Tuesday, April 05, 2011

my Life, my Future (part 2)

Assalamualaikum
Hai. Hehe. Entri ni adalah kesinambungan kepada entri yang lepas. syok sendiri pulak I ni kan nak post siap to be continued suma. dah macam telenovela! Hahaha.
Seperti yang korang perlu tahu, my career-to-be ni cikgu. kalau nak jadi cikgu sekarang tempoh masa nak belajar 5tahun 6 bulan (termasuk foundation) dan bukan lagi 3tahun. yela, seiring dengan hasrat kerajaan nak meningkatkan taraf kecemerlangan guru ni,tu yang I sempat tua kat IPG! Kalau yang dah lama bercinta tu,ada jugak yang kahwin. IPG bagi kalau nak kahwin dengan syarat tak boleh mengandung sebab kasihan korang kene extend lagi setahun. Hehehe. Memahami sungguh kan IPG ni!

Since 16 Julai 2007, I memang dah jatuh hati kat Ipoh ni. wekk! tiputiputipu! sebenarnya I dah taktahu nak pergi mana kat Ipoh ni. Pusing-pusing pon kat situ jugak. Nak lepak pun setakat Jusco Kinta City dengan Ipoh Parade. Ulang-ulang dua tempat tu aje. Tapi kalau yang sukakan nature macam I ni bolehla ke Kellies Castle ke, air terjun ke, Gua Tempurung ke. Aipp! Dah macam Duta Perak lah pulak. Huhu. So, apabila masuk je tahun satu degree, student IPG ni dah kene buat PBS. Weyy,apa tu? PBS adalah Pengalaman Berasaskan Sekolah yang mana I kene datang sekolah selama seminggu dan buatlah ape-ape tugasan yang lecturer pesan. dalam 2tahun tu,I kene pergi sekolah empat minggu=4kali PBS untuk 4semester.
Yang menariknya,I bebas taw pilih nak PBS kat mane. Yeayy! Dan semestinya peluang ini kami guna untuk berPBS di kampung halaman. sebab waktu PBS selalunya seminggu sebelum atau selepas cuti sekolah. So, I ade 2minggu spent time kat rumah! hehe. (padahal nak pergi merayau je tu!)
As for me, I buat PBS1 kat rumah. Kat sekolah rendah I dulu. Pergh! Macam tak caye je yang I sekarang dah nak jadi cikgu. Bila jumpa cikgu-cikgu lama dulu,dorang bangga kot tengok yang anak didik dorang yang nakal gila waktu sekolah rendah yang suka panjat-panjat pokok ni dah nak jadik cikgu! Memang takkan lupa lah kenangan guling-guling atas padang tu. Hehehe.
When PBS2 takes turn, I pilih untuk buat kat rumah my uncle yang hantar I masa I daftar dulu tu. Ingat tak? Hehe. Lagipun, I jarang datang rumah dia lepas je masuk IPG ni. Yang kali ni I pilih sekolah yang agak kampung sikit environment dia. Saje nak cari kelainan. I heret sekali kawan I sorang datang sini. Huahuahua. 
Bile saja tiba masa untuk PBS3, Ayah pulak suruh I balik rumah. So, sebagai anak yang mendengar kata, I pun pergilah ke sekolah yang dekat dengan rumah I. Lagipun, Ayah rindu kat I. I kan anak kesayangan Ayah! Hehehe. Yang ni pun I bawak kawan I tu jugak. Sebab dia memang suka berPBS kat tempat orang. Nak berjalan tempat orang katanya. Hihi. 
Semester 4 haritu, I buat PBS4 kat tempat yang jauh sikit. Nun di Utara nuh. Ayah macam konfiden tak konfiden je nak bagi I pergi. Dahla drive sendiri. Bukan dekat weyy,jauh tu kat Penang! Hahaha. Kali ni I memang saje nak jalan-jalan. Ngahaha. Tapi yang ni I drag kawan lagi 3 orang. Sorang budak KL, sorang budak Kedah dan sorang lagi anak jati Penang. Masa ni bulan puasa. Pergh! Memang I seronok lah dapat pusing-pusing Penang. Konon nak shopping baju raya lah sangat. Bwekk! Tipu je! Muahahaha.
Sepanjang PBS ni,tugasan lecturer bagi takdelah heavy sangat. Biasa-biasa aje. Most of them bagi task untuk submit dengan coursework. Mostly, dorang suruh I mengajar dan bagi video pengajaran yang I dah buat. Very simple! Lagi satu ini more kepada bagi pendedahan kat kitorang how u run your class and ur lesson plan. So that bila tiba waktu kena pergi praktikum, I takdelah blur sangat nak mengajar bebudak yang macam cakcibo nakalnye ni. Hehehe.

Praktikum? What is tah? Oh, untuk student IPG we call it praktikum. Tapi kat IPT dorang panggil praktikal. Sebenarnya sama je sebab kita mempraktikkan teori yang kita dah belajar dalam kuliah tu kat bilik darjah. So, waktu ni I rase sangat hepy sebab budak-budak akan panggil I 'Cikgu'. Masa PBS kadang-kadang dorang panggil I 'kakak'. Hahaha. Lantakla deme kan. Masa praktikum ni, I memang rase masa untuk lepak-lepak tak cukup. Eh, yeke. Tapi ade pulak masa untuk I berbelog kan. Hehehe. Kalau tak pack sangat, bolehla nak berbelog. Kalau hari ni ada kelas,pastu esok pun ada memang nak makan pun takda masa taw! Mane nak kejar buat RPH, mana nak buat BBM lagi. Kalau yang lagi best, siap tak tido malam sebab nak buat yang terbaik untuk anak-anak murid kesayangan. Nak-nak pulak kalau macam course I ni. Budak-budak yang slow ni memerlukan bahan untuk bantu dorang belajar dengan banyak dan pelbagai. Bukan tu je, kalau lecturer datang pun mulela menggelabah nak prepare semua! Portfolio lagi. Hahaha. Eh, tahu ke RPH dan BBM tu apa? RPH tu Rancangan Pengajaran Harian. BBM tu pulak Bahan Bantu Mengajar. Kalau sehari tak buat RPH, boleh kene saman RM300 on the spot kalau nazir datang. Gilo! Nak taknak memang hari-hari I kene buat RPH.
Praktikum ni ada 3 fasa. Fasa 1,sebulan. Fasa 2,2bulan. Fasa 3,3bulan. Plus minus semuanya 6bulan. 6bulan X 20hari = 180hari I kene ada datang kat sekolah! Tapi untungnya praktikum ni, I dibayar elaun. Sehari RM10. Kalau kumpul,dapatlah RM1800. Kalau tak,memang tak terasa lah banyak camtu. Hahaha. Tapi adat student lah kan. Pernah pulak kau nak kumpul tiapkali dapat duit. Mesti nak tukar henfon lah, nak beli laptop lah, beli motor lah, modified motor lah or even beli kereta! Hahaha. Tapi yang penting biar niat kau buat semua tu untuk belajar. Maksud I kalau korang beli kereta, kereta tu digunakan sebab nak senang pergi kelas. Taklah berpanas berhujan kan. Hehehe. Innamal A'malu Binniat.

Actually, banyak yang I belajar sepanjang praktikum ni. I learned to build repoh yang baik dengan guru-guru senior, I belajar untuk biasakan diri dengan ragam budak, I belajar untuk meningkatkan kesabaran and most of them I belajar untuk mendidik guru menjadi seorang guru yang bersemangat tinggi. Benarlah kata orang, macam mana kita rancang untuk masa hadapan kita, sebenarnya kita merancang untuk mendidik diri dan identiti kita. I sangat bersyukur sebab Allah telah membuka pintu hati I untuk enjoy keputusan I menjadikan teaching as my career. I selalu berdoa yang I takkan leka lagi dan fokus untuk hari muka. I harap u guys pun enjoy dengan apa jua bidang yang u guys ceburi dan jangan sampai tersasar dari jalan keredhaan-Nya. Ingatlah,"Barang siapa mengerjakan kebaikan walaupun hanya sebesar zarah maka Allah akan membalas kebaikannya itu, Barang siapa berbuat kejahatan biarpun sekecil zarah maka Allah akan membalas setiap kejahatannya itu." (Al-Zalzalah 99:7-8). What u give, u'll get back kan? What goes around,comes around. Insya-Allah kita tidak akan tergolong dalam kalangan orang-orang yang lalai dan leka. Aminn~


***sori guys coz no pic for this entri. Huhuu***

No comments: