Tuesday, May 10, 2011

hurt feeling then blogwalking.

Assalamualaikum
Hye ol.
I baru je blogwalking nak cari tazkirah ringkas untuk bacaan hari ini (sebab tibe-tibe serabot dan merasakan dah lame tak bertazkirah Ekeke.). Then terjumpe satu blog yang share bout this kind article yang sangat-sangat menarik untuk direnungkan bersama.

Actually, tadi after class I lepak rumah kawan. Tengah duk layan FB dia (since I takde FB) tengok profile kawan-kawan dia yang I kenal, tibe-tibe I sentap dengan this one statement from this one man to this one guy (or maybe BOY). Because I noe this man actually tujukan kat I bout his statement (yeah,I noe this man). Lepas je baca, I terus setat skuter dan balik rumah dan menangis. Tapi lupa yang belum solat zuhur,so cepat-cepat solat dulu sebelum terlebih melayan perasaan (wekk).
Ingat nak call membe untuk share this kecik hati things then I think it's better for me to share with my mum. Yeahh. I called Ibu and told her. She calm me even she's busy that time. I love u Much,Ibu!

Ibu : Biarlah apa orang nak buat dan fikir pasal kita asalkan kita tak buat seperti expectation diorang. Istighfar banyak-banyak.
I : Okey. Dila akan diam je selagi benda tu tak memudaratkan. Lagipun, the more Dila nak backing myself,lagi orang akan nampak yang buruk Dila je kan.
Ibu : Bagus. Kekalkan fikiran macam tu. Kita tak layak nak hukum orang yang buat kita sakit tapi Allah tu Maha Adil. Sabar ye.
I : InsyaAllah. Thanks Ibu. Nanti malam kita gosip yek. 
Ibu : Hahahaha. Make sure kalau Ibu call banyak bende gosipnye! Hehehe.

Itulah Ibu. Dia selalu menceriakan hidup I sejak I dah mula meningkat dewasa ni (actually Dulu,Kini dan Selamanya!). Thanks Ibu. I Heart U!



'Au zubillah himinashsya ita n nirrajim...
bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita , mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. 
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas iaitu ayat:
Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad.
Lamyalid walam yu-lad.
Walam yakul lahu kufuwanahad

... sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. 

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:

'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'.

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.


***thanks http://tazkirahs.blogspot.com for this sweet entri!

No comments: