Friday, August 26, 2011

Minal Aidil Wal Faizin~

Salam to all readers

hai. how ya doin? hehe. by the time I tulis entry ni, I ada kat Ipoh. Still but alone. Haha. Kenapa pulak? Yela,Hosmets semua dah pulang ke kampung. I stay sini lagi sebab nak mengemas rumah dulu. Nanti takde lah penat sangat nak kemas semula bile balik lepas cuti raya. Eh? Did I mentioned raya? Haha. Yelah! Raya le.

Eid Mubarak is just around the corner. But I missed the moment I enjoy Ramadhan Kareem. Alhamdulillah,this time I am trying my harder to collect every single pahala in a day because I never know whether I could have another Ramadhan next year. Allahu Akbar! Im gonna miss the moment wake up early morning, cook for sahur, reciting prayers and Quran, attending Tarawikh and so on.

"Ya Allah! Berilah aku kesempatan untuk menikmati lagi Ramadhan yang penuh barakah dan maghfirah ini. Semoga segala amalanku diterima dan Kau limpahkanlah kehidupanku dengan rahmat dan hidayah-Mu. Aminn Ya Rabbal A'lamin."

Okey,esok I akan balik kampung. Yeah, straight to Opah's house. This year I sangat excited nak celebrate the Eid at Opah's place. I planned of cooking rendang and made some lemang with my lovely cousin,Edy. Haha. Lovely ke? Wekk. Mungkin inilah yang dikatakan kebahagiaan menyambut Syawal sekiranya kita benar-benar menghayati Ramadhan.Wallahu A'lam.

Tomorrow I akan start a long journey. Pick-up my cousin kat Tapah then baru balik kampung. Oredy ask my cousin to find some 'buluh lemang'. Wuhuu. My family will be back on Sunday. Yeay! Tak sabarnya nak bermaafan dan bersyahdu-syahduan di pagi hari raya. One more thing, I never been performing Solat Sunat Hari Raya. So, I would like to have it this year. Insya-Allah.

Di kesempatan ini, I memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata-kata, kekhilafan yang tidak sengaja mahupun yang sengaja kerana lumrah manusia itu tiada kesempurnaan. Tapi dengan adanya kesedaran, insyaAllah kita dapat mendidik dan membentuk diri menjadi manusia yang sempurna. Ambillah yang jernih,buangkan yang keruh. Insaflah di atas segala kelakuan yang telah kita lakukan. Semoga Syawal yang bakal menjelang ini memberi satu pecutan untuk kita memperbaiki diri dan memulakan satu wadah baru yang penuh istiqamah kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aminn~

thanks for reading my simple entri. heart uolss ketat-ketat.

p/s : Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir & Batin. Hati-hati Memandu Pulang ke Kampung. Biar Lambat Asalkan Selamat. Ingatlah Orang Yang Tersayang. Jangan Biarkan Mereka Menangisi Kepulangan Anda.

Tuesday, August 23, 2011

dia bukan Maryam

salam to all.

Hmm...Hari ini I dah masuk ke minggu terakhir prac. Yeahh. As usual; sedih! Haha. But this entry bukan sebab nak story kesedihan pasal prac. Yang tu kite story esok lusa.

jeng jeng jeng...

Just now, my childhood-fren text me. "tunang aku nak nikah dah raya ke-4"
eh!apakah?. pelik sungguh! "bukan ke yang nak kawen tu ko dengan tunang ko. apedaa." rupenye sembang punye sembang punye sembang, baru I tahu yang dorang dah break the engagement for about 3 months! oMg. I kesian sangat kat my fren coz she really loves her fiancee. She never had a boyfriend tapi tibe-tibe jumpa je mamat tu terus jatuh cinta and die bertunang. Tapi nak buat macam mana,mereka dah takde jodoh. Segalanya sudah tertulis.She keep crying sebab dorang suppose to get married on 2010 tapi alasan keluarga tunangannya; "belum cukup duit". Aikk? Alih-alih anak kau nak kawen? apa kes ni makcik? kemain lagi duk mencanang sana sini. My fren ni sangat-sangat malu untuk berdepan dengan orang yang tahu betapa belangkasnya diorang ni. Sabar ye fren. Sabar itu kunci keimanan. Pabila kite sentiasa sabar,Allah akan hadiahkan yang berlipat ganda untuk kita!

