Thursday, September 05, 2013

New Life, New Housemate (part 1)

Assalamualaikum dear readers.

short and simple entry.

yang ni dituju KHAS untuk dua osmet rumah baru kite yang dok hari-hari request suh update blog. miahahaha.

pulak tu suruh update pasal dorang. Kih3. Amboiii...Mentang-mentang lah dedua masih single mingle. nak suruh kite tolong open market dorang letteww.. Fine... Nanti kite update banyak2 entry pasal kome ea. Dah... Jangan nangis guling-guling dah. Entri untuk korang dah masuk blog dah ni.. Hehehe.

:P

meet my osmet;












Monday, August 26, 2013

Lovebird.

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum Dearie Readers.

Pejam celik. Pejam celik. Dah sebulan aku keje.
Alhamdulillah, It is already 3months-old of my marriage. Syukur kepada Allah kerana mempertemukan aku dan suami. Mudah-Mudahan, suamiku adalah yang terbaik untukku, agamaku dan keluargaku. Aminn Ya Robbal Alaminn~

Abang sangatlah melengkapi aku sebagai wanita. Dia seorang suami yang sangat mengambil berat dan menyayangi aku. At first memang agak susah la nak sesuaikan diri. Yelah, daripada fasa berkawan sampailah saat akhirnya dia sah jadi suami dan mengangkat aku sebagai isterinya. Satu perubahan drastik dalam hidup ni bila dah bertukar status. Even kite memang dah plan nak nikah dengan dia, berangan-angan nak jadi isteri dia, But still kene belajar macam-macam untuk jadi yang terbaik especially nak memenuhi kriteria seorang isteri yang Solehah, In Shaa Allah. Kalau dulu bolehla nak gurau kasar-kasar ke, merajuk mengada-ngada sampai sanggup tak makan bila dia belanje makan.. Tapi sekarang semuanya kena fikir panjang. Jangan nanti pahala yang kita harapkan nak kumpul banyak-banyak, dosa pulak yang bertimbun-timbun kita kumpul. Syurga isteri kan di bawah telapak kaki suami.  Kenelah berusaha untuk menyenangkan hati suami. Dan paling penting, Redha Suami ke atas isterinya. Bak kata Abang; "Tak Payah merajuk-merajuk. Rugi tau. Rugi masa, Rugi tenaga." Hehehe. Simple je ayatnye. Macam takde perasaan. Malah jelas sekali takde unsur-unsur loving-loving pon disitu. Tapi bile fikir balik, memang it is simple but sweet enough to be said from your husband. Mane taknye, Aku dan suami duduk berjauhan. Sorang kat Teluk Intan, sorang kat KL. Bile jumpa pun hujung minggu aje. So, memang rugi la nak merajuk bagai-bagai sebab masa nak diluangkan bersama-sama tu sangat limited! Plus, Abang memang takdenye nak pujuk lame-lame. Dia pujuk sikit-sikit aje. Dia bukan jenis akan pujuk sampai aku cair.But Aku tetap happy. Sebab itulah penyebab aku pilih abang as my husband. He is matured enough. Aku yakin dia dapat jadi the bestest man yang akan bimbing aku mencari jalan yang Allah redha. His simple and sweet word or quotes can makes me smile kalau tengah marah sekalipun. Huhu. Tu belum kira lawak dia yang tak jadi tu. Tapi kita gelak jugak sebab rasa geli hati bile lawak dia tak menjadi and expect simpati kita nak tolong gelak kat lawak tak jadi dia tu. Hihii.

Okie doke. I guess, itu je yang boleh share. Perjalanan rumahtangga kami pun masih jauh. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami sekeluarga. 

Ni baru nak share gambar pengantin-baru-nak-lama. Hehe.


the simple dais by Zaihan Collection



sob.sob.sob. syahduuu

mingir-minggir, wak datang ni.

the w-Day. dengan kawan-kawan sekolah rendah.

his side. pinkish.

outdoor : kandang Abang.

le wifey; Mrs Corntozz


le hubby; Mr Enoki

:: Ya Allah,aku bersyukur di atas segala Rahmat dan Berkat dari-Mu. Semoga suamiku Mohd Ridzuan menjadi jawapan terbaik yang Kau hantarkan untuk setiap doa-doaku. Kau berkatilah kehidupan kami suami isteri. Limpahkanlah Rahmat-Mu dalam keluarga kami. Pandangilah kami dengan pandangan Rahmat-Mu. Kau kuatkanlah ikatan kekeluargaan ini agar kami dapat membina syurga cinta yang kau Redhai di dunia dan di akhirat. Titipkanlah kami dengan kebahagiaan dan kasih sayang-Mu, Ya Allah. Kerana Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 
Aminn Ya Robbal Alamin. :



Friday, July 12, 2013

Kesian + Sedih = Kasihannnn

Assalamualaikum. Dah lame rasenye tak menulis. Dekat 2 bulan dah. sejak-sejak jadik isteri orang ni, kemalasan semakin bertingkat-tingkat berganda-ganda. Apakah maksud ini semua? Kasihan suamiku kerana isterinya ini semakin berat punggung. Kih3. Tapi beliau tetap tabah dapat isteri macam I ni. Beliau sangat memahami 'penyakit buatan orang' yang sedang dialami isteri tercintanya ini. Terbaiklah suamiku! I love u much-much-much.. Hehehe.

Seperti yang korang tahu, I ni merupakan penganggur berjaya sejak menamatkan pengajian bulan November 2012. Alhamdulillah, rezeki itu milik Allah. Dia Maha Mengetahui  apa yang terbaik buat hamba-Nya. Cepat atau lambat kita kena sabar walaupun kadang-kadang tahap kesabaran tu semakin menipis sebab asik kene troll je tentang tawaran kerja. Haishh.. Jadi, Dengan rasa gumbiranya sekarang I dah selamat posting sebagai cikgu di Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati. Mula 1 Julai dah keje jadik orang gomen. HiHii..Jadi orang Key Ell yaww. Tabah tak tabah la kan. Pulak tu berulang setiap hari dari Teluk Intan. Eh. Propa sangat nak berulang Teluk Intan. hehe. Taklah. Gila ke apa nak berulang dari Perak nuh. Kih3. I berulang dari Klang je. Sampailah ke Wangsa Maju. Tepat pukul 6pagi kene gerak dah. Kalau tak, memang sangkut jem lah jawabnye. Syukurlah rumah parents dekat je nak masuk highway. Tak perlu lah nak beratur lama-lama bagai nak tunggu lampu isyarat. Cuma kena sediakan duit kecik buat bayar tol. Hmmm... Sebenarnya Ada hikmah jugak berulang dari Klang ke KL ni. Time management akan jadi lebih teratur . Cuma penat sikit lah sebab dekat sejam memandu kan..

So far environmet sekolah I okay. Cikgu okay, student okay. Harap-harap berterusan lah keadaan ni sampai dapat pindah Teluk Intan. Mesti korang pelik Kenapa nak pindah Teluk Intan pulak kan kan kan? Sebabnya sekarang ni I duduk berasingan dengan suami. Suami keje kat Teluk Intan. I pulak kat KL. Weekend je lah pun dapat jumpa. Sedihnye lah. Kesian cik abang I kene urus diri sendiri. Isteri pun lagi kesian sebab kene travel jauh. Dahla mabuk-mabuk begini. Semoga Allah permudahkan jalan untuk kami sekeluarga hidup sebumbung. Doakan untuk I ye. Aminn~


Friday, May 10, 2013

Thank You Allah !

Alhamdulillah.

Syukur segalanya telah selamat.

I am proudly saying that I am a MARRIED WOMAN now. 

Thank You Allah !


-Dear My Lovely Husband-
Thanks for being soo caring to me. Since we met on 2011,I never stopped praying to Allah. May He ease everything for us. If we're meant to be,He will show us the path. If not, He knows what is the best for us. Alhamdulillah, He has sent you as the answer of my every prayers. Allah has granted all my wishes. He ease our journey eventhough is was tough and full of challenges at first. May all these circumstances we have been through will made both of us keep holding on to each other. In Shaa Allah. May Allah bless our marriage and give us the strength to always love each other until Jannah. I love you my Dearly Husband. :)

Wednesday, April 03, 2013

Hikmah ! :')

Bismillahhirohmaanirrohim.

Assalamualaikum. 

Okey, harini I nak share kebahagiaan yang dikecapi dan diperolehi. Hehehe. Macam besttt je kan? 

Pertama sekali, nak setori mori pasal POSTING. Ahahaha. Untuk yang tak tahu, I belom POSTING a.k.a ditempatkan mengajar. Belajar habis dah bulan 11 haritu tapi tunggu punya tunggu punya tunggu belum posting lagi. Sabarrr aje lah. >.<. Okai, itu cerita karut dulu. Hari ini, dah ada sinar untuk cerita posting walaupun masih kelabu-kelabu asap,samar-samar dalam keterangan cahaya lampu ayam. :P Kih3. Hari ni beberapa orang wakil IPG student datang Putrajaya dan jumpa Dr Wee Ka Siong tentang isu penempatan guru. Alhamdulillah, telah ada satu tarikh yang boleh dijadikan pegangan untuk membina kepercayaan bahawasanya I akan posting. Yeahuu ! Nak posting dah weyhhh. Haha. Biarpun tarikh 16JULAI2013 merupakan ulangtahun KEENAM menjadi guru pelatih IPG, pada tarikh itu juga lah selewat-lewatnya I akan posting. Jadi, sila doakan untuk saya ye readers. Heehe. Yang penting konvo akan berlangsung 29MEI2013. Masa tu dah title Puan. In Shaa Allah.

Oleh kerana isu posting telah melabuhkan tirainya pada tarikh sama Parlimen dibubar. Jugak ada terselit sedikit rasa eksaited dalam diri ini sebab pertama kali mengundi. Weeee~ Walaubagaimanapun, Itu bukan fokus utama untuk entri ini. 

Sebaliknya fokus untuk masa sekarang ialah wedding-day yang akan berlangsung kurang 30hari lagi. Yeaaay ! Hehehe.
Nervous gila sekarang ni. Tak Menang tangan nak buat preparation. Harap-harap segalanya dipermudahkan oleh Allah. Fokus utama hanya yang lebih pada HARI PERNIKAHAN tu sebab tu lah precious moment I nak kenang sampai akhir hayat. :')

Semoga Allah merahmati kehidupanku dan mencurahkan nikmat kehidupan di dunia dan akhirat yang tidak terhingga untuk aku,dia dan seluruh keturunan kami. Aminn.

Monday, March 18, 2013

Preparation (Part 1)





Assalamualaikum.

Hai readers. Thanks to korang yang masih stay membaca nukilan-nukilan I from day to day eventhough selalunye bersawang.

Okey. Untuk entri ini dan seterusnya nak cerita tentang preparation. Huwaaa. Preparation untuk hari bahagia. Ecehhh ! Hehehe. Seronok je dulu bila baca entry-entry blogger bride-to-be. As for me, tak de la banyak sangat bende nak share. Tetapi blog ni akan dijadikan sebagai tempat rujukan I sendiri untuk my BIG day ! Hehee.

Actually, lepas je kad kahwin siap terus eksaited nak buat preparation. Padahal lame lagi, kad jemputan yang siap dulu. KihKihKih. Sebelum tu dah book pelamin, khemah and baju utk w-Day. Hehe. Rasenye untuk tu almost done. Sekarang sedang gigih menyiapkan corsage dengan badges untuk penanggah dan family. HewHewHew. Dah la tak kreatif, apelah sudahnye nanti ea. KihKihKih. Tunggu ~

Untuk hari nikah, borang bakal pengantin lelaki dah setel. Borang pengantin perempuan ni ha masih dalam proses daftar. FYI, JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) mensyaratkan semua permohonan perlu diisi online. Ahduii, Dahla takpenah ada pengalaman daftar nikah.  Ferst tyme kott. Rase nak nangis jee bile taktahu. Huhuhuuu. Semoga semuanya berjalan lancar. Aminn ~

Doorgift pulak dah mula menunjukkan hasil. Satu demi satu bendenye untuk menyiapkan doorgift dah diselesaikan. Ada la lagi yang belum selesai. Dengan bantuan ayah dan Ibu, taklama lagi siaplah tu. Doorgift yang penting sekali semuanya sama je. Takde special-special. Hehe. Dan Kalau boleh takmau kelam kabut bile dah dekat-dekat majlis. I ni dahla jenis yang cepat stress. Kalau stress je mesti melenting. Fuuuuh ! mintak dijauhkan perangai buruk tuu. Nak jadi isteri orang dah kan.. Ecewwwah ~

Thanks untuk sistas yang banyak amek pot untuk entertainment masa hari itu nanti. Punyelah pening nak fikir GuestBook ,nak design camane, buat stail ape. Haha. Sudahnya last-last kite pilih yang paling simple sekali ! Huhuuu. Yang penting SAVING! hehehe. Candy Corner pun macam tu jugak. Person In Charge dah dilantik. Tengah memikirkan ape candies nak bubuh kat situ. Decoration dan sebagainya adalah di bawah seliaan adinda-adinda tercinta. ! Thanks, sweetie-pies. >.<

So far, baru tu je yang berjaya diselesaikan. Tapi macam banyak je lagi tak setel. Please,Please,Please. Be strong sayang. Banyak lagi tak siap ni. HuuHuu.

eksaited nak bubuh badge ni. Yeayy ! 


I Am A


Friday, January 11, 2013

Dugaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Aku sedang berusaha meningkatkan kesabaran mengharungi detik-detik ini. Semoga ada sinar Kegembiraan untukku dalam waktu terdekat ini. In Sha Allah.

|kuatkan berdoa|