Wednesday, February 22, 2012

my Life, my Future (part 5)

SALAM.
Hai readers. (*bajet ramai lah orang baca blog anda?yekk!)
sorry for no update.

lately,bz dengan prac plus dengan ketiadaan tenet so memang sangatlah sengsara hokay!

it has been a month I prac kat SK St Paul
BANYAK gila pengalaman yang sangat-sangat berharga diperolehi. Bak kata makcik I "biasalah tu..bunga-bunga nak masuk posting. biar ko tak terkejot kalau tetibe dapat skola camtu."
 hokay,take it as an expensive experience.

Oh iye, now I dah stay dengan my Aunt kat Seri Iskandar. kalau dulu an hour nak sampai skolah, sekarang tinggal 30 minit sajer. hehe. bangun pon dah boleh lewat-lewat. kadang-kadang pukul 7 baru nak gerak. hehehe. Hmm. hari ni nak balik rumah Ipoh. sebab weekend nak balik rumah nenek. nenek rindu saya sudaa. hehe. BELOVED CUCU katenye. euuuw!

Lec dan Guru Pembimbing MAJOR baru sekali observe. Minggu depan nak observe lagi sekali. so kene well-prepared especially PORTFOLIO. dua kali obseve,dapat markah rendah untuk portfolio. well,orang RAJIN katenyee.

okie doke! nak sambung wat BBM nih. jumpa kat next entry.

thanks for reading. heart uolls ketat-ketat!

p/s : adik saya dah beli kereta. tak sabar nak catwalk dengan kereta baruuu.

Wednesday, February 15, 2012

mahu lipatgandakan pahala anda?

Mahu lipatgandakan pahala anda? Nah,ini jawapannya!



8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.



2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”



3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.



4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.



5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.



6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.



7) “Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadith Riwayat Tarmizi)



8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.



Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...


(Hadith riwayat Anas bin Malik)

Tuesday, February 14, 2012

ujian itu hikmah!

sedang kacau fikiranku. harap semua ini berlalu seperti angin bayu.

Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku mengharungi segala dugaan-Mu ini. Daripada Engkau ujian ini datang, dan kepada Engkau jugalah aku mohon ujian ini pergi. Tetapkanlah imanku,Suburkanlah hatiku dengan ikhlas dan istiqamah.
Aminn~

Kita mengeluh apabila Allah turunkan hujan di tengah hari. Tanpa kita sedari,selepas perginya hujan, rupanya Allah mahu hadiahkan kita dengan Pelangi. Semoga pelangi itu akan sentiasa mewarnai kehidupanku secerianya hidupku ini.


|Allah takkan datangkan ujian itu jika kita tidak mampu untuk menghadapinya. Mesti saya mampu! Sebab tu Allah bagi saya ujian ni.|