Thursday, March 31, 2011

Bila Hidayah Menyapaku....


Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.
"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu? Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.
5 tahun lepas..
"Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?" Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.
"Hurrm.... Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini," dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!
"Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,"
Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan. Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagiaan tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.
Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.
"Cakaplah sayang, apa dia?"
Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.
"Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?"
Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
"Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?"
Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.
Lama ditenung mata hazel jejaka yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.
Dan akhirnya dia mengangguk setuju...

"Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!"
"Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke? Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?"
" Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!"
Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika itu dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.
" Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab!"
" Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!" Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.
Dia berasa dunianya gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.
"Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat." Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.
Kakaknya menyambung, "Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bila kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau. Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!'

Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.
Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?
Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!
Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi" (Hadis)
"Adlina, akak nak tanya ni....,'
Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.
"Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?"
Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawab persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?
"Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat" ( Nisa:17)
Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.
'Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.'
Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus–putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.
'Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun ya.'

Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang, namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.
Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.
Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.
'Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi, dia sudah pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. '
Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu? bisik hatinya.
'Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.'
Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.
' Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.'
Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya Rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?
"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya' ( Taubah: 24)
Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!
Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!
'Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ' begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.
Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:
" Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu."
Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.
Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.
Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.
'Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,' Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.
Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.
Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.
'Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.'
Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.
Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu.....

Allah itu Maha Pengampun, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Dia takkan membiarkan hamba-Nya yang mahu bertaubat terus-terusan dalam kesesatan.
Berdoalah memohon keampunan-Nya.

muhasabah: life

"And if Allah touches u with hurt, there is none who can remove it but He; and if He intends any good for u, there is none who can keep back His favour; He brings it to whom He pleases of His servants; And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful" [10:107]



Wednesday, March 30, 2011

muhasabah.

Bismillahhirahmanirrahim.okei. this moning i wanna share with u about 'hidup bermasyarakat'. pasti korang semua tahu kan masyarakat tu ape. tapi aku nak kecikkan sikit ruang lingkupnya menjadi lingkup. eh bukan. menjadi kepada sekolah. lorh,apesal plak nak cite sekolah. kau nih! hehe. ada sebab aku pilih sekolah wey.

hurm.this 2 weeks, aku sedang prektikel kat skolah.eh,kau keje ape prektikel sekolah bagai. hehe. guess what? selama aku duk kat dalam staff room ni, aku asyik dengan kerja aku saja. rph aku, bbm aku, dan video2 aku. haha. cikgu lain lalu lalang belakang aku, aku wat malas tegur je. haish. memang nature aku bukan camni. sebab aku ni kategori banyak mulut! huhu.

so, back to basic...
kalau kau memang tak rajin nak menegur2,jangan kau harap dapat mintak pertolongan seniors yang otai-otai ni. aku pun akan buat bende same kalo junior kat IPG tu buat kerek. ingat aku nak layan kau?sorry sikit! so, aku dah ambil iktibar dan merasakan hidup bermasyarakat ni sangat diperlukan. yang penting kau kena bermuka-muka sikitla kalau nak hidup. tak semua orang kau suka nak sembang dan FYI,tak semua orang jugak suka nak sembang dengan kau. Elehai. name pun manusia. mane boleh tengok orang lain lebih sikit! mesti dia condemn kau. sebab aku pon condemn kau kan! haha.

chill la wey. tak semua orang ikhlas nak berkawan dengan kau. so, kalau kau nak dapat orang yang ikhlas betul-betul nak berkawan dengan kau, pastikan kau ikhlaskan diri kau dulu berkawan dengan dia! hidup ni kan macam karma. lagipun, kalau kau buat jahat dengan orang, sekarang ni Allah bayar cash je! takde nak tunggu dekat nak kiamat. sebab memang Kiamat Sudah Dekat. Insaflah.

well, try to be more matured sebenarnye. yes I am growing up now. learnt my lesson already. I pun bukan muda lagi. Rumah dah kata pergi, Kubur pun dah kata mari. so, sama-sama lah kita perbanyakkan amalan. I pun tak lah baik sangat tapi kita belajar memperbaiki diri dan kongsi sama-sama kebaikan yang kita perolehi.
Bukankah 'Sharing is Caring'?






heart Peace not War!

Tuesday, March 29, 2011

quote for Today.

Let go of the past and go for the future. Go confidently in the direction of your dreams. Live the life you imagined.

It is true that I have had heartache and tragedy in my life. These are things none of us avoids. Suffering is the price of being alive. 




impian saya hampir tercapai

hehe. bunyi cam besa nau impiannye. apedia tu? oh. impian biasa aje. ekekeke.

sebelom ni berat badan saya ialah 68kg. diulangi, 68kg. Sekarang saya berjaya turun sebanyak 14kg! hehe. impian mule nak turun bg 60kg je. Alhamdulillah, sekarang sudah jadi 54kg. satu perkembangan yang sihat. baju-baju suma dah bersaiz besar. paling best sekali, jeans yang dibeli 6tahun lepas masih mampu dipakai! hoyeay! dan sekarang sudah boleh bertukar-tukar attire dengan hosmet yang sememangnye kurus tu! double-like!

banyak lagi impian nak cuba tunaikan. tapi pelan-pelan kayo. jangan gelojoh. ada rezeki insyaAllah. Aminn.

ok,nanti i bebel pasal make-up plak. eceh! ingat kau mak andam ke wey? haha.

