Tuesday, April 26, 2011

Munakahat - Bukan mahu jadi jahat. Hehe.

Assalamualaikum.
Dah lame jugak I tak apdet blog sejak-sejak habis praktikum ni. Haha. Mane tidaknye, balik maktab semula terus sibuk dengan kerja-kerja kebajikan.Eh,bukan-bukan. Haha. Sibuk dengan kelas sebab nak ganti semula kredit hours yang takdan buat untuk contact time. Hehe. Camnilah kehidupan guru pelatih.

Ok. Actually entri ni saje I tulis sebab nak share dengan uol pasal weekend I yang sangat hapPENING. Haha. Mane tidaknye, my Saturday morning starts at 6.25am. Bangun,Subuh then pergi jogging. Ops! Did I mentioned jogging? Yes,I am. Haha. Jogging pagi-pagi sebab the whole day I akan busy dengan majlis kahwin. Eh,silap-silap. Kursus kahwin. hehe. Mesti uol tertanye-tanye bile I nak kahwin kan? Oh,,,Ibu I kate hujung minggu depan I akan kahwin. Eh. Apakah? Haha. Taklah. I saje je ambik kursus kahwin. Nak memantapkan ilmu yang ada sedikit tu. Dah settle kursus ni, takde lah nanti I sibuk-sibuk nak kursus lagi.Memandangkan kehidupan sebagai guru nanti akan sentiasa sibuk,rasanya tak salah kan?

Alhamdulillah, kursus tu I berjaya selesaikan dan masa exam kefahaman I dapat 38/40. Quite ok kan. Means ilmu yang telah disampaikan I dah faham. It reflects me a lot sebab banyak bende kita perlu sediakan sebelum berumahtangga ni. Especially rohani dan emosi. Kita takkan tahu siapa jodoh kita tetapi bilasaja kita rasa kita dah bersedia untuk berumahtangga, kita kena tahu waktu itu memang kita sudah benar-benar bersedia. Perkahwinan adalah satu ikatan yang menjalinkan silaturrahim dua buah keluarga dan kita perlu saling bertolak-ansur dan bekerjasama untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa dalam keredhaan-Nya. Bukan senang nak bentuk keluarga yang begini. Tanpa ilmu, kita tak akan dapat menangkis segala kekusutan yang pasti akan didatangkan oleh Allah. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah. Eh. Ada kena-mengena ke? Lantakla.

At first, I ajak ramai jugak membe-membe pergi daftar. Last-last kami berempat je yang daftar. Berempat? Yeehaww! I, Teha, Saleh dan Epiy. Jadi, tidaklah bosan kerana keseorangan di bilik kuliah mawar yang sejuk gila ekon dia tuh! Hahaha.

 So,mari jamu mata anda lihat pitchas I~

Lihat! 'Menuju Gerbang Perkahwinan' Semangat sungguh!
With my Teha sayang.
Kebuhsanan keterlihatan disitu! Hahaha.

Okeyh. Tu suma masa hari 1st I attend kursus.
Next pitchas~

Loike this pic! Suwwit gitew~
Tekun menjawab ujian kefahaman... 38/40!
Open-Book Test je pun.. Haha
2 jejaka yang menemani. Saleh (Teha's Fiancee) dan Epiy (Aida's Fiancee)
Tok Kadhi rambut pacak! Auww~
Tak banyak gambo yang sempat di-snap. Yelah, I pergi kursus kahwin ni sebab betul-betul mahu kursus. Hehehe. Tekun je dengar ceramah ustaz-ustaz tu suma even ngantuk. Now, I dah ada 'Lesen L' nak kahwin. 'Lesen P' belom boleh ambik lagi sebab masih tak ade calon. Hahaha. Perjalanan hidup masih jauh dan masih banyak I nak kecapi dalam life ni. Yang penting, umo 29tahun punye matlamat hidup I betul-betul mahu achieve! InsyaAllah.Aminn~

kawan : kenapa gatal-gatal pergi kursus kahwin awal-awal? Dah kemaruk nak kahwin ke?
I : Perlu kemaruk kahwin dulu ke untuk pergi kursus kahwin?
kawan : Dahtu, yang kau gatal-gatal pergi kenapa?
I : ni matlamat hidup aku tahun ni. tak semestinya single tak boleh pergi. Atleast kalau dalam family ade berlaku kejadian-kejadian berunsurkan perceraian, aku ada juga ilmu nak hadapi situasi tu. 

:: Sampaikanlah ilmu walau dengan sepotong ayat ::

No comments: