Monday, November 28, 2011

first step.

salam
hai readers. sejak sampai shah Alam terchinta ni,blog I pon senyap kan. actually banyak yang hendak disetorikan cuma tahap kelapangan dan kerajinan membataskan.

by the way, I just came back from kampung nenek. ada kenduri katenyee. agak besar jugakla feast itu. tapi apa yang membuatkan I kesal is, kenapa saya tertidur bila time orang sibuk kenduri? Ouh Damn! terasa macam tak guna pulang ke kampung kalau hanya untuk tiduran sahaja tanpa menolong. Hopefully, next year (eh,bukan dah next year ke?) azam baru ialah untuk meningkatkan tahap kerajinan dan menumpukan perhatian kepada pembentukan disiplin diri. ini kerana banyak tugas berat yang menanti untuk dipikul selain membuat satu anjakan paradigma dalam hidup.

Semoga apa yang I tuliskan hari ini bukanlah cakap-cakap kosong kerana I really wanted to change myself! Berubah ke arah kebaikan. Pray for me ya peeps! Leb uolls!


Friday, November 18, 2011

this is life.

salam to my dear readers.

fuhh. today is hari berehat I after a week struggle for exam. haha. struggle ke? macam lebih banyak main daripada stadi. tido pon lebih. haish. okei,let bygones be bygones. exam untuk semester ni pon dah berlalu. ngeh3. so, lets continue story and moral of the story for today. hik3.

hari ini dimulakan seawal jam 12 tengah hari. haha. anak dara bangun tengah hari buta! sila jangan ikut perangai tak sopan ini. hihii. bangun-bangun je terus ngadap tv tengok 'FullHouse' series kat ntv7. haha. terok benor perangai! habes tengok tv terus mandi then basuh baju then kemas rumah then jemur baju then keluar pergi bayar bil and lastly pergi kedai mak arep beli lunch. haha. dah bangun lewat,memang takla nak masak-masak kan? lepas makan kita rehat tengok tv,pastu online,pastu baring pastu tidor. pukul 5.30 petang keluar pergi tanjung tualang. Hahaha. cari sekolah praktikum katenyee. kesimpulannya, life tak produktif, progresif dan proaktif langsung kalau bangun time matahri tegak atas kepala!

starts my pencarian at 5.30 pm. about 2hours jugaklah mencari sekolah praktikum I tu. dahla salah jalan. tapi takpe. kalau tak salah,mesti takkan jumpe jalan yang paling dekat nak pergi sekolah kan. huhuu. luckily,sekolah I tu dekat dengan pekan. so,takdela horror sangat. hehe. by the time I sampai tanjung tualang pon almost 8 pm. so,better balik rumah kan. all the way nak balik ipoh tu ade lah jugak usha-usha rumah yang macam okei untuk nak sewa IF I nak stay sana. lagipun next sem praktikum 3bulan. tapi bile pikir expenses untuk minyak kete, sewa+utility rumah (ipoh+tanjung tualang), makan n bla bla bla, baik ulang alik je. I bajet kalau berulang memangla bazir mase tapi I dapat save on sewa 2 bijik rumah. minyak kete+tol about RM200 per month. kalau menyewa kat tanjung tualang tu sebijik rumah cost around rm300. utility bill lagi? haha. apepon,ni baru keputusan awal. I think its better for me sembang dan bincang dengan ayah to find the solution. kan?

wuhuu.nampaknye, semester depan akan jadi lebih mencabar. lebih belajar untuk menjadi dewasa dan lebih perlu bersiap sedia untuk menempuh kehidupan seorang guru yang nantinya akan dihantar ke mana-mana sahaja bersendirian. tiada kawan,keluarga mahupun musuh. belajar untuk membina kehidupan untuk tempoh 50 tahun akan datang. huhuu.

#experience in life teach us to be more matured. mungkin hari ini kita dipinggirkan kawan-kawan tapi itu bukan bererti kita perlu mengalah sebaliknya jadikan ia satu cabaran untuk bersaing dengan yang lain. huhuu~

Saturday, November 12, 2011

menghilang bukan bererti hilang.

salam to my dear readers.

sorry for being silent for a month.no idea or thing to share. catch u guys later;after my exam. btw,I sangat penat harini.travel Ipoh-Sekinchan-Ipoh; attend wedding kawan. hoish. see ya!

jaga diri uolls.

Monday, October 10, 2011

love will tears us apart.

Salam to my dear readers.

Semalam I blogwalking kat this blog kepunyaan dokter. Hehe. Dokter <3 katenyee. Ape yang I suke kat blog dia ni semuanya tazkirah tentang cinta. I really enjoy blogwalking here. 

Tertarik dengan newest entry dia tentang "pisahkanlah kami jika itu membuatkan Engkau lebih redha dengan kehidupanku". Ya Allah! I sangat-sangat terharu selepas membaca entri dokter ni. Deep inside my heart, I berdoa semoga Allah berikan I kekuatan untuk menerima segala qadar & qada' jika satu hari nanti hati wanita I ni diuji sedemikian rupa.|Allahu Akbar !

Setiap orang mengharapkan supaya dipertemukan dengan pasangan yang ideal dan sempurna di mata mereka. Namun,siapakah kita untuk menilai kesempurnaan itu. Yang pasti, one fine day segala kerunsingan tentang pasangan hidup kita akan terjawab dengan sempurna apabila kita telah selamat diijabkabulkan. Am I right ?

Perpisahan dengan pasangan kekasih yang kita ada pada hari ini bukan kerana kita tidak layak mencintai atau dicintai tetapi sebenarnya Allah memberi peluang kepada kita untuk lebih bersedia langsung dapat menggalas tanggungjawab mengemudi bahtera perkahwinan. Allah kan Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang baik untuk setiap hamba-Nya cuma kita je yang kadang-kadang buat-buat tak tahu. #reminding myself.


ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?



~Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri.


*these two coloured quotes are quoted from dokter's blog.

Wednesday, October 05, 2011

soulmate !

Salam dear readers. Rindu lah nak blogging !
Musim-musim cuti sekolah nak dekat ni mula lah dapat 'saman' yang berderet-deret. Haha. Saman tu nama catchy untuk kad jemputan kahwin. Haha. Tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya mengukuhkan persahabatan mereka sehingga ke jinjang pelamin; mengejar syurga cinta. Eloknya yang tengah single mingle tu bolehla minta kawan-kawan yang dah naik pelamin mendoakan untuk jodoh korang pulak. Kan doa orang yang baru mendirikan masjid ni mudah dimakbulkan. Tapi jangan asyik minta orang je doakan kite. Kite pun kenelah same-same berdoa. Tak gitu? Hehe.

I ni asyik cakap pasal orang aje kan. My turn? Hehe. Lame lagi lah uols. Study pun tak habis lagi ni. Tunggulah lepas dah daftar sambung Master nanti ke. Ekekeke. Kadang tu jeles jugak tengok kawan-kawan sume pakat nak membina keluarga. Tak ape lah. Alon-alon kata orang jawa. Slow and steady. Eye on the prize. Haha.

Hmm... Lonely heart; Hatiku Sunyi. It's ok becoz Allah will always be by my side. Tak apelah. I keep praying He sent me the suitable one to be by my side, holding my hand to the right path. Siapalah gerangan jejaka yang telah meminjamkan tulang rusuknya untukku ni ya? Hehehe.

"Ya Allah, jika dia tercipta untukku dan dialah yang terbaik untuk diriku, zuriatku dan agamaku, Kau satukanlah hatinya dan hatiku. Titipkanlah kebahagian-Mu di antara kami. Peliharalah hati kami. Jika dia bukan untukku, Kau jauhkanlah aku dari perasaan kasih dan sayang itu agar kami terhindar dari perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di hatiku. "
Aminn~

This simple doa boleh kite selalu titipkan apabila selesai je solat. Bukan lepas solat je kene doa, bila-bila pun boleh. Sebab Allah kan Maha Mendengar. Jadi, Dia akan sentiasa mendengar setiap rintihan hamba-Nya. Baikkan Allah? Cuma kita je kadang leka dengan hal dunia sampai solat yang lima waktu tu pun buat ekspres aje. Subhanallah!

Moral of the story, jangan lupa berdoa. Mintalah kat Allah semoga hati kita terpelihara dan mampu menepis segala bisikan syaitan. InsyaAllah! Semoga hati dan iman kita sentiasa kuat dan istiqamah. Allahu Akbar!

random song for this entry !
tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kepala untuk dijunjung, juga bukan dari kaki untuk dialasi. tapi dekat di hati untuk disayangi~



gambar rawak untuk entri ini !
ini sepupu lovey-dovey saya; Edy. (paseipa yg pelik muke I tu.haha)

thanks for reading. heart uols ketat-ketat !

Tuesday, September 27, 2011

pinjaman

aku kehilangan. kehilangan seorang teman. teman yang baru kukenali. yang mengajar aku erti kasih,erti sayang. namun Allah lebih mengetahui setiap apa yang di hadapan hatta di belakang kamu. Ya Allah, cekalkanlah hatiku menerima ujian-Mu. tabahkanlah hatiku mengharungi hari-hari yang mendatang dengan redha dan rahmat-Mu. ampunilah segala dosaku, dosa temanku. tempatkanlah kami dalam kalangan orang yang beriman kelak.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di hatiku. Aminn~

Tuesday, September 13, 2011

muhasabah: |doa|


Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).
Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)
Bila berdoa dari hati,
Lalu tangisan hadir membasahi,
Dengan menyerah diri pada Ilahi,
Pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,
Apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati.
Itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita dan DIA rasai dan ketahui,
Yang haqiqinya DIA lebih fahami dan mengerti,
Masakan tidak itu semua terjadi,
Pemilik hati kita, milik DIA yang abadi!
Bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa kepada Allah! Lebih nikmat dan kepuasan yang tidak tergambar kita rasai! Yang penting apabila menghafal doa dalam bahasa arab, kita perlu untuk memahami maksudnya, supaya hati lebih merasai dan menjiwai doa yang dipohon tersebut.
Doa dari hati, bukan sekadar di bibir. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya. Allah... Allah... Allah...!