Showing posts with label celebration of love. Show all posts
Showing posts with label celebration of love. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Lovebird.

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum Dearie Readers.

Pejam celik. Pejam celik. Dah sebulan aku keje.
Alhamdulillah, It is already 3months-old of my marriage. Syukur kepada Allah kerana mempertemukan aku dan suami. Mudah-Mudahan, suamiku adalah yang terbaik untukku, agamaku dan keluargaku. Aminn Ya Robbal Alaminn~

Abang sangatlah melengkapi aku sebagai wanita. Dia seorang suami yang sangat mengambil berat dan menyayangi aku. At first memang agak susah la nak sesuaikan diri. Yelah, daripada fasa berkawan sampailah saat akhirnya dia sah jadi suami dan mengangkat aku sebagai isterinya. Satu perubahan drastik dalam hidup ni bila dah bertukar status. Even kite memang dah plan nak nikah dengan dia, berangan-angan nak jadi isteri dia, But still kene belajar macam-macam untuk jadi yang terbaik especially nak memenuhi kriteria seorang isteri yang Solehah, In Shaa Allah. Kalau dulu bolehla nak gurau kasar-kasar ke, merajuk mengada-ngada sampai sanggup tak makan bila dia belanje makan.. Tapi sekarang semuanya kena fikir panjang. Jangan nanti pahala yang kita harapkan nak kumpul banyak-banyak, dosa pulak yang bertimbun-timbun kita kumpul. Syurga isteri kan di bawah telapak kaki suami.  Kenelah berusaha untuk menyenangkan hati suami. Dan paling penting, Redha Suami ke atas isterinya. Bak kata Abang; "Tak Payah merajuk-merajuk. Rugi tau. Rugi masa, Rugi tenaga." Hehehe. Simple je ayatnye. Macam takde perasaan. Malah jelas sekali takde unsur-unsur loving-loving pon disitu. Tapi bile fikir balik, memang it is simple but sweet enough to be said from your husband. Mane taknye, Aku dan suami duduk berjauhan. Sorang kat Teluk Intan, sorang kat KL. Bile jumpa pun hujung minggu aje. So, memang rugi la nak merajuk bagai-bagai sebab masa nak diluangkan bersama-sama tu sangat limited! Plus, Abang memang takdenye nak pujuk lame-lame. Dia pujuk sikit-sikit aje. Dia bukan jenis akan pujuk sampai aku cair.But Aku tetap happy. Sebab itulah penyebab aku pilih abang as my husband. He is matured enough. Aku yakin dia dapat jadi the bestest man yang akan bimbing aku mencari jalan yang Allah redha. His simple and sweet word or quotes can makes me smile kalau tengah marah sekalipun. Huhu. Tu belum kira lawak dia yang tak jadi tu. Tapi kita gelak jugak sebab rasa geli hati bile lawak dia tak menjadi and expect simpati kita nak tolong gelak kat lawak tak jadi dia tu. Hihii.

Okie doke. I guess, itu je yang boleh share. Perjalanan rumahtangga kami pun masih jauh. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami sekeluarga. 

Ni baru nak share gambar pengantin-baru-nak-lama. Hehe.


the simple dais by Zaihan Collection



sob.sob.sob. syahduuu

mingir-minggir, wak datang ni.

the w-Day. dengan kawan-kawan sekolah rendah.

his side. pinkish.

outdoor : kandang Abang.

le wifey; Mrs Corntozz


le hubby; Mr Enoki

:: Ya Allah,aku bersyukur di atas segala Rahmat dan Berkat dari-Mu. Semoga suamiku Mohd Ridzuan menjadi jawapan terbaik yang Kau hantarkan untuk setiap doa-doaku. Kau berkatilah kehidupan kami suami isteri. Limpahkanlah Rahmat-Mu dalam keluarga kami. Pandangilah kami dengan pandangan Rahmat-Mu. Kau kuatkanlah ikatan kekeluargaan ini agar kami dapat membina syurga cinta yang kau Redhai di dunia dan di akhirat. Titipkanlah kami dengan kebahagiaan dan kasih sayang-Mu, Ya Allah. Kerana Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 
Aminn Ya Robbal Alamin. :



Wednesday, April 03, 2013

Hikmah ! :')

Bismillahhirohmaanirrohim.

Assalamualaikum. 

Okey, harini I nak share kebahagiaan yang dikecapi dan diperolehi. Hehehe. Macam besttt je kan? 

Pertama sekali, nak setori mori pasal POSTING. Ahahaha. Untuk yang tak tahu, I belom POSTING a.k.a ditempatkan mengajar. Belajar habis dah bulan 11 haritu tapi tunggu punya tunggu punya tunggu belum posting lagi. Sabarrr aje lah. >.<. Okai, itu cerita karut dulu. Hari ini, dah ada sinar untuk cerita posting walaupun masih kelabu-kelabu asap,samar-samar dalam keterangan cahaya lampu ayam. :P Kih3. Hari ni beberapa orang wakil IPG student datang Putrajaya dan jumpa Dr Wee Ka Siong tentang isu penempatan guru. Alhamdulillah, telah ada satu tarikh yang boleh dijadikan pegangan untuk membina kepercayaan bahawasanya I akan posting. Yeahuu ! Nak posting dah weyhhh. Haha. Biarpun tarikh 16JULAI2013 merupakan ulangtahun KEENAM menjadi guru pelatih IPG, pada tarikh itu juga lah selewat-lewatnya I akan posting. Jadi, sila doakan untuk saya ye readers. Heehe. Yang penting konvo akan berlangsung 29MEI2013. Masa tu dah title Puan. In Shaa Allah.

