Sunday, April 03, 2011

my Life, my Future (part 1)

Assalamualaikum.
Hai uolls. sihat semua? harapnya semua sihat supaya dapat mengagahkan diri baca entri I ni. yucks! haha.
Ok. ingat tak dat day I ade cerita pasal sekolah-sekolah thingy ni. hehe. ce ingat, ce ingat. haha.
Actually, I am a teacher-to-be. Huhuhu. sekarang tengah practicum di SKRS (Sek. Keb. Rapat Setia). somewhere in Ipoh.
To be true, I ni cikgu pemulihan; bukan pendidikan khas taw!
so, I would like to share dengan u guys about how I can choose my career-to-be ni.Hehe. those yang tak minat nak baca,okey takpe. Yang willing nak baca, sila siapkan beg untuk muntah. Ekekeke.

First of all, I want to apologize my hosmet sayang,Teha sebab mule-mule kate kat die "aku takmo cte pasal aku kat blog baru!" tapi akhirnya,terpaksa gak cerita. Muahahaha. sorry Teha.


This is My Teha sayang

I dah get-in-to this field since July 2007. About 4 years ago lah jugak. tapi belum rasmi jadi guru (even now!). now I am so-called as "Guru Pelatih". Ha ler. akak tak dapat lagi scroll PISMP tu dik oi. so, guru pelatih je ler.
apa itu PISMP? PISMP stands for; Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. proram ni cuma ada kat IPG aje. Dah ape pulak IPG tuh? oh,IPG = Institut Pendidikan Guru (formerly known as maktab).



Lepas je habis SPM 2006, nak apply keje as a secretary tapi....

I         : Ayah, dila nak keje kat ofis abg Nain. jadi secretary kat Kelana Jaya.
Ayah : Jauhnyee, takde lagi jauh ke tempat kejenye?
(so, interview tak datang sebab baru dapat lesen L motor. Ayah tak percaya lagi.)
and the next week...
Ayah : Kamu nak pergi mane tu?
I         : Ade interview kat depan tu. (depan rumah je pon).
Ayah : Alah, takpayahla. Baikla kamu rehat-rehat dulu kat rumah. Kan dah penat belajar.
I         : Okey. tak kesah. Tapi setiap bulan kene bagi gaji! Muahahaha

Ayah suruh I rehat-rehat dulu. Wow! Sangat prihatin. Sebenarnye dia tak mampu nak upah bibik. So, dia suruh I lah jadik bibik kat rumah tu. Gaji pun murah. Plus, masa tu I ade adik kecik. So I jugaklah jadi babysitter dia! Nak merayau pun tak boleh sebab kene hangkut sekali si kecik ni. Ciss!

Kunun nak jadik secretary. Ni time lecture kat IPIP.


After result SPM keluar, ibu sibuk suruh I apply universiti, politeknik dan lain-lain. Sebenarnye, I nak cari keje dulu. Then baru further study sebab nak blaja pakai duit sendiri. Taknak susahkan parents dah. Tapi diorang tak bagi sebab katanya....

Ibu : Ayah dengan Ibu mampu nak sara kamu belajar lagi dila. Takpayahla sibuk keje.
I   : Alah, dila takmau susahkan ibu ayah lagi la! Bukan taknak belajar. Nak, tapi guna duit sendiri.
Ibu : Jangan nak mengada-ngada. Kamu pilih, nak belajar atau duduk rumah?
(so, I choose belajar lah kan..)

