Monday, November 28, 2011

first step.

salam
hai readers. sejak sampai shah Alam terchinta ni,blog I pon senyap kan. actually banyak yang hendak disetorikan cuma tahap kelapangan dan kerajinan membataskan.

by the way, I just came back from kampung nenek. ada kenduri katenyee. agak besar jugakla feast itu. tapi apa yang membuatkan I kesal is, kenapa saya tertidur bila time orang sibuk kenduri? Ouh Damn! terasa macam tak guna pulang ke kampung kalau hanya untuk tiduran sahaja tanpa menolong. Hopefully, next year (eh,bukan dah next year ke?) azam baru ialah untuk meningkatkan tahap kerajinan dan menumpukan perhatian kepada pembentukan disiplin diri. ini kerana banyak tugas berat yang menanti untuk dipikul selain membuat satu anjakan paradigma dalam hidup.

Semoga apa yang I tuliskan hari ini bukanlah cakap-cakap kosong kerana I really wanted to change myself! Berubah ke arah kebaikan. Pray for me ya peeps! Leb uolls!


Friday, November 18, 2011

this is life.

salam to my dear readers.

fuhh. today is hari berehat I after a week struggle for exam. haha. struggle ke? macam lebih banyak main daripada stadi. tido pon lebih. haish. okei,let bygones be bygones. exam untuk semester ni pon dah berlalu. ngeh3. so, lets continue story and moral of the story for today. hik3.

hari ini dimulakan seawal jam 12 tengah hari. haha. anak dara bangun tengah hari buta! sila jangan ikut perangai tak sopan ini. hihii. bangun-bangun je terus ngadap tv tengok 'FullHouse' series kat ntv7. haha. terok benor perangai! habes tengok tv terus mandi then basuh baju then kemas rumah then jemur baju then keluar pergi bayar bil and lastly pergi kedai mak arep beli lunch. haha. dah bangun lewat,memang takla nak masak-masak kan? lepas makan kita rehat tengok tv,pastu online,pastu baring pastu tidor. pukul 5.30 petang keluar pergi tanjung tualang. Hahaha. cari sekolah praktikum katenyee. kesimpulannya, life tak produktif, progresif dan proaktif langsung kalau bangun time matahri tegak atas kepala!

starts my pencarian at 5.30 pm. about 2hours jugaklah mencari sekolah praktikum I tu. dahla salah jalan. tapi takpe. kalau tak salah,mesti takkan jumpe jalan yang paling dekat nak pergi sekolah kan. huhuu. luckily,sekolah I tu dekat dengan pekan. so,takdela horror sangat. hehe. by the time I sampai tanjung tualang pon almost 8 pm. so,better balik rumah kan. all the way nak balik ipoh tu ade lah jugak usha-usha rumah yang macam okei untuk nak sewa IF I nak stay sana. lagipun next sem praktikum 3bulan. tapi bile pikir expenses untuk minyak kete, sewa+utility rumah (ipoh+tanjung tualang), makan n bla bla bla, baik ulang alik je. I bajet kalau berulang memangla bazir mase tapi I dapat save on sewa 2 bijik rumah. minyak kete+tol about RM200 per month. kalau menyewa kat tanjung tualang tu sebijik rumah cost around rm300. utility bill lagi? haha. apepon,ni baru keputusan awal. I think its better for me sembang dan bincang dengan ayah to find the solution. kan?

wuhuu.nampaknye, semester depan akan jadi lebih mencabar. lebih belajar untuk menjadi dewasa dan lebih perlu bersiap sedia untuk menempuh kehidupan seorang guru yang nantinya akan dihantar ke mana-mana sahaja bersendirian. tiada kawan,keluarga mahupun musuh. belajar untuk membina kehidupan untuk tempoh 50 tahun akan datang. huhuu.

#experience in life teach us to be more matured. mungkin hari ini kita dipinggirkan kawan-kawan tapi itu bukan bererti kita perlu mengalah sebaliknya jadikan ia satu cabaran untuk bersaing dengan yang lain. huhuu~

Saturday, November 12, 2011

menghilang bukan bererti hilang.

salam to my dear readers.

sorry for being silent for a month.no idea or thing to share. catch u guys later;after my exam. btw,I sangat penat harini.travel Ipoh-Sekinchan-Ipoh; attend wedding kawan. hoish. see ya!

jaga diri uolls.

Monday, October 10, 2011

love will tears us apart.

Salam to my dear readers.

Semalam I blogwalking kat this blog kepunyaan dokter. Hehe. Dokter <3 katenyee. Ape yang I suke kat blog dia ni semuanya tazkirah tentang cinta. I really enjoy blogwalking here. 

Tertarik dengan newest entry dia tentang "pisahkanlah kami jika itu membuatkan Engkau lebih redha dengan kehidupanku". Ya Allah! I sangat-sangat terharu selepas membaca entri dokter ni. Deep inside my heart, I berdoa semoga Allah berikan I kekuatan untuk menerima segala qadar & qada' jika satu hari nanti hati wanita I ni diuji sedemikian rupa.|Allahu Akbar !

Setiap orang mengharapkan supaya dipertemukan dengan pasangan yang ideal dan sempurna di mata mereka. Namun,siapakah kita untuk menilai kesempurnaan itu. Yang pasti, one fine day segala kerunsingan tentang pasangan hidup kita akan terjawab dengan sempurna apabila kita telah selamat diijabkabulkan. Am I right ?

Perpisahan dengan pasangan kekasih yang kita ada pada hari ini bukan kerana kita tidak layak mencintai atau dicintai tetapi sebenarnya Allah memberi peluang kepada kita untuk lebih bersedia langsung dapat menggalas tanggungjawab mengemudi bahtera perkahwinan. Allah kan Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang baik untuk setiap hamba-Nya cuma kita je yang kadang-kadang buat-buat tak tahu. #reminding myself.


ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?



~Perpisahan itu tidak pernah membuatkan kita mati.Malah, mungkin kita akan mendapat sesuatu yang terbaik buat diri kita sendiri.


*these two coloured quotes are quoted from dokter's blog.

Wednesday, October 05, 2011

soulmate !

Salam dear readers. Rindu lah nak blogging !
Musim-musim cuti sekolah nak dekat ni mula lah dapat 'saman' yang berderet-deret. Haha. Saman tu nama catchy untuk kad jemputan kahwin. Haha. Tahniah kepada kawan-kawan yang berjaya mengukuhkan persahabatan mereka sehingga ke jinjang pelamin; mengejar syurga cinta. Eloknya yang tengah single mingle tu bolehla minta kawan-kawan yang dah naik pelamin mendoakan untuk jodoh korang pulak. Kan doa orang yang baru mendirikan masjid ni mudah dimakbulkan. Tapi jangan asyik minta orang je doakan kite. Kite pun kenelah same-same berdoa. Tak gitu? Hehe.

I ni asyik cakap pasal orang aje kan. My turn? Hehe. Lame lagi lah uols. Study pun tak habis lagi ni. Tunggulah lepas dah daftar sambung Master nanti ke. Ekekeke. Kadang tu jeles jugak tengok kawan-kawan sume pakat nak membina keluarga. Tak ape lah. Alon-alon kata orang jawa. Slow and steady. Eye on the prize. Haha.

Hmm... Lonely heart; Hatiku Sunyi. It's ok becoz Allah will always be by my side. Tak apelah. I keep praying He sent me the suitable one to be by my side, holding my hand to the right path. Siapalah gerangan jejaka yang telah meminjamkan tulang rusuknya untukku ni ya? Hehehe.

"Ya Allah, jika dia tercipta untukku dan dialah yang terbaik untuk diriku, zuriatku dan agamaku, Kau satukanlah hatinya dan hatiku. Titipkanlah kebahagian-Mu di antara kami. Peliharalah hati kami. Jika dia bukan untukku, Kau jauhkanlah aku dari perasaan kasih dan sayang itu agar kami terhindar dari perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di hatiku. "
Aminn~

This simple doa boleh kite selalu titipkan apabila selesai je solat. Bukan lepas solat je kene doa, bila-bila pun boleh. Sebab Allah kan Maha Mendengar. Jadi, Dia akan sentiasa mendengar setiap rintihan hamba-Nya. Baikkan Allah? Cuma kita je kadang leka dengan hal dunia sampai solat yang lima waktu tu pun buat ekspres aje. Subhanallah!

Moral of the story, jangan lupa berdoa. Mintalah kat Allah semoga hati kita terpelihara dan mampu menepis segala bisikan syaitan. InsyaAllah! Semoga hati dan iman kita sentiasa kuat dan istiqamah. Allahu Akbar!

random song for this entry !
tercipta engkau dari rusuk lelaki, bukan dari kepala untuk dijunjung, juga bukan dari kaki untuk dialasi. tapi dekat di hati untuk disayangi~



gambar rawak untuk entri ini !
ini sepupu lovey-dovey saya; Edy. (paseipa yg pelik muke I tu.haha)

thanks for reading. heart uols ketat-ketat !

Tuesday, September 27, 2011

pinjaman

aku kehilangan. kehilangan seorang teman. teman yang baru kukenali. yang mengajar aku erti kasih,erti sayang. namun Allah lebih mengetahui setiap apa yang di hadapan hatta di belakang kamu. Ya Allah, cekalkanlah hatiku menerima ujian-Mu. tabahkanlah hatiku mengharungi hari-hari yang mendatang dengan redha dan rahmat-Mu. ampunilah segala dosaku, dosa temanku. tempatkanlah kami dalam kalangan orang yang beriman kelak.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di hatiku. Aminn~

Tuesday, September 13, 2011

muhasabah: |doa|


Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).
Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)
Bila berdoa dari hati,
Lalu tangisan hadir membasahi,
Dengan menyerah diri pada Ilahi,
Pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,
Apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati.
Itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita dan DIA rasai dan ketahui,
Yang haqiqinya DIA lebih fahami dan mengerti,
Masakan tidak itu semua terjadi,
Pemilik hati kita, milik DIA yang abadi!
Bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa kepada Allah! Lebih nikmat dan kepuasan yang tidak tergambar kita rasai! Yang penting apabila menghafal doa dalam bahasa arab, kita perlu untuk memahami maksudnya, supaya hati lebih merasai dan menjiwai doa yang dipohon tersebut.
Doa dari hati, bukan sekadar di bibir. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya. Allah... Allah... Allah...!

True friends stab you in the front!

salam to all readers.

Hai. Agak ligat nampaknya kan I menghapdet blog yang usually berlaman web nih. hikhikhik. Today nak meluahkan perasaan sedikit lah. sepi+sunyi. Hakhakhak. Stetmen sangat tak boleh belah. Yelah, sejak-sejak habis praktikum ni memang terasa sunyi. Kalau tak sibuk aje dengan lesson plan lah, BBM lah, tanda kertas lah. Hehehe.

Ni lah manusia. Selalu tak pernah puas dengan ape yang dia ada. Bila bizi, sibuk nak cepat habis sibuk. Dah lapang sibuk nak sibuk. Ekekeke. Kehendak memang begitu. Keperluannya? Renung-renungkan.

Ekcelli, I nak menyatakan rasa sedih sebab dah lama tak keluar lepaking dengan kawan-kawan. Asyik-asyik duduk terperap saje kat rumah ni. Tapi kalau kat Shah Alam memang takleh duduk diam. Ada saja tempat nak pergi. Hahaha. I feel peace here in Ipoh. Nanti nak mintak posting sini terus lah! Hahaha. Tak payah susah-susah nak pindah randah. Wakakaka. *Sanggupkah aku meneruskan kehidupan dewasa aku di Ipoh? Oh Myy....

Life without friends is like 'kera sumbang' when we call it in Malay. Yelah, hidup sorang-sorang je kan. Tapi certain people dia boleh hidup sorang-sorang. Tapi sebenarnya orang yang kata 'I can live without friends' adalah orang yang mempunyai masalah dengan interpersonal. Which means dia tak boleh nak bergaul dengan orang lain and always fikir orang lain tak dapat memahami dia. Whatever. Do My Pretty Face Look Like I Care? Kahkahkah. Itu terpulang kepada individu untuk menilai siapa sebenarnya yang silap bila dia hidup tanpa kawan. As for me, bila rasa macam dah lama tak lepak dengan kawan-kawan, I do contact them and have some chat atleast even thru SMS saja. Ada jugak mereka-mereka yang tergolong dalam kalangan 'laris' ni lebih prefer untuk be friend dengan couple diorang sahaja; their boyfie or gelfie. Yelah, mana pergi berdua aje; macam belangkas. Untungnya mereka berkawan berdua sebab takde chance la partner kau tu nak curang kan. Sedangkan dah kahwin pun boleh bukak dua tiga cawangan,inikan pula baru bercinta. Hmm..Tapi kalau dah memang Allah nak tunjuk, curang jugak. So, fikirlah sendiri. Tepuk dada, Tanya Iman.#Reminding myself too.

Friendship is held to be the severest test of character. It is easy, we think, to be loyal to a family and clan, whose blood is in your own veins. A friend should be one in whose understanding and virtue we can equally confide, and whose opinion we can value at once for its justness and its sincerity. When a friend is in trouble, don't annoy him by asking if there is anything you can do. Think up something appropriate and do it.

So,,kepada uols semua. Dun ever try to be alone living in this world. Yang penting ikhlas berkawan bukan kerana kepentingan diri. Jangan pulak jadi seperti kawan makan kawan. Jadilah kawan yang benar-benar mahu berkawan sebab dengan adanya kawan kita belajar erti kehidupan; kebahagiaan,kebencian,kejayaan.


Lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down. The sincere friends of this world are as ship lights in the stormiest of nights.When you choose your friends, don't be short-changed by choosing personality over character. Wishing to be friends is quick work, but friendship is a slow ripening fruit. 

I think its better for me to stop my entri here. Esok-esok kita sembang lagi. Thanks uol for reading. Im goin out with my friend rite now. How bout u?

Sunday, September 11, 2011

Syawal = Raya

salam to all readers.

hai. sudah beberapa hari yang banyak Ramadhan meninggalkan kita. syahdu! teringat lagi bila masuk je time sahur, mangkit seawal pagi masak lauk sahur pastu makan pastu tengok tb pastu mandi pastu subuh pastu tadarus pastu bersiap g sekolah. fuu~ cemerlang sungguh pagi saya kan???

as for now,back to normal life-monotonous. haish.

i think nak post some pics semasa IdulFitr that day.

enjoy~
syahdu di pagi raya. ekekeke.
perbincangan keluarga-gaya ape nih?
family portrait
pakcik makcik keluarga sebelah ibu
with nenek sebelah ayah
nenek sporting-cucu bertuah!

thats all for now. thanks for viewing.

Friday, August 26, 2011

Minal Aidil Wal Faizin~

Salam to all readers

hai. how ya doin? hehe. by the time I tulis entry ni, I ada kat Ipoh. Still but alone. Haha. Kenapa pulak? Yela,Hosmets semua dah pulang ke kampung. I stay sini lagi sebab nak mengemas rumah dulu. Nanti takde lah penat sangat nak kemas semula bile balik lepas cuti raya. Eh? Did I mentioned raya? Haha. Yelah! Raya le.

Eid Mubarak is just around the corner. But I missed the moment I enjoy Ramadhan Kareem. Alhamdulillah,this time I am trying my harder to collect every single pahala in a day because I never know whether I could have another Ramadhan next year. Allahu Akbar! Im gonna miss the moment wake up early morning, cook for sahur, reciting prayers and Quran, attending Tarawikh and so on.

"Ya Allah! Berilah aku kesempatan untuk menikmati lagi Ramadhan yang penuh barakah dan maghfirah ini. Semoga segala amalanku diterima dan Kau limpahkanlah kehidupanku dengan rahmat dan hidayah-Mu. Aminn Ya Rabbal A'lamin."

Okey,esok I akan balik kampung. Yeah, straight to Opah's house. This year I sangat excited nak celebrate the Eid at Opah's place. I planned of cooking rendang and made some lemang with my lovely cousin,Edy. Haha. Lovely ke? Wekk. Mungkin inilah yang dikatakan kebahagiaan menyambut Syawal sekiranya kita benar-benar menghayati Ramadhan.Wallahu A'lam.

Tomorrow I akan start a long journey. Pick-up my cousin kat Tapah then baru balik kampung. Oredy ask my cousin to find some 'buluh lemang'. Wuhuu. My family will be back on Sunday. Yeay! Tak sabarnya nak bermaafan dan bersyahdu-syahduan di pagi hari raya. One more thing, I never been performing Solat Sunat Hari Raya. So, I would like to have it this year. Insya-Allah.

Di kesempatan ini, I memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata-kata, kekhilafan yang tidak sengaja mahupun yang sengaja kerana lumrah manusia itu tiada kesempurnaan. Tapi dengan adanya kesedaran, insyaAllah kita dapat mendidik dan membentuk diri menjadi manusia yang sempurna. Ambillah yang jernih,buangkan yang keruh. Insaflah di atas segala kelakuan yang telah kita lakukan. Semoga Syawal yang bakal menjelang ini memberi satu pecutan untuk kita memperbaiki diri dan memulakan satu wadah baru yang penuh istiqamah kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aminn~

thanks for reading my simple entri. heart uolss ketat-ketat.

p/s : Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir & Batin. Hati-hati Memandu Pulang ke Kampung. Biar Lambat Asalkan Selamat. Ingatlah Orang Yang Tersayang. Jangan Biarkan Mereka Menangisi Kepulangan Anda.

Tuesday, August 23, 2011

dia bukan Maryam

salam to all.

Hmm...Hari ini I dah masuk ke minggu terakhir prac. Yeahh. As usual; sedih! Haha. But this entry bukan sebab nak story kesedihan pasal prac. Yang tu kite story esok lusa.

jeng jeng jeng...

Just now, my childhood-fren text me. "tunang aku nak nikah dah raya ke-4"
eh!apakah?. pelik sungguh! "bukan ke yang nak kawen tu ko dengan tunang ko. apedaa." rupenye sembang punye sembang punye sembang, baru I tahu yang dorang dah break the engagement for about 3 months! oMg. I kesian sangat kat my fren coz she really loves her fiancee. She never had a boyfriend tapi tibe-tibe jumpa je mamat tu terus jatuh cinta and die bertunang. Tapi nak buat macam mana,mereka dah takde jodoh. Segalanya sudah tertulis.She keep crying sebab dorang suppose to get married on 2010 tapi alasan keluarga tunangannya; "belum cukup duit". Aikk? Alih-alih anak kau nak kawen? apa kes ni makcik? kemain lagi duk mencanang sana sini. My fren ni sangat-sangat malu untuk berdepan dengan orang yang tahu betapa belangkasnya diorang ni. Sabar ye fren. Sabar itu kunci keimanan. Pabila kite sentiasa sabar,Allah akan hadiahkan yang berlipat ganda untuk kita!

Ok,back to my fren. I nasihat dia and cakap pada dia supaya banyak-banyak ingatkan Allah. Yela, mane tahu nanti tibe-tibe die buat keje gile! Haishh. Budak ni bukan boleh caye. Ye, I faham yang die sangat-sangat frustrated n felt betrayed sebab dikecewakan dengan cara macam tu. (Sungguh kejam hamba Allah itu!) Ape yang I boleh cakap,back to basic. Ingat Allah sebab Allah takkan uji hambaNya yang tak mampu menerima ujian itu. Syukur sebab Allah tak beri lelaki tu jadi suami dia sebab Allah lebih mengetahui apa yang ada di hadapan dan di belakangmu. Terlalu banyak hikmah yang Allah sengaja selindungkan di sebalik kesakitan yang diberikan. 

*Allah sengaja datangkan kilat dan hujan di tengah hari kerana Dia hendak menghadiahkan sebuah pelangi"

I pegang ayat tu sampai bila-bila and share it to my fren. Keep praying coz Allah terlalu malu untuk tidak memperkenakan doa hambaNya. Nak-nak pulak ketika kita berada di sepuluh terakhir Ramadhan ni. Pintu langit tu terbuka seluas-luasnya dan doa kite akan lebih cepat sampai kepada Allah. InsyaAllah dimakbulkan.

Sebagai teman yang sama-sama membesar, I just can give her  my support tapi cuma dia yang boleh pilih sama ada nak ambil nasihat I ni as what. I di sini sangat mendoakan Allah memberi ketenangan jiwa dan meningkatkan kesabaran my fren tu. Semoga Allah pelihara dia dari sebarang sifat hasad dan dengki. Semoga Allah berikan dia hidayah dan rahmat supaya dia dapat kuat untuk berdiri di atas kakinya sendiri.

-kadang-kadang I rase ralat bila terpaksa berjauhan dari kawan-kawan yang memerlukan saat diorang sedang berperang dengan perasaan dan kekusutan hati. Tapi inilah kehidupan, setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua. Aminn~-

Saturday, August 20, 2011

muhasabah: life |airmata|



Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya,
Anak :  Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibu   : Sebab ibu adalah perempuan, nak.
Anak : Saya tak mengerti ibu, kata si anak. 
Ibu : (Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.) Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. 
Anak : Ayah, mengapa ibu menangis? 
Ayah :Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan....

Tuesday, August 16, 2011

Bukan hari-hari Mau!

Salam to all readers.

Just a simple-short-fast entri because I kene siapkan BBM untuk kelas esok sebab lecturer nak datang observe. Huhuu. I just nak story about cerita tauladan.

If u guys still remember masa primary skool dulu cikgu ada cerita pasal kisah pengembala kambing dengan harimau. Dua kali orang kampung ditipu dengan pengembala kambing. Kemudian,bila kali ketiga pengembala kambing minta tolong,tiada seorang pun yang datang menolong kerana sudah serik ditipu. |moral of the story,jangan nak berbohong sebab orang akan muak dengan pembohongan kita sampai nanti suatu masa bila kita bercakap benar pun orang taknak percaya.

Ok, guys. I stop my entri till here. See ya in next entri.

Thanks for reading.

Friday, August 12, 2011

Bizy mengalahkan Menteri.

Salam to All.

Aduhh. Lamenye baru nak uplod new entri. Haissh... Kesibukan melanda sepanjang minggu ni kerana lecturer I datang mengobserve. Huk3... Tak kesahla. Yang penting, cepat habis,cepatla setel semua observation then boleh relax kat skola enjoy the last week sebelum habis praktikum. Huhuhu.

Dua tiga hari ni I sibuk sakit kepala saja. Tak tahulah kenapa. Huhuhuu. 

Entri kalau dikarang semasa mengantuk memang takleh nak panjang sangat. So, I better stop here kayh. See ya in next entri. MuahMuah..

Wednesday, August 03, 2011

puasa yang yok, pagi-pagi bukak periok!

Salam to all riders readers.

Alhamdulillah. Hari ini dah masuk hari ketiga kita berada dalam bulan Ramadhan. Tahun ni I sangat teruja nak mengerjakan ibadah puasa. Semoga Allah memberi kesempatan dan melimpahkan rahmatNya kepada seluruh umat Islam supaya segala amalan kita diterima dan hati-hati kita akan sentiasa istiqamah, InsyaAllah.

Sepanjang tiga hari ni belum sekali pun I berbuka or bersahur kat kedai. Semuanya masak sendiri. Hehehe. Nak polish balik skill memasak yang dah lame tinggal. Takot nanti berkarat langsung takleh nak buat ape. Haha.
As usual,everytime nak masak I mesti tanya pendapat hosmet nak makan ape. Kiranya nak jadi macam Jin Lampu; wish and granted! Haha. Bajet disitu.

1st day puasa; I masak sardin+telur dadar+ulam kubis untuk sahur. Then untuk buka konon nak makan mee sup atuk sarman style(arwah). End up,Teha kata nak makan mee hailam. Ambek kau! 1 kuali mummy masakkan! Siap bagi kat jiran sebelah. Hehe.
2nd day puasa; untuk sahur I masak ayam goreng+tumis sayur sebab Teha request. Then time buke rase nak makan kepsi tapi malas plak nak drive. Sudahnye I masak megi tomyam sebab Teha kata nak berbuka puasa dengan Mr. Frodo. Uhuk!
3rd day puasa; I terbangun lewat. Dahla malam tu tak masak nasik. Mangkit2 je terus masak nasi+goreng ikan+tumis terung. Fuhh! mujur sempat! Kalo tak mesti sedih sangat sampai taknak puasa! Hahaha. Time buka terasa macam tak tahu mahu masak apa. Macam nak makan ayam je. Last-last masak ayam mmerah+boiled siew pakchoy served with oyster sauce gravy and fried garlic+'jangan bening' a.k.a masak air. Nyam3.

Huhu. Bulan Ramadhan madah dan modal nak bebel kat belog dah tentu-tentu pasal juaah berbuka puasa dan bersahur. Haha. Ilmiah sikit bolehh? Haha. Uolss tahu tak yang melambatkan sahur tu sunat tapi bukanlah lambatkan sampai pukul 6.30. Agak2 la derr. Haha. Ni I bagi Hadis Rasulullah S.A.W. pasal melambatkan Sahur tu:
"Apabila salah seorang daripada kamu mendengar azan sementara piring sudah di tangan,janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" (Riwayat al-Hakim)

Niat puasa jangan lupa baca. Sunat kalau kita baca niat sebelum tidur lepastu sebelum pejam mata niat dalam hati nak bangun awal untuk bersahur. So, sebelum tidur tu mantapkan niat untuk berpuasa pada esok hari. Seperti sabda Nabi S.A.W; 
"Sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam harisebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya." (Riwayat Imam al-Dar Qutni dan al-Baihaqi)

Rasenye cukup sampai sini dulu stori mori I pasal puasa. Will continue later about Hari Raya pulak. Eh2. Haha.

***random pics for today***
boiled siewpakchoy served with oyster sauce gravy and fried garlic

ayam masak merah fresh from wok!

'jangan bening' jawa style a.k.a masak air.

thanks for reading uolls. heart uolls ketat-ketat.
Marhaban Ya Ramadhan.!

Monday, August 01, 2011

entri cepat tapi kurang padat.

Salam to all readers.

Hai. Huhu. Hari ini dah masuk minggu kelima praktikum. Tapi satu gambar pasal sekolah praktikum I tak share lagi. T__T. Haha. Bukan ape, si orange tu takde bateri. Tak tahu campak mane chargernye. Haishh. Tunggu Aida Suraya belikan katenye. Haha.

Oh ye. Minggu ni jugak merupakan minggu pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa. Oh. Bulan depan mahu raya pula. Aiyoo! Puasa pun baru sehari kecoh raya je lebih. Ok,tamatkan propaganda I disitu. Hehe. This year I puasa bertiga aje kat Ipoh. Untung bertiga. Kalau tak berdua aje sebab hausmet yang lagi tua dua tu dah bekerja. So mereka tak stay dengan I lagi. Ekekeke. Bangun sahur tu sudah mesti kerana ada berkat di dalam sahur itu sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kita melambatkan waktu sahur. Waktu berbuka juga digalakkan mempercepatkannya. Tapi bukanlah lepas azan Asar terus buka! Lepas je yakin dah dengar azan Maghrib terusla baca doa buka puasa dan jamah kurma. Nyam3.

Okeyh. Minggu ni juga I akan balik rumah.  Weehoo! Nak berpuasa kat rumah dengan keluarga katenye. Haha. Lagipun nak uruskan hal insuran kereta, buat ic baru dan juga nak g showroom PROTON. Mysis nak beli kereta katenye. So, mahu diajak kakaknya yang cantik ini temankan. Hehe.

I rase macam takde madah aje nak stori kali ini.Kalau nanti ada hots stori, kita share same-same.




''Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi". 
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

fast forward punye entri nih namenye. haha.

Friday, July 22, 2011

Karma. Padan Muka!

Salam to my dear readers and also stalker. Ekekeke (ade ke?)

Harini dah masuk minggu ketiga I berpraktikum. Hell-yeah,memang best ok! Since ade subjek minor untuk di-observe, so I tersangatlah enjoy. Hukhuk. Enjoy ke?

Hurm,,let me story about the environment of my new-prac-skool. As for me, every sekolah ada waktu best dan waktu tak best. Waktu best dah tentu-tentu time kat kantin! Hahaha. Waktu tak best pulak time cikgu senior dok pandang kerek kat kite. Euuww! Hahaha.
Student I untuk sem ni pun bertambah. Mane taknye, kelas pemulihan ada 10orang. Yang untuk subjek minor kat kelas perdana ni ada 48orang. Hihihii.. Apepun, I sangat hepi sepanjang berpraktikum n doa semoga perasaan bahagia menjadi pendidik tu akan stay sampai I retire nanti. Aminnn~

Untuk semester ni I kene ajar subjek minor which is Bahasa Melayu. Compared from teaching kelas pemulihan dan kelas perdana is about handling classroom management dengan BBM.
Kelas Pemulihan senang sikit nak jaga sebab murid sikit. Tapi kalau budak buat muka layu, cikgu pun mengajar sambil ternguap-nguap. Haha.
Kalau Kelas Perdana ni pulak masya-Allah! Susah oo nak jaga. Bising satu hal, tak dengar cakap. Aiyyoo! Sampai hilang suara nak suruh dorang tak buat bising. Tapi memang pelik la pulak kan kalau budak-budak tak bising. Hehehe. Dulu I pun macam diorang. Dapat cikgu praktikum mengajar, mulalah nak tunjuk perangai. 
Oh Karma! *what u give, u get it back!*

Biar apa pun yang I alami kat sekolah, I take it as a priceless experience. Waktu praktikum ni lah I kene study macam mana budak-budak kan. Nanti tak la terkojot berok siap nangis-nangis bile kene buli dengan budak-budak. Hahaha. Again, its Karma! 


#dulu masa zaman kecik-kecik duduk di bangku sekolah, suka sangat kan menyakat cikgu baru. Sekarang sudah mahu jadi guru, rasakan ape yang pernah kau buat dulu. Wuwuwuwu...#


Thanks for reading.

p/s : Kahwin Sebelom Posting atau Posting dulu baru Kahwin?

Wednesday, July 20, 2011

wonder...

Salam readers..

I just wondering whether I am getting older or My sistas are getting bigger? Hehehe. Already have their boifren. Wuuu.

Friday, July 15, 2011

Fuu...^^

Salam to my dear readers.

It was an hectic week bcoz I kene adapt dengan new environment kat skola practicum yang baru. Fuu~ Got loads of story to share. Ekekeke. See ya in next entry. Love uols much!

Friday, July 08, 2011

NewBornDay, New Me.

Salam to all readers

Hurm. Yesterday (8 July) was my 22nd Birthday. A night before I just celebrate it with my sayang, Teha. We go to karaoke for two hours and singing together-gether. Penat oke. Sampai serak-serak suara emas I ni. Ekekeke. Then singgah ke Taman Budaya sebab osmet baru kami ade rehearsal teater. Pergi sebab tak boleh attend masa hari betul kerana pulang ke rumah. T.T . Then perut lapar so pergi beli Nasi Ayam bungkus and makan di Padang Ipoh. 

Sebenarnya ingat nak celebrate Besday di Ipoh bersama kawan-kawan tapi tiba-tiba terasa mahu pulang pulak bila Ibu duk call kata rindu. She wants me to go back. And Im home now! Ekekeke.

Semalam jugak mase kat skola, kawan-kawan yang prac same-same buat surprise party untuk I. Oh, terharu sebentar! Ekekeke. Murid-murid plak janji nak bagi hadiah hari Selasa depan. Ekekeke. Seronok eh jadi cikgu ni. Muahahaha

Ntah ape yang I merepek ni. Just enjoy the pic. Tapi pic lame sebab terlupa bawak kamera masa berjimba-jimba dgn my sayang yesterday. Ekekeke.

Model Boria!

Telefonis Karaoke



Muke Lapo.

Muke bajet kenyang. Ekekeke
Wuhuu. I rase cun gile dalam gamba nih! Euwww~




Time ni melawat Aida kat Heritage. Ekekeke. Suka lighting dia~

Muke matang sebab dah umur 22. Hehehe. Azam saya mahu jadi yang lebih baik daripada yang sebelum ini dan mahu seorang yang sentiasa berfikiran positif. Huhuhu. Terima Kasih kat Ibu sebab sudi bersusah payah bertarung nyawa melahirkan I 22tahun yang lepas. I Love My Family!!!!


Thanks for reading, yaww~
*nextweek besday Ibu pulak*

Tuesday, July 05, 2011

my Life, my Future (part 4)

Salam to all readers.

Harini merupakan 1st day praktikum I untuk fasa dua. Hehehe. Semester ni lebih mengujakan sebab it takes two months period. Hehehe. Will update some more later.See ya!

Rumah + Tangga


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

taken from iluvislam.com