Friday, August 26, 2011

Minal Aidil Wal Faizin~

Salam to all readers

hai. how ya doin? hehe. by the time I tulis entry ni, I ada kat Ipoh. Still but alone. Haha. Kenapa pulak? Yela,Hosmets semua dah pulang ke kampung. I stay sini lagi sebab nak mengemas rumah dulu. Nanti takde lah penat sangat nak kemas semula bile balik lepas cuti raya. Eh? Did I mentioned raya? Haha. Yelah! Raya le.

Eid Mubarak is just around the corner. But I missed the moment I enjoy Ramadhan Kareem. Alhamdulillah,this time I am trying my harder to collect every single pahala in a day because I never know whether I could have another Ramadhan next year. Allahu Akbar! Im gonna miss the moment wake up early morning, cook for sahur, reciting prayers and Quran, attending Tarawikh and so on.

"Ya Allah! Berilah aku kesempatan untuk menikmati lagi Ramadhan yang penuh barakah dan maghfirah ini. Semoga segala amalanku diterima dan Kau limpahkanlah kehidupanku dengan rahmat dan hidayah-Mu. Aminn Ya Rabbal A'lamin."

Okey,esok I akan balik kampung. Yeah, straight to Opah's house. This year I sangat excited nak celebrate the Eid at Opah's place. I planned of cooking rendang and made some lemang with my lovely cousin,Edy. Haha. Lovely ke? Wekk. Mungkin inilah yang dikatakan kebahagiaan menyambut Syawal sekiranya kita benar-benar menghayati Ramadhan.Wallahu A'lam.

Tomorrow I akan start a long journey. Pick-up my cousin kat Tapah then baru balik kampung. Oredy ask my cousin to find some 'buluh lemang'. Wuhuu. My family will be back on Sunday. Yeay! Tak sabarnya nak bermaafan dan bersyahdu-syahduan di pagi hari raya. One more thing, I never been performing Solat Sunat Hari Raya. So, I would like to have it this year. Insya-Allah.

Di kesempatan ini, I memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata-kata, kekhilafan yang tidak sengaja mahupun yang sengaja kerana lumrah manusia itu tiada kesempurnaan. Tapi dengan adanya kesedaran, insyaAllah kita dapat mendidik dan membentuk diri menjadi manusia yang sempurna. Ambillah yang jernih,buangkan yang keruh. Insaflah di atas segala kelakuan yang telah kita lakukan. Semoga Syawal yang bakal menjelang ini memberi satu pecutan untuk kita memperbaiki diri dan memulakan satu wadah baru yang penuh istiqamah kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aminn~

thanks for reading my simple entri. heart uolss ketat-ketat.

p/s : Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir & Batin. Hati-hati Memandu Pulang ke Kampung. Biar Lambat Asalkan Selamat. Ingatlah Orang Yang Tersayang. Jangan Biarkan Mereka Menangisi Kepulangan Anda.

No comments: