : povan, azriel, alis, lenish, letchumi dan rosita

Garangnye cikgu! Siap singsing lengan lagi! I Tengah mengajar Math tahun 3

Aiman and Kugan. Aiman sangat pemalu and he is soo tiny too. Haha
Hehehe. Nanti I share dengan uols bout this cute boy named, Mohd Syamir Natasyir Khan. Yang paling nakal dan tak respect I langsung at first and now, Cikgu sudah sangat sayang sama itu budak!