Thursday, May 26, 2011

penat pening pusing

Need rest. A long journey,tomorrow. Will update later. Assalamualaikum.

Tuesday, May 24, 2011

20 Petua Murah Rezeki. InsyaAllah!

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

***
Ya Allah, syahdu je hati bila baca petua kat atas ni. Betapa banyak yang I tak buat. Maybe uols akan kate; "sok-sok suci lah blogger ni. Post mende-mende tazkirah Islamik bagai. wtf." Yes, memang I pun terfikir camtu. Apedaa. Kejap kau bergosip, pastu bertazkirah. Mende lah kau ni. Aish. Actually, I just nak dapat rentak baru dalam menulis blog. Tapi I enjoy blogwalking baca entry bloggers yang dah well-known cerita pasal kerja lah, hobi lah, boyfren lah, gelfren lah and etc. I wrote this kind of entry sebab I rase kosong. Plus, everyday I akan bukak blog ni then tengok updates blog yang I follow. So, bile bukak blog I ni takdelah isinya cuma gossip semata. Ade lah jugak yang memberi kematangan dalam kehidupan. Tak gitu korang? Hehehe. 

Thanks for reading.

Wednesday, May 18, 2011

Perempuan, Suci dan dotdotdot

Assalamualaikum.
Hello people!
Semenjak dua menjak ni, I keep dengar some of my friends break-off dengan they all punye boyfriend. Yes, memang sedih dengar perkara tu. Lagi-lagi bile diorang ni boleh dikategorikan sebagai pasangan of the year yang mana pergi nak berdua aje! Macam belangkas gitu! Hehehe. I yang tengok ni pun jeles je. Hehe. For today I just nak share this one thing. It's more like a motivational poem la. Tengah duk busan-busan tadi I google la some 'food' untuk rohani. Ekeke. So here u go.



Perempuan yang suciAdalah perempuan yang dijaga oleh AllahTidak sedikit pun Allah membenarkanMana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinyaWalaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…Tetapi andai kita bergelumangDengan cinta lelaki yang palsu imannyaDi mana Allah untuk menjaga kitaAllah seakan melepaskan kitaKepada seorang manusiaYang lebih banyak mengecewakan kitaJika Allah datangkan kesedaran dalam diriSupaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafikItu bermakna Allah mahu mengambil kita kembaliUntuk dijaga-Nya, dilindungi…Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicariHargailah di atas kesempatan yang Allah beri…



Kita harus bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk kita bertaubat dan kembali. Memang fitrah seorang Perempuan yang mudah lembut hatinya dengan kata-kata cinta yang diucapkan oleh makhluk bernama Lelaki. Oleh itu, berhati-hatilah dalam meniti kehidupan ini. Subhanallah! Kepada yang telah kecundang dalam percintaan, jangan merintih dan terus bersedih dengan apa yang berlaku kerana setiap yang terjadi itu ada hikmah-Nya. Allah hilangkan mentari itu seketika dan datangkan hujan kerana mahu menghadiahkan pelangi yang indah.

Actually harini (19Mei2011) I ade exam. Late night duk study (ye la sangat. hehe) then rindu nak post here. Suasana exam Last  Semester was really different than this Semester sebab dah tak ada dua orang manusia psiko study kat rumah ni. Nak berbentan pun cuma ada I dengan Teha aje. Haish. Taching lah pulak. Ekeke. Okeylah uols. Now dah pukul 1 pagi. I rase I perlu masuk tidur sekarang sebelum terlepas untuk study before exam yang bakal berlangsung pada jam 2.30 petang nanti. Will update some more later. Doakan I boleh jawab exam untuk 5 paper Semester ni ye!  Thanks for reading. Heart uols!

***

 
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah engkau mengatakan “Allaahumma anta Rabbi, laa ilaaha illa anta, khalaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘alaa ‘ahdika, wawa’dika mastatha’tu, a’udzubika min syarri ma shana’tu, abu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abu-u bidzambii faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudzdzunuuba illa anta” (artinya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah Menjadikan aku dan aku adalah hambaMu. Aku akan menunaikan janjiku terhadap Mu setakat yang aku upaya. Aku berlindung dari kejahatan amalan yang telah aku lakukan. Engkaulah yang mengusai nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan Engkau jugalah Tuhan yang mengampunkan dosaku. Maka ampunkanlah aku. Sesungguhnya tidak ada Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau). Beliau bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu siang dengan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum senja, maka dia termasuk penghuni surga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dengan meyakininya, lalu dia mati sebelum subuh, maka dia termasuk penghuni surga”. (HR Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan lainnya dari Syaddad bin Aus)

Monday, May 16, 2011

Semoga rohmu dicucuri rahmat. Aminn~

Assalamualaikum. 
Hai all.
Baru seminggu I tak update blog. Rasa macam rindu lah pulak! Ekekeke. Siapa rindu siapa ni.

This few days ago I senyap sebab rush balik kampung. My beloved atuk passed away last Wednesday at 1.00pm. A night before, I macam dah takboleh tidur. But I don't know why. Mungkin perasaan sahaja. So, malas nak layan sangat. Then The next morning macam biasa attend kelas (even study weekpun ada kelas!) then attend taklimat exam. Lepas taklimat my senior ajak lunch kat mekdi (Mc'D) so, tunggu la session taklimat dia habis then baru gerak sama-sama. Sampai je kat mekdi, dah order and duduk sembang-sembang (mukaddimah b4 makan) tibe-tibe I got a call from Ibu.

Ibu : Assalamualaikum. Katmane tu?
I : Waalaikumussalam. Kat mekdi ni ha. Baru je nak makan.
Ibu : Dah tahu belum?
I : Tahu ape? Ekekeke.
Ibu : Atuk dah meninggal. Pukul 1 tadi. Kamu nak balik tak?
I : Innalillahi wa Inna Ilaihi Rajiuun. Okey. Jap lagi Dila siap-siap gerak balik.

I was so shocked bila Ibu bagitahu. I plan nak balik kampung hari Jumaat sebab ada hal kelas yang masih belum selesai lagi. Walaupun hati sebenarnya dah meronta-ronta mahu pulang. Mungkin tak ada rezeki nak jumpa atuk buat kali yang terakhir sambil bergurau senda. Then lepas makan terus balik rumah,packing stuffs and drive straight to kampung coz Ayah said atuk akan dikebumi di rumah nenek. Waktu tu sedih sangat dan perjalanan terasa sangat lama. I dah pecut 170km/j pun tak boleh nak cepat sebab ikut jalan kampung. I make it to kiss pipi atuk 4 the last sebelum I dah takboleh nampak dia lagi. "Atuk, Dila rindu atuk". Sekarang I dah tak ada atuk. I cuma boleh sedekahkan Al-Fatihah dan ziarah kubur atuk bila-bila I rasa rindu kat atuk. Sayangilah atuk anda semua!

***
Hidup ini sekadar pinjaman. Setiap yang hidup PASTI akan merasakan kematian kerana daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. I doakan roh atuk akan dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Allah permudahkan urusan atuk di alam barzakh. Aminn~

Tuesday, May 10, 2011

hurt feeling then blogwalking.

Assalamualaikum
Hye ol.
I baru je blogwalking nak cari tazkirah ringkas untuk bacaan hari ini (sebab tibe-tibe serabot dan merasakan dah lame tak bertazkirah Ekeke.). Then terjumpe satu blog yang share bout this kind article yang sangat-sangat menarik untuk direnungkan bersama.

Actually, tadi after class I lepak rumah kawan. Tengah duk layan FB dia (since I takde FB) tengok profile kawan-kawan dia yang I kenal, tibe-tibe I sentap dengan this one statement from this one man to this one guy (or maybe BOY). Because I noe this man actually tujukan kat I bout his statement (yeah,I noe this man). Lepas je baca, I terus setat skuter dan balik rumah dan menangis. Tapi lupa yang belum solat zuhur,so cepat-cepat solat dulu sebelum terlebih melayan perasaan (wekk).
Ingat nak call membe untuk share this kecik hati things then I think it's better for me to share with my mum. Yeahh. I called Ibu and told her. She calm me even she's busy that time. I love u Much,Ibu!

Ibu : Biarlah apa orang nak buat dan fikir pasal kita asalkan kita tak buat seperti expectation diorang. Istighfar banyak-banyak.
I : Okey. Dila akan diam je selagi benda tu tak memudaratkan. Lagipun, the more Dila nak backing myself,lagi orang akan nampak yang buruk Dila je kan.
Ibu : Bagus. Kekalkan fikiran macam tu. Kita tak layak nak hukum orang yang buat kita sakit tapi Allah tu Maha Adil. Sabar ye.
I : InsyaAllah. Thanks Ibu. Nanti malam kita gosip yek. 
Ibu : Hahahaha. Make sure kalau Ibu call banyak bende gosipnye! Hehehe.

Itulah Ibu. Dia selalu menceriakan hidup I sejak I dah mula meningkat dewasa ni (actually Dulu,Kini dan Selamanya!). Thanks Ibu. I Heart U!



'Au zubillah himinashsya ita n nirrajim...
bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita , mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. 
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas iaitu ayat:
Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad.
Lamyalid walam yu-lad.
Walam yakul lahu kufuwanahad

... sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. 

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:

'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'.

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.


