Tuesday, January 31, 2012

Celuparnye awak!

salam.

hai readers sekelian.
how r u guys?
hehehe. just got some kelapangan untuk share kat blog yang dah bersawang ni.

so,,here u go.

this article is taken from www.iluvislam.com


Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap 'lepas'?

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.
Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam."
Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.
Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, "Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati." Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah 'subhanallah wa bihamdihi' dan 'subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan, 'Maha suci Allah yang Maha Besar.'
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 'subhanallah wa bihamdihi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Monday, January 30, 2012

my life, my Future (part 5)

salam.

hai readers. 
sudah lame kan rasenye blog I ni senyap kan.
mane tidaknyee, idea berbelog tak kunjung tiba. hehe. sorry ye.

ok,hari ni I nak share dgn uols pasal entri yang lebih kurang sama tema tapi jalan cerita berlainan. eh,apakah? hmm. pasal my life-to-be. huhuhu. by the way,I nak bagitahu yang this year is my final year study. so akan sibuk dengan prac dan jugak internship. hattoi. not forgotten,my thesis a.k.a Action Research.

hari ni merupakan hari pertama I menjalankan prac 3 untuk semester tujuh (7). which is I akan stay kat sekolah tu for about 3months. for the time being, I berulang dari rumah sewa di Ipoh ke sekolah. it takes about an hour nak sampai sekolah. huhu. my school is located at Tanjung Tualang. to be specific; SK. St. Paul, Tanjung Tualang. sekolah kecik. murid pon sikit. paling best skali, my first day was sooo great! the teachers and pupils give me a warm welcome yang membuatkan I rase best sangat.

tak banyak benda boleh nak cerita lagi since i belum lagi masuk kelas. so, will update soon ya. hehe.

p/s : memandangkan prac kali ni 3 bulan I akan post entry guna kaedah bumper. so taklah u guys buhsan kannn..

thanks for drop by to read my post. sayang korang ketat-ketat!

Friday, January 13, 2012

Dugaan~

salam my dear readers.

just a simple entry. serabot sangat. semalam kete kene langgar dengan lori. pening nak pk claim and all that. hopefully im gonna be strong enough to face this thing. mujur kene kat rumah parents. kalau kat ipoh,musti ayah ibu lagi serabot. so today balik ipoh naik bus. kete masuk bengkel.

till then. i'll uplod the pic in next entry.


Monday, January 09, 2012

pre-post 2012.

salam to my readers..

how miss I am to blog here..hueh. Im in Ipoh rite now peeps. Eh,kenapa bahasa tak dramatik langsung ni? Ekekeke.

Okai. Ekcelli Ni dah masuk minggu kedua I start sem baru. Semangat pon baru. Mane taknye,lagi setahun je nak tamat PISMP. Huhuu. Pening pulak nak fikir tajuk untuk tesis ni. Haissh.

Got lots story to share. Wait for next entry.

#rumah sewa baru je dapat sambungan internet. Hehe.