Ok,back to my fren. I nasihat dia and cakap pada dia supaya banyak-banyak ingatkan Allah. Yela, mane tahu nanti tibe-tibe die buat keje gile! Haishh. Budak ni bukan boleh caye. Ye, I faham yang die sangat-sangat frustrated n felt betrayed sebab dikecewakan dengan cara macam tu. (Sungguh kejam hamba Allah itu!) Ape yang I boleh cakap,back to basic. Ingat Allah sebab Allah takkan uji hambaNya yang tak mampu menerima ujian itu. Syukur sebab Allah tak beri lelaki tu jadi suami dia sebab Allah lebih mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakangmu. Terlalu banyak hikmah yang Allah sengaja selindungkan di sebalik kesakitan yang diberikan. 

*Allah sengaja datangkan kilat dan hujan di tengah hari kerana Dia hendak menghadiahkan sebuah pelangi"

I pegang ayat tu sampai bila-bila and share it to my fren. Keep praying coz Allah terlalu malu untuk tidak memperkenakan doa hambaNya. Nak-nak pulak ketika kita berada di sepuluh terakhir Ramadhan ni. Pintu langit tu terbuka seluas-luasnya dan doa kite akan lebih cepat sampai kepada Allah. InsyaAllah dimakbulkan.

Sebagai teman yang sama-sama membesar, I just can give her  my support tapi cuma dia yang boleh pilih sama ada nak ambil nasihat I ni as what. I di sini sangat mendoakan Allah memberi ketenangan jiwa dan meningkatkan kesabaran my fren tu. Semoga Allah pelihara dia dari sebarang sifat hasad dan dengki. Semoga Allah berikan dia hidayah dan rahmat supaya dia dapat kuat untuk berdiri di atas kakinya sendiri.

-kadang-kadang I rase ralat bila terpaksa berjauhan dari kawan-kawan yang memerlukan saat diorang sedang berperang dengan perasaan dan kekusutan hati. Tapi inilah kehidupan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua. Aminn~-

Saturday, August 20, 2011

muhasabah: life |airmata|



Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya,
Anak :  Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibu   : Sebab ibu adalah perempuan, nak.
Anak : Saya tak mengerti ibu, kata si anak. 
Ibu : (Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.) Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. 
Anak : Ayah, mengapa ibu menangis? 
Ayah :Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan....

Tuesday, August 16, 2011

Bukan hari-hari Mau!

Salam to all readers.

Just a simple-short-fast entri because I kene siapkan BBM untuk kelas esok sebab lecturer nak datang observe. Huhuu. I just nak story about cerita tauladan.

If u guys still remember masa primary skool dulu cikgu ada cerita pasal kisah pengembala kambing dengan harimau. Dua kali orang kampung ditipu dengan pengembala kambing. Kemudian,bila kali ketiga pengembala kambing minta tolong,tiada seorang pun yang datang menolong kerana sudah serik ditipu. |moral of the story,jangan nak berbohong sebab orang akan muak dengan pembohongan kita sampai nanti suatu masa bila kita bercakap benar pun orang taknak percaya.

Ok, guys. I stop my entri till here. See ya in next entri.

Thanks for reading.

Friday, August 12, 2011

Bizy mengalahkan Menteri.

Salam to All.

Aduhh. Lamenye baru nak uplod new entri. Haissh... Kesibukan melanda sepanjang minggu ni kerana lecturer I datang mengobserve. Huk3... Tak kesahla. Yang penting, cepat habis,cepatla setel semua observation then boleh relax kat skola enjoy the last week sebelum habis praktikum. Huhuhu.

Dua tiga hari ni I sibuk sakit kepala saja. Tak tahulah kenapa. Huhuhuu. 

Entri kalau dikarang semasa mengantuk memang takleh nak panjang sangat. So, I better stop here kayh. See ya in next entri. MuahMuah..

Wednesday, August 03, 2011

puasa yang yok, pagi-pagi bukak periok!

Salam to all riders readers.

Alhamdulillah. Hari ini dah masuk hari ketiga kita berada dalam bulan Ramadhan. Tahun ni I sangat teruja nak mengerjakan ibadah puasa. Semoga Allah memberi kesempatan dan melimpahkan rahmatNya kepada seluruh umat Islam supaya segala amalan kita diterima dan hati-hati kita akan sentiasa istiqamah, InsyaAllah.

Sepanjang tiga hari ni belum sekali pun I berbuka or bersahur kat kedai. Semuanya masak sendiri. Hehehe. Nak polish balik skill memasak yang dah lame tinggal. Takot nanti berkarat langsung takleh nak buat ape. Haha.
As usual,everytime nak masak I mesti tanya pendapat hosmet nak makan ape. Kiranya nak jadi macam Jin Lampu; wish and granted! Haha. Bajet disitu.

