Monday, August 26, 2013

Lovebird.

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum Dearie Readers.

Pejam celik. Pejam celik. Dah sebulan aku keje.
Alhamdulillah, It is already 3months-old of my marriage. Syukur kepada Allah kerana mempertemukan aku dan suami. Mudah-Mudahan, suamiku adalah yang terbaik untukku, agamaku dan keluargaku. Aminn Ya Robbal Alaminn~

Abang sangatlah melengkapi aku sebagai wanita. Dia seorang suami yang sangat mengambil berat dan menyayangi aku. At first memang agak susah la nak sesuaikan diri. Yelah, daripada fasa berkawan sampailah saat akhirnya dia sah jadi suami dan mengangkat aku sebagai isterinya. Satu perubahan drastik dalam hidup ni bila dah bertukar status. Even kite memang dah plan nak nikah dengan dia, berangan-angan nak jadi isteri dia, But still kene belajar macam-macam untuk jadi yang terbaik especially nak memenuhi kriteria seorang isteri yang Solehah, In Shaa Allah. Kalau dulu bolehla nak gurau kasar-kasar ke, merajuk mengada-ngada sampai sanggup tak makan bila dia belanje makan.. Tapi sekarang semuanya kena fikir panjang. Jangan nanti pahala yang kita harapkan nak kumpul banyak-banyak, dosa pulak yang bertimbun-timbun kita kumpul. Syurga isteri kan di bawah telapak kaki suami.  Kenelah berusaha untuk menyenangkan hati suami. Dan paling penting, Redha Suami ke atas isterinya. Bak kata Abang; "Tak Payah merajuk-merajuk. Rugi tau. Rugi masa, Rugi tenaga." Hehehe. Simple je ayatnye. Macam takde perasaan. Malah jelas sekali takde unsur-unsur loving-loving pon disitu. Tapi bile fikir balik, memang it is simple but sweet enough to be said from your husband. Mane taknye, Aku dan suami duduk berjauhan. Sorang kat Teluk Intan, sorang kat KL. Bile jumpa pun hujung minggu aje. So, memang rugi la nak merajuk bagai-bagai sebab masa nak diluangkan bersama-sama tu sangat limited! Plus, Abang memang takdenye nak pujuk lame-lame. Dia pujuk sikit-sikit aje. Dia bukan jenis akan pujuk sampai aku cair.But Aku tetap happy. Sebab itulah penyebab aku pilih abang as my husband. He is matured enough. Aku yakin dia dapat jadi the bestest man yang akan bimbing aku mencari jalan yang Allah redha. His simple and sweet word or quotes can makes me smile kalau tengah marah sekalipun. Huhu. Tu belum kira lawak dia yang tak jadi tu. Tapi kita gelak jugak sebab rasa geli hati bile lawak dia tak menjadi and expect simpati kita nak tolong gelak kat lawak tak jadi dia tu. Hihii.

Okie doke. I guess, itu je yang boleh share. Perjalanan rumahtangga kami pun masih jauh. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan kami sekeluarga. 

Ni baru nak share gambar pengantin-baru-nak-lama. Hehe.


the simple dais by Zaihan Collection



sob.sob.sob. syahduuu

mingir-minggir, wak datang ni.

the w-Day. dengan kawan-kawan sekolah rendah.

his side. pinkish.

outdoor : kandang Abang.

le wifey; Mrs Corntozz


le hubby; Mr Enoki

:: Ya Allah,aku bersyukur di atas segala Rahmat dan Berkat dari-Mu. Semoga suamiku Mohd Ridzuan menjadi jawapan terbaik yang Kau hantarkan untuk setiap doa-doaku. Kau berkatilah kehidupan kami suami isteri. Limpahkanlah Rahmat-Mu dalam keluarga kami. Pandangilah kami dengan pandangan Rahmat-Mu. Kau kuatkanlah ikatan kekeluargaan ini agar kami dapat membina syurga cinta yang kau Redhai di dunia dan di akhirat. Titipkanlah kami dengan kebahagiaan dan kasih sayang-Mu, Ya Allah. Kerana Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 
Aminn Ya Robbal Alamin. :