Sunday, July 03, 2011

Eye on the prize!

Assalamualaikum.

Tomorrow will be the new beginning for me. I am really excited to start it. Hope I can do better than before. Pray harder and work harder to accomplish it and make my dream come true.

I will never turn back time. I have to do the best so that I will always remember my previous and the memory will never fade away. Since yesterday I have prepare myself, my needs and hopefully it enough to be brought as my weapon to start my war. Ekekekeke.

Friday, July 01, 2011

langit bukan selalunya mendung.

past few months I trapped.
few days ago I received my result.
Alhamdulillah. I'm very greatful, Ya Allah!

Saturday, June 25, 2011

Bandoeng Eh?

Assalamualaikum.
Hye ols.

Hehehe. Now I dah kembali ke rumah-manis-rumah. Wink3. hehehe. Letihnye mengadap sem baru yang sememangnya pack! Nyampah! Hahahaha. As I promised before, ni lah entri untuk share pics I mase g vacation ke Bandung. I go dere all alone by myself. Then sampai sana jumpa membe stadi di Unpad. Alah.. Universiti blogger FL (Fatin Liyana) tu... Hehehe..

Okeh,okeh.. Mari kita lihat betapa I enjoy Bandung tu. Muahahaha.


***Departure***


My fren, Yarn took tis and edited it b4 I board.


Double chek takot salah date. Ahahaha



Bye Bye, Yarn!
After about three hours journey, I sampai Bandung. Fuhh! Excitement starts bile I naik flight all alone by myself. Hahaha. Takpenah beb g obesi nih. Cam batak plak. Wakakaka.










Welcoming cake; baked by my fren herself, Jeton!
***1st day***
 : Pasar Baru - Shopping kain! :

Jeton n Me. Pose depan mart. Tunggu angkot! haha


Nice kan..I mean blakang tuh. Ekekeke


Gila borong baju kebaya! Seb baik tak bawak kredit kad ayah. Muahahaha


Survey baju untuk kahwin. Hehehe.


Perot pun sudah lapar... Makan dulu....




Nasi Ayam Rica-rica.


Yang ni lupe plak namenye. Haha


Stasiun (Stesen) Bandung. Next time I nak try ni pulak. Ekekeke




Jatos; shopping gelang merah dan biru tu aje sebab dah miskin habis sejuta lebih petang tadi. Haha

***2nd Day***
: Dago - Factory Outlet :

Bangun tidur terus usha tempat I menginap tu. 
Padi bukit. Belakang tempat tinggal I. Fuhh!




the couple. Jeton dan Jimi


Suke betul pose camnih! Masa ni kat Dago a.k.a Factory Outlet (FO)


Tempat shoping gak. Tapi I tak masuk.


Bubbles!!!


Me, Jeton and Bubbles. Suwwit!


Batak gile jumpe Petronas! Satu-satunya~


Bangga beb!
Makan time!!! Lunch di Kartika Sari~


Frozen yogurt. Nyam3. Rp 23,000.


Lunch di Kartika Sari; chicken chop, cordon bleu dan nasi sop Iga sapi. Kenyang!


see. Licin semua! Alhamdulillah~


Terase kat Lot 10 je mase sampai area ni. Huhuhu.


Muke bosan tunggu bas nak balik Jatinangor.


***3rd Day***
Tangkuban Parahu - Ciwalk -  PVJ

Bukti I dah sampai sini yaww. wakakaka


I am the Ratu. wuwuwuw


duta Tangkuban Parahu. Muahahaha


miawww~ Yaribba!!!


kat Tutti Frutti Cihampelas Walk @ Ciwalk


Makan di Bakso Malang Kapitan. Mysis kate "seramnyee name kedai!" hahaha


Goku pon ade beb~


PVJ (Paris Van Java). Tak sopink ape pon sebab mahal sangat. tapi teruja tengok vincci ade kat sini. nak beli kasut, tengok tag;"made in Malaysia". Hahaha. Baik beli kat Mesia je. huhuhu

***4th Day***
Nasi Lamongan - Kafe Oh La La

Last night in Bandoeng

waiting for my nasi Lamongan. Nebes takut tak sedap.


Fuhh! Nasik die banyak gile!!!!


Muke sopan dan ayu nak makan malam. Ekekeke.


Amekkaw! Licin beb! Sedap gile wa cakap lu. Hehehehe. Thanks adik Lamongan. Muahahaha


Lepas makan ade sekumpulan grup jalanan datang menghiburkan. Aiseehhh!! 


Warung Lamongan kat tepi jalan. sedap beb!


snap by Jimi. I dengan muke kekenyangan. Hahaha


Kara-o-ke kat kafe Oh La La. Hilangkan bosan. Hahaha


Jeton masih bersemangat. Jimi wat muke bosan. Cess.

***Balik Day. Hahahaha***
Bandara Airport - LCCT

Oh. Itu cikgu add math I mase sekolah menengah. Tak sangka kami naik 1 flight. sembang-sembang sebab dah lame tak jumpa. last jumpa dia tahun 2006. hahahaha. dia nak g rumah anak dia kat Petaling Jaya. 


Aksi tergedik b4 naik flight. Ekekeke.


Kepadatan Bandung. Ni je gamba I sempat snap sebab lepas tu ngantuk yang teramat then terus tido. Sedar-sedar je dah nak landing. T.T


Yarn come to see me again. So he took tis pic! 


Alololo. Comelnyeee. Wekk!

U guys nak tahu tak. Mase kat Tangkuban Parahu tu boleh pulak I terjumpe my junior! Fuhh. Betapa dunia ni sangat kecik. But I think tak cukup jauh kot I jalan. So I planned nak pergi tempat yang lagi jauh la lepas ni! Ekekeke. Memang seronok berjalan tempat orang. Tapi lagi seronok bile kite ade kat rumah sendiri kan. Huhuhu. My mum keep calling nak pastikan yang I selamat kat Bandung tu. Yelah, anak kesayangan katanya. Ahahaha. Apepon, I memang enjoy and wish to come there again. Thanks Jeton n Jimi sebab sudi melayan aku kat sana! Ekekeke.











Thursday, June 16, 2011

kerinduan blogging.

Assalamualaikum.
Hai semua.

Actually, I sangat rindu nak mengapdet blog. Tapi bile dah time cuti ni memang life gonna packed! Yela, job tepi banyak sangat. Dan itulah namenye rezeki. Alhamdulillah.
I cuti selama 3 minggu dan seminggu yang pertama habis di Bandung. Did I mentioned Bandung? Oh, yes. The excitement of travelling Bandung tak tertahan-thn sampailah the last day I kat sane. What a wonderful moment. Hurm. Takdelah bosan sangat kalau travel sorang-sorang sebenarnye. Hehehe. Next trip akan dirancang dari sekarang. Ingat nak pergi Sabah or Sarawak je Next trip. Huhuhu.
The rest two weeks I busy dengan job-job tepi yang ada. Dahla 5hari demam! Hattoi. Letihnya mengadap demam. Apepun kite perlu bersyukur, sebab bila Allah datangkan sakit sebenarnya Dia telah mengampunkan dosa-dosa kecil kita. InsyaAllah.

Hari ni dah Khamis. I akan start new semester soon. Aduhai. July is just around the corner. Tak sabar nak tunggu lepak dengan kawan-kawan. Ekekeke.

Ini je piece yang I mampu buat untuk this time. Karang dah balik Ipoh barulah free nak update blog ni selalu. Next entri I akan share pics taken in Bandung. Hohoho.

thanks 4 reading yaw!

Thursday, May 26, 2011

penat pening pusing

Need rest. A long journey,tomorrow. Will update later. Assalamualaikum.

Tuesday, May 24, 2011

20 Petua Murah Rezeki. InsyaAllah!

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

***
Ya Allah, syahdu je hati bila baca petua kat atas ni. Betapa banyak yang I tak buat. Maybe uols akan kate; "sok-sok suci lah blogger ni. Post mende-mende tazkirah Islamik bagai. wtf." Yes, memang I pun terfikir camtu. Apedaa. Kejap kau bergosip, pastu bertazkirah. Mende lah kau ni. Aish. Actually, I just nak dapat rentak baru dalam menulis blog. Tapi I enjoy blogwalking baca entry bloggers yang dah well-known cerita pasal kerja lah, hobi lah, boyfren lah, gelfren lah and etc. I wrote this kind of entry sebab I rase kosong. Plus, everyday I akan bukak blog ni then tengok updates blog yang I follow. So, bile bukak blog I ni takdelah isinya cuma gossip semata. Ade lah jugak yang memberi kematangan dalam kehidupan. Tak gitu korang? Hehehe. 

Thanks for reading.