1st day puasa; I masak sardin+telur dadar+ulam kubis untuk sahur. Then untuk buka konon nak makan mee sup atuk sarman style(arwah). End up,Teha kata nak makan mee hailam. Ambek kau! 1 kuali mummy masakkan! Siap bagi kat jiran sebelah. Hehe.
2nd day puasa; untuk sahur I masak ayam goreng+tumis sayur sebab Teha request. Then time buke rase nak makan kepsi tapi malas plak nak drive. Sudahnye I masak megi tomyam sebab Teha kata nak berbuka puasa dengan Mr. Frodo. Uhuk!
3rd day puasa; I terbangun lewat. Dahla malam tu tak masak nasik. Mangkit2 je terus masak nasi+goreng ikan+tumis terung. Fuhh! mujur sempat! Kalo tak mesti sedih sangat sampai taknak puasa! Hahaha. Time buka terasa macam tak tahu mahu masak apa. Macam nak makan ayam je. Last-last masak ayam mmerah+boiled siew pakchoy served with oyster sauce gravy and fried garlic+'jangan bening' a.k.a masak air. Nyam3.

Huhu. Bulan Ramadhan madah dan modal nak bebel kat belog dah tentu-tentu pasal juaah berbuka puasa dan bersahur. Haha. Ilmiah sikit bolehh? Haha. Uolss tahu tak yang melambatkan sahur tu sunat tapi bukanlah lambatkan sampai pukul 6.30. Agak2 la derr. Haha. Ni I bagi Hadis Rasulullah S.A.W. pasal melambatkan Sahur tu:
"Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan sementara piring sudah di tangan,janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" (Riwayat al-Hakim)

Niat puasa jangan lupa baca. Sunat kalau kita baca niat sebelum tidur lepastu sebelum pejam mata niat dalam hati nak bangun awal untuk bersahur. So, sebelum tidur tu mantapkan niat untuk berpuasa pada esok hari. Seperti sabda Nabi S.A.W; 
"Sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam harisebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya." (Riwayat Imam al-Dar Qutni dan al-Baihaqi)

Rasenye cukup sampai sini dulu stori mori I pasal puasa. Will continue later about Hari Raya pulak. Eh2. Haha.

***random pics for today***
boiled siewpakchoy served with oyster sauce gravy and fried garlic

ayam masak merah fresh from wok!

'jangan bening' jawa style a.k.a masak air.

thanks for reading uolls. heart uolls ketat-ketat.
Marhaban Ya Ramadhan.!

Monday, August 01, 2011

entri cepat tapi kurang padat.

Salam to all readers.

Hai. Huhu. Hari ini dah masuk minggu kelima praktikum. Tapi satu gambar pasal sekolah praktikum I tak share lagi. T__T. Haha. Bukan ape, si orange tu takde bateri. Tak tahu campak mane chargernye. Haishh. Tunggu Aida Suraya belikan katenye. Haha.

Oh ye. Minggu ni jugak merupakan minggu pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa. Oh. Bulan depan mahu raya pula. Aiyoo! Puasa pun baru sehari kecoh raya je lebih. Ok,tamatkan propaganda I disitu. Hehe. This year I puasa bertiga aje kat Ipoh. Untung bertiga. Kalau tak berdua aje sebab hausmet yang lagi tua dua tu dah bekerja. So mereka tak stay dengan I lagi. Ekekeke. Bangun sahur tu sudah mesti kerana ada berkat di dalam sahur itu sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kita melambatkan waktu sahur. Waktu berbuka juga digalakkan mempercepatkannya. Tapi bukanlah lepas azan Asar terus buka! Lepas je yakin dah dengar azan Maghrib terusla baca doa buka puasa dan jamah kurma. Nyam3.

Okeyh. Minggu ni juga I akan balik rumah.  Weehoo! Nak berpuasa kat rumah dengan keluarga katenye. Haha. Lagipun nak uruskan hal insuran kereta, buat ic baru dan juga nak g showroom PROTON. Mysis nak beli kereta katenye. So, mahu diajak kakaknya yang cantik ini temankan. Hehe.

I rase macam takde madah aje nak stori kali ini.Kalau nanti ada hots stori, kita share same-same.




''Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi". 
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

fast forward punye entri nih namenye. haha.