Thursday, December 06, 2012

menghitung hari.

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam readers. 
Today is already 6th of December. Few months to go.

Last week Mr Enoki has come to my house. We have done a few things that need to settled by end of March 2013. Hehee. Thanks awak sebab sudi nak spent time dengan kite. Ngeh3.  Paling best sekali bile Mr Enoki teman g check gigi. Takpe,19hb ni datang sini lagi tau sebab dah buat appointment kann. Kite setel bende lain same-same lagi. Hehee.


heart u.

Monday, November 26, 2012

Aku Terima Nikahnya - season 1, season 2 & season 3

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya segala urusan ijab & kabul serta majlis walimah telah berlangsung dengan meriahnya. Segalanya telah dipermudahkan Allah untuk menyegerakan rancangan untuk membina masjid. Dan sememangnya yang paling gumbira adalah saya ! Hehehe.

Mari biarkan gambar menceritakan kemeriahan majlis tiga sizen (3 season) yang bermula dari musim Teluk Intan, musim Batu Pahat dan musim Kota Tinggi. Hehehe. =)


Musim Teluk Intan | 1,2 & 3 June 2012


yeahuuuuu !


- first kiss -



direnjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar



berjalan sama tinggi



duduk sama rendah.



orang-orang kuat on THAT day !


congratulations Sya & Alwi | both are already mummy & daddy to-be  !


Wedding dorang ni bertemakan warna pink+purple. Soooo Lovely !
Barakallah !





Musim Batu Pahat | 15 & 16 September 2012


And The Happiness begins ...


sama cantik, sama padan


bagai pinang dibelah dua !


We are sooo happy for u two !

Congratulations Aida & Epiy !

Wedding Theme dorang ni sangat happening. They chose pink + yellow for their ceremony !
Barakallah ! | Yang ni pon mama & papa to-be.




Musim Kota Tinggi | 20 Oktober 2012


Pada-Mu ku bersujud


seiras. sepadan. serasi. bersama

new family of her !


sharing the happiness together.

Meraikan Cinta !


We enjoy your wedding day !


Congratulations to newly-wed couple; Teha & Saleh !

Ha... Yang ni pun tak kalah. Wedding colour theme pink + oren.
Barakallah !


Seronok kan dapat share hari bahagia kawan-kawan bersama-sama? Lagi seronok kalau kita dapat jadi a part of the day. Syukur Alhamdulillah. Doa mereka supaya Rezeki dan Jodoh mereka dipermudahkan telah Allah makbulkan. Semoga ketiga-tiga pasangan mempelai ini dapat menjalani kehidupan rumahtangga yang aman, damai, harmoni dan dilimpahi rahmat Allah dunia akhirat.

Semoga bercinta hingga ke Syurga ! Aminn ~



# Is waiting for  upcoming wedding ceremonies. Semoga ALLAH permudahkan segalanya. Aminn ~


FYI, ni sume housemates masa zaman belajar dulu. Kami ada lima orang. Tiga dah lepas. Dua lagi belum. Sorang...sorang take turn naik jinjang pelamin. Lepas ni turn sapa pulak? =)

p/s : suma pakat bunting pelamin. hehe. cayalah ! Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan-Nya ! aminnn ya Rabb !

Friday, October 12, 2012

a Priceless Moment of Final Semester |part 1

Bismillah Arrahman Arrahim
Assalamualaikum friends.


it has been a long time *i guess* I didnt post anything here. Since rase rindu dengan blogging, Fateha Wahid telah mencadangkan "kau buh je la sume kt blog.." Yeah! betul jugak! Hihii. Thanks Mrs-Frodo-Wanna-Be.

Alhamdulillah, dengan izin Allah I made it untuk datang hadir ke majlis sosial dan majlis Ilmu. haippp. bukan sosial yang laga-laga pipi dengan bukan muhrim tu. No No No. Sosial bersama warga IPG Kampus Ipoh. Hehehe.

Hari Rabu lepas my Junior, H3 ada create satu event which is more to socialize and release tension. Konsert 1 Malaysia, 1 Irama, 1Perjuangan tu diadakan bagi memenuhi kehendak kursus elektif mereka;Pendidikan Muzik. Event yang best sebab penuh dengan aksi menggesek, meniup, menghembus, mengetuk dan memetik alat muzik. Orkestra yang super mantap bagi tahap amatur ni memang memukau hadirin dengan dendangan dan paduan bunyi alat muzik yang best. Tahniah to them sebab berjaya melaksanakan satu event yang boleh dianggap besar dan hebat. Artis dan Penyanyi? Opkos lah di kalangan warga kampus jugak; pensyarah dan guru pelatih. Bukan mencari bakat untuk diketengahkan menjadi artis,tetapi hanya berkongsi kepakaran dan menghimpunkan rakan-rakan untuk sama-sama enjoy the show.


promosi besar-besaran taww



Tahniah adik-adik atas kejayaan korang mengendalikan konsert ni.


Selang dua hari selepas merehatkan minda yang serabut di pertengahan minggu interaksi kuliah, Biro Kerohanian dan Moral telah menganjurkan Karnival Sebarkan Bahagia. Event ni tersangatlah  seronok kerana sepanjang 3 hari bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad pelbagai program dan pengisian telah diaturkan. Bermula daripada forum sampailah konsert. Yang ni pun tak kalah hebatnya kerana kerjasama dari NGO mudah-mudahan dapat memberikan yang terbaik untuk semua. Wah! dah macam pengulas rancangan minggu ini pulak. Hehe. Just now baru balik dari forum. Ustazah Fatimah Syarha dengan Yatt Hamzah jadi panel. Memang best ! Segala ilmu berkaitan "Jika Aku Jatuh Hati" memang sangat-sangat berguna. At first datang sebab syok dengar tajuk pasal cinta. Hehehe. Tapi jangkaan meleset sebab Love is not about your Love to HUMAN but we back to basic; Who is The Creator? Kita selalu alpa dengan cinta manusia sampai lupa cinta pada Yang Maha Esa. Event ni sangat-sangat membuka minda untuk I merenung kembali persediaan menuju gerbang perkahwinan khususnya dan mendidik diri menjadi muslimah. Thanks to AJK sebab anjurkan super dupper best punye program! Keep It Up ! ! !


12-14 Oktober. Lihat. Lihat. Lihat.

Tahniah adik-adik BKdM yang organize event best nih ! Thank You !


Selepas review dua program ni, jom layan gambar ! Hew3.

Konsert 1Malaysia 1Irama 1Perjuangan

kaunter pembuangan undi. eh bukan. pembuangan nombor cabutan bertuah. :)

ahli orkestra-vaganza ! hehe

Mrs Frodo to-be & tuan blog !

tudiaaa. geng H3. nyanyi lagu patriotik. :)


acara dah habess.


sesi bergambar dengan artiss dan jemputan VVIP. hehe.

ni lah jemputan VVIP yang humble tu.. kih3. :)



*****


Karnival Sebarkan Bahagia : Forum "Jika AKu Jatuh Hati"






See. I dengan retiss okai ! Yatt Hamzah in the house !  :)

betapa ramai kerumun nak amek gamba. Ustazah Fatimah Syarha & Yatt Hamzah.


selingan sebentar. ni pon artiss okeii.

comell betul ustazah Fatimah ni. harap-harap pasni I pon akan jadi ustazah macam dia. Aminn~

Adore her. bukan setakat berhijrah dengan bertudung, tapi siap sarung tangan lagi !  Insya-Allah !

Belon-belon tu memang mengalu-alukan kehadiran I. hehehe :)


.:: Sepanjang hampir 5tahun setengah belajar di IPG, banyak pengalaman dan pengetahuan telah dikongsi dan dicari bersama rakan-rakan seperjuangan. Semoga segala ilmu yang diperolehi menjadi panduan untuk dijadikan sempadan mahupun tauladan yang mendewasakan diri ini. Syukur Alhamdulillah ! ::.


Thursday, October 04, 2012

Counting Days . . .

Assalamualaikum readers.

Okey. Im counting down the days. Takut nak menghadapi. Takut sedih dan terlalu sebak. Sebelum ni tertunggu-tunggu kedatangan harinya. Bile nak dekat dah, semakin takut. Haisshh. *tuhla. dulu nak sangat kan. Now? hmm.

Assobru Minal Iman. |Semoga Allah permudahkan segala urusan ~ | Aminn .

Wednesday, October 03, 2012

Counting Days . . .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum readers.

Dah lama rasanya I tak menulis kan? Sangat sibuk sampai terpaksa meninggalkan blog yang bersawang. Okey, Mari sudahi kesibukan itu dengan Wabillahi Taufiq Wal Hidaayah. Wassalamu Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

I sedang mengira hari ni. Mengira hari untuk jeng jeng jeng. Sebak, Terharu, Gembira, Sedih semua ada. Semoga Allah permudahkan I untuk melalui semua itu. Aminn ~

Till then. . . 

Wednesday, September 05, 2012

Darah Manis ? ? ?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and hi to my dear readers.

Today just nak share a kind of happiness of mine with u all. I know I ni bukan siapa-siapa tapi sekadar nak berkongsi kegembiraan dan mohon korang mendoakan segala urusan dipermudahkan dan diberkati sehingga perancangan ini selesai. Semoga I kuat, tabah dan sabar selepas ini agar segalanya dapat dipelihara hingga ke Jannah ! Aminnn ~

Perkenalan yang berusia satu tahun telah mendapat restu keluarga. Kami tak pernah merancang ia akan secepat ini tetapi Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kami telah mendaki satu lagi fasa baru dalam perhubungan. Doakan semoga Allah memelihara hubungan kami dan memberkatinya hingga ke ikatan perkahwinan ye kawan-kawan ! Aminn~

nervous sangat masa ni. sejuk je tangan.


salam pastu cakap terima kasih Makcik.

dearest ayah & ibu yang buatkan hari itu berjaya dilaksanakan. <3 u both !

sista yang banyak tolong during majlis


afida the sista yang dah snap banyak gamba :(

rumet & ex-rumet yang banyak tolong sebelum dan semasa majlis. (selepas majlis I buat sendiri kemas2 sebab dorang dah balik.  hehehe)

geng bas sekolah. suprised suprise sungguh !

lovely sirih junjung yang I buat sendiri. Love it !




Terima kasih banyak-banyak kat semua orang dan I mintak maaf kalau ada yang terkurang. Yes,memang banyak kekurangan sampai rasa nak repeat balik majlis tu ! Haippp! 
Astaghfirullah !


.He & Me.

Wednesday, August 29, 2012

Time flies so fast ~

Assalamualaikum readers. 
Just a simple entry sebab tengah bizi sangat2. Hmm...Dah syawal tapi semangat belajar masih lagi tertangguh-tangguh. Banyak lagi bende nak setel. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. 

::3 days to go. ::

Semoga segalanya dipermudahkan.  Aminnn ~ Bolehla fokus yang lain pulak. Teheee ~ 

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Kareem |part 1

Assalamu Alaykum.

Alhamdulillah. Masuk hari keenam Ramadhan. Semoga berkesempatan merasai Ramadhan hingga penghujungnya. 


Ya Allah, berikanlah aku kesempatan menikmati Ramadhan kali ini. InsyaAllah :')

Saturday, July 21, 2012

syukur !

Assalamu Alaykum.

Alhamdulillah sudah satu hari Ramadhan. Syukur juga kepada Allah ayah tak mengamuk teruk-teruk. *kad kredit beliau saya dah TERhilangkan. :'(

Maafkan saya Ayah ! Terima kasih sebab tak marah saya teruk-teruk. Huhu.

Subhanallah ! Allahu Akbar !

Saturday, July 14, 2012

23rd Birthday. |part 1

Assalamu Alaykum. Hai readers.

Huu. Actually besday dah berlalu about a week. Tapi baru harini nk updet katenyee. Hihi.

Masa exact day anniversary birthday (8Julai), ada buat doa selamat sket kat rumah uncle (Pak Uda) sebab we share the same date. Huuu. Ada kek sorang sebijik tuu. But unfortunately, no pics to share masa majlis tu. Tehee ~

Last nite (14Julai) housemates buat seprais. Pegi makan then tiba2 datang sebijik kek dibawa oleh waitress. Kih3. Actually dah expect ada kek sebab Aida tersalah anta sms kat I. She suppose to send sms tu kat Teha, then I yg dapat dulu. Kui3. Tapi debor jugak dalam hati *bile kek nak sampai ni. *betulke ada kek ni. haha. Sememangnye lupa tapi bila dapat sms Aida tu baru ingat yang dia ade pernah cakap nak celebrate this week. Muehehehe. Pics akan diuplod dalam entri berasingan sebab muka sangat sembab! Kena edit dulu. Huhu.

Till then. 
:: Thanks housemates for the lovely cake ! ::

Wednesday, July 11, 2012

Internship | part 1


Assalamu Alaykum. Hai readers...

Just wanna share with u guys pasal Internship I ni. Internship = Latihan Industri. so, u guys mesti boleh bayangkan betapa hectic nye kehidupan sepangjang Internship. dengan nak Kajian Tinadakan. okei. Kajian Tindakan blom sentuh ape pun lagi. puiii kat diri sendiri.

Internship ni I dah plan 3 projek; mural, senamrobik & kuiz matematik.

Alhamdulillah mural dah siap. Lega. tapi mentor request buat lagi untuk aktiviti gotong-royong. Okei,kerana nak markah lebih, sila buat baik yng berpada-pada. Teheheee.

tadaa ! mural oleh cik tangan kayu. kih3.

Senamrobik semalam dah jalan. The kids were enjoyed yesterday as I am. *sebab I yang jadik instructor!  hehe. Sangat happening bila all the school members join. Mujurlah I buat senam seni gitu. So,takla bosan. Paling best bila tengok ada sorang cikgu lelaki (dah kawen okei!!!) enjoy gila berzapin. padahal selama I kat sini dia macam pendiam jee. Teheee~ Objektif tercapai. Happy !

Jumaat ni (lusa) last projek akan jalan; kuiz Matematik. supposed to done it last week tapi sebab member ada motivasi, kita pon mengalah la. Huhuhuu ~

Hopefully semua akan berakhir dengan best! Tak sabar nak habis Internship... !

sudut pandang dekat. idea ni diceduk dari idea exhosmet. hehehe. okeylahhh kan. *bluekk. puji diri sendiri. kih3

Thursday, June 21, 2012

Last Semester as Teacher Trainee in IPG Kampus Ipoh |part 1

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah kerana dengan rahmat-Nya harini I dah melalui hari ke-4 dalam semester akhir (8) untuk menamatkan pengajian dalam bidang perguruan. Segala puji bagi Allah,Yang Maha Berkuasa atas sekelian alam. I berdoa semoga segala perit jerih akan terbayar sepanjang belajar ni apabila I berjaya menghabiskan kesemua program yang perlu untuk membolehkan I bergelar siswazah. Insya Allah !

Semester akhir selalunya menjadi semester paling 'pulun' sebab nak selesaikan internship dan menyiapkan Kajian Tindakan. Sejujurnya, last semester I was like sangat malas nak siapkan kerja. Oleh kerana sudah terhantuk baru terngadah, I berazam untuk fully 'pulun' untuk laksanakan all those things supaya penat lelah selama ini tidak disia-siakan hanya kerana tak siapkan Kajian Tindakan dengan baik. So,few days before eighth semester started I have met my fren to help me rearding this Kajian Tindakan. Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar. Semoga Allah membenarkan sikap rajin itu kekal dalam diri sehinggalah tamat pengajian dan seterusnya menjadi double rajin setelah dipostingkan kelak. Aminn ~

Memories adalah benda paling susah nak dilupakan. Mesti last day jumpe kawan-kawan sepengajian I akan bernangis-nangisan. Tapi hidup mesti diteruskan kan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Just face it coz it is the way u turn to be matured. 

Next week I'm gonna start my Internship. Alhamdulillah tiga kertas kerja projek dah siap. IF the Headmistress agree on my paperwork,I can just do it and finish collecting data for my Kajian Tindakan. Tak sabar rasanya nak masuk sekolah semula,jumpa anak-anak murid. Yes, I missed them actually. Huhuu.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku, lancarkanlah perjalanan setiapnya dan Kau rahmatilah kehidupanku."
Aminn Ya Rabbal A'lamin ~

presenting u guys dua orang hausmet yang dah grad tahun 2010 lepas; Fara & Syardia


ni atok Syardia. inspires me untuk gigih belajar ! hehe
the threesome ! hehe
semoga suksess ye kawan :)


Thanks for reading ~

Sunday, June 10, 2012

Kaf Ha Wau Ya Nun. |part 1

Apabila seorang muslim telah mendirikan masjid (berkahwin) maka dia telah menyempurnakan sebahagian daripada Imannya. Maka sebahagian lagi hendaklah dia bertakwa kepada Allah. - hadis



|Barakallahulahuma.... Semoga Allah merahmati ikatan rumahtangga yang dibina. Semoga berkekalan kasih sayang kedua-duanya hingga ke Syurga. Aminn ~|

will update very soon.