***thanks http://tazkirahs.blogspot.com for this sweet entri!

Saturday, May 07, 2011

12jam tanpa henti! hehe

Assalamualaikum
Hai semua.
Hari ni I rase best. Sebab ape? Sebab my family datang visit. Even sekejap je (12jam tanpa henti),at least tercapai jugak impian dorang nak datang melawat rumah I kat Ipoh ni. Hehehe. Diorang gerak dari Shah Alam at 5pm and sampai Ipoh area pukul 730pm. Terharu I!

Then I bawak family balik rumah and diorang bersih-bersih diri before we going out at 9pm. I bawak diorang jalan-jalan sekitar Ipoh, makan di mamak feveret (mamak Bom) and our last destination was Padang Polo;my favourite place to jogging. Hehehe. Kami main di playground dan took some pitcha. Syookk! Nak singgah kat gerbang malam and dataran Ipoh tapi kesian kat my Dad yang tak boleh nak banyak gerak coz tisu lututnye koyak. Kesian Ayah. Mujur ada mysis yang boleh bawak kereta and drive the family to Ipoh.

Okey, Now I nak share gambar yang kami dah ambil semasa berjimba-jimba last nite.

tiga gadis sengal. (snap by fied)



bajet bawang putih bawang merah; nak kawen anak raja. hahaa


this morning bawak sistas ke pasar Memory Lane a.k.a Loken.

model loken tak laku.

madu lebah asli. manissss~

mysis sangat teruja tengok kamera tu. tapi uncle tu lagi teruja tengok i punya kamera! hahaha

vintage. best. nyam3. i loike!

eh. lawanyeee gambar! hahaha. credit to me.
spending time with family is an exciting moment. Thanks family for coming here. This Jumaat i'll coming home kayh! Ada kenduri katanya. Hehehe. my family sudah pulang pukul 10am tadi. Ada urusan keluarga di rumah. tunggu saya pulang ya! weee~

last but not least I nak wish "Happy Mother's Day'' to my Ibu! sorry for no suprise or present. Huk3. i Love u forever! Muahmuahmuah!

Thursday, May 05, 2011

i'm begging u! please dont leave me!!!

Assalamualaikum dan hye semua!
Before ni, i pernah bagi tips melupakan kekasih lama (masih ingat?). Ecehh. This time I nak bagi satu buah tangan tentang frust bercinta jugak tapi its more to motivate u guys untuk bangun dan sedar dari kesakitan putus cinta. Assobru minal Iman dan orang yang bersabar dengan menghadirkan hatinya dalam setiap perbuatannya pasti akan diberi ganjaran yang setimpal. Hari ini anda sakit, tak mustahil esok anda sihat sebab segalanya datang dengan kehendak Allah. BERSABARLAH!

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org yang salah ♥


Mesti uols wondering kan bila kekasih berpindah hati mencari kekasih yang lain. Persoalan seperti;
#1 Apa salah aku?
#2 Apa kelebihan budak tu?
#3 Tak cukup ke cinta aku bagi kat dia?
#4 Adakah aku begitu hina sampai ditinggalkan kerana orang ketiga?
#5 etc...

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. (yes,I dah sedar. Hahha. bajet!)



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~

siapa kita untuk mengambil hak Allah yang tugasnya memperkenankan doa hamba-Nya? siapa kita untuk menghukum hamba Allah sedangkan kita juga manusia seperti dia; hamba Allah. Apapun yang berlaku, istighfar dan banyakkan berdoa sebab janji Allah itu pasti! Semoga kita semua dapat sentiasa memperbaiki diri. InsyaAllah. 

"Tepuk Dada, Tanya Iman"

Letih. Lebam. Lenguh. Lelah.

Assalamualaikum.
Hye!
Terasa letih dan lesu je. Sebab kesibukan karnival. Karnival Matematik yang sangat-sangat memenatkan kerana sambutan yang sangat meriah. At the morning macam biasalah; observe perjalanan karnival then lepak dekat booth pameran melayan pelawat yang datang berkunjung. Mulut becok macam bertih jagung memperkenalkan segala BBM yang dipamerkan. Dah macam salesgirl pun ada. Letih woo. Haha. Sebelah petang jadi emcee. Bercakap lagi. Wekk! Naik kering tekak. Tapi enjoyla jugee. Hehe.

Ni sebenarnya baru pulang dari stadium; hockey match Malaysia vs Great Britain. Game yang ok tapi nampak stamina player negara kurang menyerlah sebab kalah 3-1. Apepun,nice opening game. Keep up your effort players!

Having dinner with my friend; I mintak sup campur tapi waiter hantar sup ekor. bedal ajelah. Blurrpp. Kenyang! Sampai rumah mahu tidur. Huarrrgghhhh.

Lihat pada writing I pun jelas kelihatan betapa tidak bermaya. So, mahu tidur dan melepaskan lelah. Huk3.

(no pictures to display coz orange tertinggal di rumah kampung.)