Monday, March 28, 2011

Kenapa?

Fuhh... letih rase bile keje berlambak-lambak. Deadline sume nak cepat aje. Kalaulah aku dapat buat keje macam The Flash! *kalaulah* Ekekeke.

Hidup semakin sibuk, segala masalah dapat dilupakan seketika. Harap-harap lupa terus! Bolehkah?
Wuwuwuwu. Rindu lah kat rumah. rindu My lil sis tu.. Tak sabar nak gigit pipi dier! Balik nanti mesti die nak ajak kakak die yang comel ni pegi karaoke. Hahaha. Budak kecik ni bukan main taw!

I want to enjoy my life to the fullest! I want the life i used to go through.
Okey, apa kau merepek ni? Biasalah, bila Idea menulis tak ada tapi jari dok gatai nak updet. Hambek kaw!

Hey, ade meeting ni. Out dulu. Nanti kita cerita lagi kayh! Buhbye~

kesibukan

jarang updet kerana sedang sibuk.
 InsyaAllah akan updet secepat mungkin.
lame tak celoteh kat kedai kopi. 
Muahahaha

heart uolls!

Tuesday, March 15, 2011

quote for Today.

people learn from mistakes.

experience in life teach us to be more matured.

no matter what happened, life must go on.


*****


Sunday, March 13, 2011

Renovation

Peninglah nak fikirkan tema dan elemen yang perlu ade kat kedai kopi ni.
Uhuhu.
Sesuai ke tak eyh konsep kedai kopi i ni?

Gambar ehsan Abang Google
Modal pelaburan kene besarlah kalo nak yang cenggini.
Awak takat bukak kedai kopi online aje kan.
Toksahle nak beria nau!
Tunggu kelulusan Bachelor Degree ni selesai baru bukak bisnes. Hehehe

Yang penting kedai kopi i mesti cengini..
Mesti Punyeeee!!!!


Saturday, March 12, 2011

contest oh contest: Contest SeUnik Namaku

Penaja Utama entri ini

Ceng Ceng...
Haha. Ferst tyme ooO kite join contest-contest nih.
Ekekeke.

Terimakasih kepada cik zie yang sudi menjemput kite untuk join contest die.
sebagai tanda terima kasih, kite dah letak banner contest awak kat entri ni.
*wink satu kali


***************************


Okey,
Since contestnya adalah tentang keunikan namaKu, so kite nak stori mori lah tentang keunikan nama kite nih.
Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan ialah:
  NOOR FADHILAH BINTI BAKRI
Apa yang uniknya dengan nama saya?


Sebenarnya nama ni untuk ibu. Telah dipilih oleh arwah atuk masa ibu dalam perut opah lagi.
 Tapi entah macam mana,nama ibu jadik lain bila daftar.
Plus dengan ke'totok'an lidah Jawa atuk, memang bunyi Jawa sungguh nama ibu!
Oleh kerana saya anak pertama ibu dan ayah maka saya di'honour'kan untuk dapat nama ni.
Yess! Ibu sayang kite lebih! Hehe


NOOR FADHILAH bermaksud Cahaya Kelebihan.
Apa yang lebih?
 Haha...Saya punya berat badan lebih!
 Eh, itu dulu. Tapi sekarang dah slim taw!
Yess! Itulah kelebihan saya kerana mampu menurunkan berat badan 10kg dalam masa DUA minggu!
Okey, berjenaka di situ. Haha.
Saya rasa saya banyak kelebihan. Tapi itu yang saya rasa lah kan.
Kalau nak tahu betul ke tak?
Meh berkawan dengan kite dulu. Baru tahu betul ke tidak. 
Ngahaha. (promot diri sebentar)


Nama panggilan keluarga adalah DILA
Tapi bila lepaking dengan sedara-mara yang sumenye geng mulut longkang dorang suka panggil i DILOD!
Langsung tak glemer lah! Haha


Kat sekolah dulu lebih prefer panggil name FADHILAH
Waduhh! Nampak baik kan.
Ate..Udoh name teman NOOR FADHILAH! Ekekeke.


Sejak habis SPM,keje part-time dan sambung blaja..
Kite dah tak guna nama FADHILAH.
Lebih senang dipanggil FAD. Mudah,ringkas dan catchy!
FYI, sejak bertukar panggilan FAD ni, asek nak TERkentut je!
Dah sinonim sangat FAD dengan Kentut (fart)!
Muahahaha...Gelak satu bakul!



Aisehh..panjang pulak membebel.
So,harap anda semua dah tahu lah yang nama pemilik nelldylabakry.blogspot.com ni adalah...
NOOR FADHILAH BINTI BAKRI

*wink!

Sayalah pemilik nama NOOR FADHILAH BINTI BAKRI a.k.a DILA, DILOD. FADHILAH dan FAD


*eh, tang mana uniknye kat nama kite ni eyh? Haha


tiga kawan yang diTag:

*Teha
*Scha
*Fara

awesome dae with Aida Suraya with full of gediks mode!

ini Osmet saya.
Cik Aida Suraya.
everytime deting dengan dia,,mood mesti jadi gedik.
Hahaha. Bukankah lelaki suka perempuan gedik? Muahahaha
So,,lets enjoy the pitchas~



Lagu panas badan yang terkucil pitchingnye..Hahaha
Credit to Aida!
Horlick Manis utk Aida Suraya
Lepas lepaking @ feveret mamak...Kami pon balik rumah..
Niat hati nak berfotoshut tapi oleh kerana hujan,,,niat dibatalkan.
Sekali lagi tak dapat bergedik santai dengan baby baru saya..

Depan pintu pon jadiklah...
Hueh...B4 masuk rumah, Aida said; "Fad,,,jum amek gamba full dress!"
Aiyark! Depan rumah ka? Okey,layankan saja cik akak kita nih...

Full dress Aida Suraya malam itu dan disimbahi limpahan cahaya lampu Neon. Credit to me!

Okey...
Penat nyanyi+fotoshut depan rumah.
Bersihbersihkan badan then TIDO!

Thanks Aida kerana sudi melayan saya dengan bergedik-gedik bersama saya!
Awak memang best lah!
Nantikan kemunculan gambar-gambar kegedikan bersama dua lagi hosmets!





L.O.V.E

Thursday, March 10, 2011

Entri khas untuk seseorang yang bernama...Nur Fateha bt A. Wahid

Manje2 @ KFC Ipoh Garden
She is an ordinary girl.
But she become an extraordinary when it's the time.

I adore her figure sebab dia kurus!
I adore her when she be with her boyfriend.
They are sooo cool and sweet too.

At first, I'm afraid that I cant stand beside her. Because we totally different.
At last, we made it to build a friendship.

When I got admit to hospital, she helps me a lot!
She willing to take care of me even she was busy with the assignments.
Dammn! I really appreciate what she have done for me.

Dear Fateha,
Aku sayang ko!
Terima kasih kerana sentiasa bersama aku di waktu susah dan senang aku, Di waktu sakit dan sihat aku...
I love u less than Saleh! Ekekeke.


"she dont have to be a gorgeous lady u ever met coz she oredy become a BESTfriend of mine! I am soo grateful whenever I walk and saw her I can still mention, "Hey! Thats my bestie!" Lots of Love for u darling!"

Sukantara Maktab. Tema Harini : Senior Hot dan Cun!
Sweet kan couple nih! Semoga korang kekal bersama Hingga Hujung Nyawa!!!! Aminn~

So u guys...This is my bestie, housemate and best mate! Lef u ketat2 lalink!

L.O.V.E

'happening' @ Genting!

Hai uols. ekceli i baru je balik berjimba dr Genting last weekend.
 having fun with my colleagues and housemates! 
we spent about 10hours up there. wow! 10jam! yelah...plus dengan hujan dan ramainye manusia yang beratur, memang 10jam lah kan... masa banyak dihabiskan untuk beratur tunggu giliran je...main game takdelah lame mane. 

Haishh... Apepon, memang sangat enjoylah! Thanks to aida dan Teha yang sudi merealisasikan impian saya ke Genting last week! juga tidak ketinggalan amer, epiy dan saleh. Korang memang best lah! Enjoy giler! Kalo takde korang, memang tak lah aku nak naik space shot dan rollercoaster tuh semua kan... Pasni aku nak naik yang spiderman tu pulak. Yeayy!!!

Lets enjoy the pitchas~

Amir the Joker!
Waiting for the skyway
Permandangan dari dalam skyway...
Yeayyy! Nak sampai dah!
Melayan mereka naik kerusi pusing nih.. Aku malas naik. Nanti pening! Haha
Space Shot! Nak naik lagi!!!!
Roller-Coaster yeahhhh!!!!

Huu...
Letih ooo...
Next time plan nak g berehat-rehat pulak kat pulau... Hehehe
Mesti best!

Apepon,,,Thanks guys for d superb weekend eventhough malam tu ade someone yg try nak buat aku badmood! Damm! Hahaha.

Sayang ah kat korang!
The couples
The guys
The Baduts!