Wednesday, May 18, 2011

Perempuan, Suci dan dotdotdot

Assalamualaikum.
Hello people!
Semenjak dua menjak ni, I keep dengar some of my friends break-off dengan they all punye boyfriend. Yes, memang sedih dengar perkara tu. Lagi-lagi bile diorang ni boleh dikategorikan sebagai pasangan of the year yang mana pergi nak berdua aje! Macam belangkas gitu! Hehehe. I yang tengok ni pun jeles je. Hehe. For today I just nak share this one thing. It's more like a motivational poem la. Tengah duk busan-busan tadi I google la some 'food' untuk rohani. Ekeke. So here u go.



Perempuan yang suciAdalah perempuan yang dijaga oleh AllahTidak sedikit pun Allah membenarkanMana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinyaWalaupun hatinya…Kerana Allah teramat mencintainya…Tetapi andai kita bergelumangDengan cinta lelaki yang palsu imannyaDi mana Allah untuk menjaga kitaAllah seakan melepaskan kitaKepada seorang manusiaYang lebih banyak mengecewakan kitaJika Allah datangkan kesedaran dalam diriSupaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafikItu bermakna Allah mahu mengambil kita kembaliUntuk dijaga-Nya, dilindungi…Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicariHargailah di atas kesempatan yang Allah beri…



Kita harus bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk kita bertaubat dan kembali. Memang fitrah seorang Perempuan yang mudah lembut hatinya dengan kata-kata cinta yang diucapkan oleh makhluk bernama Lelaki. Oleh itu, berhati-hatilah dalam meniti kehidupan ini. Subhanallah! Kepada yang telah kecundang dalam percintaan, jangan merintih dan terus bersedih dengan apa yang berlaku kerana setiap yang terjadi itu ada hikmah-Nya. Allah hilangkan mentari itu seketika dan datangkan hujan kerana mahu menghadiahkan pelangi yang indah.

Actually harini (19Mei2011) I ade exam. Late night duk study (ye la sangat. hehe) then rindu nak post here. Suasana exam Last  Semester was really different than this Semester sebab dah tak ada dua orang manusia psiko study kat rumah ni. Nak berbentan pun cuma ada I dengan Teha aje. Haish. Taching lah pulak. Ekeke. Okeylah uols. Now dah pukul 1 pagi. I rase I perlu masuk tidur sekarang sebelum terlepas untuk study before exam yang bakal berlangsung pada jam 2.30 petang nanti. Will update some more later. Doakan I boleh jawab exam untuk 5 paper Semester ni ye!  Thanks for reading. Heart uols!

***

 
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Penghulu Istighfar ialah engkau mengatakan “Allaahumma anta Rabbi, laa ilaaha illa anta, khalaqtanii wa ana ‘abduka, wa ana ‘alaa ‘ahdika, wawa’dika mastatha’tu, a’udzubika min syarri ma shana’tu, abu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abu-u bidzambii faghfirlii, fainnahu laa yaghfirudzdzunuuba illa anta” (artinya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkau telah Menjadikan aku dan aku adalah hambaMu. Aku akan menunaikan janjiku terhadap Mu setakat yang aku upaya. Aku berlindung dari kejahatan amalan yang telah aku lakukan. Engkaulah yang mengusai nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan Engkau jugalah Tuhan yang mengampunkan dosaku. Maka ampunkanlah aku. Sesungguhnya tidak ada Tuhan yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau). Beliau bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu siang dengan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum senja, maka dia termasuk penghuni surga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dengan meyakininya, lalu dia mati sebelum subuh, maka dia termasuk penghuni surga”. (HR Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan lainnya dari Syaddad bin Aus)

No comments: