Friday, July 12, 2013

Kesian + Sedih = Kasihannnn

Assalamualaikum. Dah lame rasenye tak menulis. Dekat 2 bulan dah. sejak-sejak jadik isteri orang ni, kemalasan semakin bertingkat-tingkat berganda-ganda. Apakah maksud ini semua? Kasihan suamiku kerana isterinya ini semakin berat punggung. Kih3. Tapi beliau tetap tabah dapat isteri macam I ni. Beliau sangat memahami 'penyakit buatan orang' yang sedang dialami isteri tercintanya ini. Terbaiklah suamiku! I love u much-much-much.. Hehehe.

Seperti yang korang tahu, I ni merupakan penganggur berjaya sejak menamatkan pengajian bulan November 2012. Alhamdulillah, rezeki itu milik Allah. Dia Maha Mengetahui  apa yang terbaik buat hamba-Nya. Cepat atau lambat kita kena sabar walaupun kadang-kadang tahap kesabaran tu semakin menipis sebab asik kene troll je tentang tawaran kerja. Haishh.. Jadi, Dengan rasa gumbiranya sekarang I dah selamat posting sebagai cikgu di Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati. Mula 1 Julai dah keje jadik orang gomen. HiHii..Jadi orang Key Ell yaww. Tabah tak tabah la kan. Pulak tu berulang setiap hari dari Teluk Intan. Eh. Propa sangat nak berulang Teluk Intan. hehe. Taklah. Gila ke apa nak berulang dari Perak nuh. Kih3. I berulang dari Klang je. Sampailah ke Wangsa Maju. Tepat pukul 6pagi kene gerak dah. Kalau tak, memang sangkut jem lah jawabnye. Syukurlah rumah parents dekat je nak masuk highway. Tak perlu lah nak beratur lama-lama bagai nak tunggu lampu isyarat. Cuma kena sediakan duit kecik buat bayar tol. Hmmm... Sebenarnya Ada hikmah jugak berulang dari Klang ke KL ni. Time management akan jadi lebih teratur . Cuma penat sikit lah sebab dekat sejam memandu kan..

So far environmet sekolah I okay. Cikgu okay, student okay. Harap-harap berterusan lah keadaan ni sampai dapat pindah Teluk Intan. Mesti korang pelik Kenapa nak pindah Teluk Intan pulak kan kan kan? Sebabnya sekarang ni I duduk berasingan dengan suami. Suami keje kat Teluk Intan. I pulak kat KL. Weekend je lah pun dapat jumpa. Sedihnye lah. Kesian cik abang I kene urus diri sendiri. Isteri pun lagi kesian sebab kene travel jauh. Dahla mabuk-mabuk begini. Semoga Allah permudahkan jalan untuk kami sekeluarga hidup sebumbung. Doakan untuk I ye. Aminn~


No comments: