Sunday, April 10, 2011

Wuttha F!

Assalamualaikum.
Hai korang. Tengok tajuk entri je memang tahu dah yang author die mulut cam longkang. Piapp! Piapp! Tampar mulut. Huhuhu. What The Feeling yang I tengah rasa ni? Rasa macam,,,oh Pliss...Allah,give me the strength!

I don't want to cry anymore. "Allah takkan datangkan ujian kalau kita tak mampu melaluinya!" It has been a long time I tak nangis. I takmau nangis lagi. Tapi I takut menghadapi hari itu. Hari yang I akan pergi meninggalkan semua ini. I dah mula sayang. I dah mula rindu. Bila tak jumpa, I jadi sangat memberontak walaupun hanya melihat wajahnya! Oh, Hati. Kuatlah! (dah kenapeee tiba-tiba berjiwang ni?)

Sekarang I tengah membilang hari. Macam lagu 'Menghitung Hari by Kris Dayanti' tu. 

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari
Terpulang kau orang mahu pikir apa. Yang penting I memang tak dapat nak face bende ni lagi. Agak-agak boleh tak bagi lanjut masa untuk I bermesra? I sedihlah kalau kene meninggalkan. Can I ask for not leaving?

"Woi lah makcik. Dah-dah la tu. Awak praktikum je. Kunun la berat hati nak tinggalkan budak-budak. Tunggulah nanti praktikum 3. Larat ke hidok kamu nak nunggu 3 bulan tu berlalu." Itulah kata senior I bila I cakap I sedih yang minggu ni minggu last praktikum. Maksudnya I akan balik semula ke IPG. Aduhh. Tempat angker tu! Hahaha. Bak kata lagu makcik kerani SKRS "Biasalah, setiap yang bertemu mesti akan berpisah." Alahai makcik mesti rindu kat I kan nanti? Mesti budak-budak pun rindu kat cikgu jojess ni. Wekkk!

Tadi baru je lepas ajar BM untuk budak darjah 2 dan darjah 3. I saje buat-buat emo bile diaorang takmau dengar cakap I suruh senyap. Btw, hari ini cikgu memang totally takda mood nak mengajar. Pakal lah hari ni cikgu pembimbing nak observe. Kalau tak,memang nak ajak budak-budak ni tengok movie je! Hahaha. After P&P BM, I tengah kemas-kemas projektor, datang this one student boy. 

Student : Cikgu ni cikgu baru ke? Cikgu mengajar pemulihan eh?
I : Haah,kenapa?
Student : Boleh tak saya nak belajar kat kelas ni. Saya tak pandai baca. Saya baca gagap-gagap.
I : La..Kamu nak belajar dengan cikgu ke? (dalam hati berbunga-bunga) Dah tu kenapa tak datang masa BM?
Student : Oh, yeke? Takpe. Nanti kalau ada masa BM saya datang belajar kat kelas cikgu ye.

Terharu sekejap sebab ada budak sudi offer diri nak belajar dengan I. Taktahulah sama ada betul-betul nak belajar ke atau saja nak nguratkan I untuk abang dia. Ahahaha. Perasan sekejap saya disitu. Hahaha. Hurm..Kejap lagi I nak renovate balik kelas Pemulihan I ni. Hopefully akan bertambah lebih ceria so that student will love me as well as they love study and made it to be discharged from this class.

Okey readers, I'll share with you pictures of my student. And what made me mad at them most! Huhuhu...

Assobru minal Iman. So, I tersangatlah belajar menahan diri daripada buat benda yang boleh menjejaskan reputasi I as a teacher even my students semua memang nakal dan mencabar kesabaran I. Wuhuu~ C ya!

No comments: