Monday, October 10, 2011

love will tears us apart.

Salam to my dear readers.

Semalam I blogwalking kat this blog kepunyaan dokter. Hehe. Dokter <3 katenyee. Ape yang I suke kat blog dia ni semuanya tazkirah tentang cinta. I really enjoy blogwalking here. 

Tertarik dengan newest entry dia tentang "pisahkanlah kami jika itu membuatkan Engkau lebih redha dengan kehidupanku". Ya Allah! I sangat-sangat terharu selepas membaca entri dokter ni. Deep inside my heart, I berdoa semoga Allah berikan I kekuatan untuk menerima segala qadar & qada' jika satu hari nanti hati wanita I ni diuji sedemikian rupa.|Allahu Akbar !

Setiap orang mengharapkan supaya dipertemukan dengan pasangan yang ideal dan sempurna di mata mereka. Namun,siapakah kita untuk menilai kesempurnaan itu. Yang pasti, one fine day segala kerunsingan tentang pasangan hidup kita akan terjawab dengan sempurna apabila kita telah selamat diijabkabulkan. Am I right ?

Perpisahan dengan pasangan kekasih yang kita ada pada hari ini bukan kerana kita tidak layak mencintai atau dicintai tetapi sebenarnya Allah memberi peluang kepada kita untuk lebih bersedia langsung dapat menggalas tanggungjawab mengemudi bahtera perkahwinan. Allah kan Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang baik untuk setiap hamba-Nya cuma kita je yang kadang-kadang buat-buat tak tahu. #reminding myself.


ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?



~Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri.


*these two coloured quotes are quoted from dokter's blog.

Wednesday, October 05, 2011

soulmate !

Salam dear readers. Rindu lah nak blogging !
Musim-musim cuti sekolah nak dekat ni mula lah dapat 'saman' yang berderet-deret. Haha. Saman tu nama catchy untuk kad jemputan kahwin. Haha. Tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya mengukuhkan persahabatan mereka sehingga ke jinjang pelamin; mengejar syurga cinta. Eloknya yang tengah single mingle tu bolehla minta kawan-kawan yang dah naik pelamin mendoakan untuk jodoh korang pulak. Kan doa orang yang baru mendirikan masjid ni mudah dimakbulkan. Tapi jangan asyik minta orang je doakan kite. Kite pun kenelah same-same berdoa. Tak gitu? Hehe.

I ni asyik cakap pasal orang aje kan. My turn? Hehe. Lame lagi lah uols. Study pun tak habis lagi ni. Tunggulah lepas dah daftar sambung Master nanti ke. Ekekeke. Kadang tu jeles jugak tengok kawan-kawan sume pakat nak membina keluarga. Tak ape lah. Alon-alon kata orang jawa. Slow and steady. Eye on the prize. Haha.

Hmm... Lonely heart; Hatiku Sunyi. It's ok becoz Allah will always be by my side. Tak apelah. I keep praying He sent me the suitable one to be by my side, holding my hand to the right path. Siapalah gerangan jejaka yang telah meminjamkan tulang rusuknya untukku ni ya? Hehehe.

"Ya Allah, jika dia tercipta untukku dan dialah yang terbaik untuk diriku, zuriatku dan agamaku, Kau satukanlah hatinya dan hatiku. Titipkanlah kebahagian-Mu di antara kami. Peliharalah hati kami. Jika dia bukan untukku, Kau jauhkanlah aku dari perasaan kasih dan sayang itu agar kami terhindar dari perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di hatiku. "
Aminn~

This simple doa boleh kite selalu titipkan apabila selesai je solat. Bukan lepas solat je kene doa, bila-bila pun boleh. Sebab Allah kan Maha Mendengar. Jadi, Dia akan sentiasa mendengar setiap rintihan hamba-Nya. Baikkan Allah? Cuma kita je kadang leka dengan hal dunia sampai solat yang lima waktu tu pun buat ekspres aje. Subhanallah!

Moral of the story, jangan lupa berdoa. Mintalah kat Allah semoga hati kita terpelihara dan mampu menepis segala bisikan syaitan. InsyaAllah! Semoga hati dan iman kita sentiasa kuat dan istiqamah. Allahu Akbar!

random song for this entry !
tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kepala untuk dijunjung, juga bukan dari kaki untuk dialasi. tapi dekat di hati untuk disayangi~



gambar rawak untuk entri ini !
ini sepupu lovey-dovey saya; Edy. (paseipa yg pelik muke I tu.haha)

thanks for reading. heart uols ketat-ketat !