Oleh kerana isu posting telah melabuhkan tirainya pada tarikh sama Parlimen dibubar. Jugak ada terselit sedikit rasa eksaited dalam diri ini sebab pertama kali mengundi. Weeee~ Walaubagaimanapun, Itu bukan fokus utama untuk entri ini. 

Sebaliknya fokus untuk masa sekarang ialah wedding-day yang akan berlangsung kurang 30hari lagi. Yeaaay ! Hehehe.
Nervous gila sekarang ni. Tak Menang tangan nak buat preparation. Harap-harap segalanya dipermudahkan oleh Allah. Fokus utama hanya yang lebih pada HARI PERNIKAHAN tu sebab tu lah precious moment I nak kenang sampai akhir hayat. :')

Semoga Allah merahmati kehidupanku dan mencurahkan nikmat kehidupan di dunia dan akhirat yang tidak terhingga untuk aku,dia dan seluruh keturunan kami. Aminn.

Sunday, June 10, 2012

Kaf Ha Wau Ya Nun. |part 1

Apabila seorang muslim telah mendirikan masjid (berkahwin) maka dia telah menyempurnakan sebahagian daripada Imannya. Maka sebahagian lagi hendaklah dia bertakwa kepada Allah. - hadis



|Barakallahulahuma.... Semoga Allah merahmati ikatan rumahtangga yang dibina. Semoga berkekalan kasih sayang kedua-duanya hingga ke Syurga. Aminn ~|

will update very soon.


Wednesday, April 25, 2012

my ex-roomate is now Puan Rosliza!

salam
Hai readers.

lame i tak update belog kan?
well busy memanjang. Hehe.

okey, entri kali ni ditujukan untuk my ex-roomate Rosliza Salleh. mari i cerita sedikit sejarah perkenalan kami.

>> 16 Julai 2007. Tarikh di mana I perlu melapor diri di IPG Kampus Ipoh (formerly know as maktab Ipoh). Selepas sesi pendaftaran dan taklimat ibu bapa, famili I sume pun berangkat pulang. tinggallah I sorang-sorang terkontang-kanting nak setelkan pendaftaran asrama. Okey,boleh rujuk sini.

masa daftar bilik, I kena cari partner malangnya semua orang dah ada partner. Ros dah jumpe kawan so,dorang janji nak duduk same. Tetibe bile cek semula, partner dia dah ada partner lain. Nak tak nak, I offer dia duduk bersama sebilik. Parents dia pun ok je as long anak diorang ada kawan. Sayu je tengok family Ros tolong angkat barang masuk bilik tapi I bawak barang sorang-sorang. T.T. Selepas sesi nangis-nangis Ros and family kitorang sembang sikit-sikit. "Hai, aku Fad". "Aku Ros". simple conversation. I bukanlah reti nak sembang-sembang sangat. Just sembang sikit-sikit. Since kitorang lain kelas,tak selalu habiskan masa bersama. Lagipun, I selalu tinggalkan Ros and tido bilik orang. Sampailah satu hari tu Ros bengang agaknye dia pun kata "Hang kalo nak tidoq bilik orang,p angkat segala mala kain baju bantal bawak sana." Fuhh. Pedas kan? haha.

Anyhow,banyak jugakla kitorang share experience bersama. Naik moto g pusing Ipoh, makan-makan. Hehe. Even cume 1 semester je kitorang roomate,still banyak bende I sembang dengan dia.

Then masa dia bagitahu nak kahwin,I lah antara manusia-manusia yang gembira dengan khabar itu. I suppose to come time reception tapi atas sebab yang tak dapat dielak, I have to come earlier. So, I datang majlis akad nikah dia. Terharu dan rasa nak nangis tengok dia sangat cantik dengan seri pengantin. Lepas je suami Ros selesai lafaz ijab kabul, I menitiskan airmata keterharuan. The best part is, Mak Ros masih ingat I even last kami jumpa masa first time I kenal Ros; 16 Julai 2007. Dia ingat lagi I yang sungguh kasihan ditinggalkan ibubapa keseorangan mendaftar asrama. Huhuhu.

here some pics to share during Rosliza's solemnization ceremony.


dia sangat chantek today! gorgeous!!
so do i. hik3.
the bride with her friends.
with makcik aka Ros's mum
itu dia!!! sang bakal suami sedang berdebarr.
tersenyum manis oo nak jadik Mrs Bad.
kemuncak ketegangan. gugup. berpeluh.lancar lafaznya.sekali nafas.Alhamdulillah! mereka telah sah sebagai Suami Isteri. Barakallahumahulakum!
tersenyum girang Puan Rosliza LEGALLY! *hik3.
ciuman kasih dari suami kepada isterinya.
wajah keriangan seorang ex-roomate di hari pernikahan ex-roomatenye. hak3.

'nak jadik no 2 boleh?' hahahaha. nononono.



*psiko lah bila semua asek tanye; when is your turn Fad? haiyya. Sabarlah kawan-kawan. eh. dorang pulak. ekekeke.