Ibu : Kamu dah apply maktab ke?
I     : Lah..nak kene apply ke?
Ibu : Yelah. Jadi cikgu senang keje ade.
I     : Alahai... Em, yelah-yelah. Esok dila buat.
(oleh kerana ibu suruh, I pun beli no pin maktab dan isi form online.sungguh mendengar kata kan? Heheh)

Course yang I idamkan masa tu adalah English tapi sebab result English tak power, so pilihla yang mane ade English. Mula-mula nak ambil pra-sekolah. Tapi menyedari yang I ni sangat nyampah kat budak-budak (masa tu) so cepat-cepat carik lain. End up I submit "Pengkhususan: Pemulihan Bahasa Melayu/ Sains/ Bahasa Inggeris"

Lepas je isi form tu terus mintak izin ayah nak keje. Then ayah bagi permission. Buat part-time kat hotel 5 star in Shah Alam. Ada lah dalam sebulan I keje lepas menganggur dekat empat bulan jugak. Berhenti keje kat sane sebab tak larat keje masuk 5pm balik 3am. Sungguh tak ade life!

I n KD mase keje as banquet staff


Berkat doa ibu juga, akhirnya I dapat offer interview untuk maktab. Ayah yang tak pernah care dengan study anak-anak dia gembira bukan kepalang dengar I dapat offer maktab. Melihatkan ayah eksaited, I pun pergi je la. Dapat,dapatlah. Tak dapat, What to say kan. Rezeki pun namenye kan. Dahla datang lewat. Pastu bajet nak apply secretary dengan mekap-mekap bagai. Haha. Mase interview pun rasenye tak sampai setengah jam. (macam takde harapan lulus je.)


Lepas je pergi interview untuk masuk maktab I tuka keje kat Sushi King. Kat sini seronok sikit sebab keje 6 hingga 8jam je. Tapi kalau shift habis pukul 11malam, I sampai rumah pukul 1pagi! Ayah pun bising dan Ibu membebel. Aktiviti rayau-rayau terpaksa dihentikan kalau masih nak keje. Aduhhhh! So,kenelah patuh kan..

By the time I almost a month keje kat Sushi King, dapat offer letter dari Poly-Tech Mara; Business Studies. Apa lagi, happynye bukan kepalang. Tapi ibu tak bagi sebab jauh di Kelantan. I pujuk kata minat bisnes lagipun kat Kelantan kos sara hidup rendah. Ibu tak bagi jugak sebab suruh tunggu offer dari maktab. Dengan juraian airmata I kata kat ibu: "Kalau maktab tak dapat jugak,dila taknak belajar! Dila nak keje!" (hahaha. ugut nampak. sila jangan tiru aksi ini!)

Dengan rasa hampa I pun terus je la keje kat Sushi King tu. Dan pada suatu malam yang tidak I ingat tarikhnye, MakSu call tanya dah cek ke belum result interview. Then dia tolong cek sebab rumah I still zaman Jepun. Takda tenet. Muahaha. MakSu call balik dan bagitahu I kene lapor diri kat "Institut Perguruan Ipoh Perak (IPIP)". Oh,really? Macam tak caye je. Tibe-tibe I rase bersalah kat ibu sebab gado hari tu. I just have about 3 weeks nak prepare barang-barang nak belajar semua. So,I resign from Sushi King and start buying things. Hahaha. Macamlah hari-hari kau nak membeli barang kan. Gedik! Saje je berhenti awal sebab kan semuanya ditaja penuh oleh parents so bolehla suka-suka mintak nak beli itu dan ini. Hehehe. (otak jahat mula mengeluarkan mentolnya!)

Hari yang ditunggu pun tiba. 16 Julai 2007 I melapor diri ke IPIP. Siap angkut nenek dan pakcik sebelah ayah yang keje kat TLDM Lumut bersama keluarga dia. Whoaa! Satu family datang nak anta I taw! Huahuahua. Dahla I datang lewat pastu ayah ibu kecoh pulak nak balik awal. Lepas je daftar I kat dewan, dorang sebok-sebok nak balik. Padahal I tak daftar bilik lagi masa tu. Dengan poyo dan rase dah besar I kate; "G jelah balik. Nanti pandai-pandaila dila daftar bilik semua". Apelagi, ayah terus hidupkan enjin kereta dan kata; "Elok-elok. Nanti ada masa ayah datang ye." 
(T.T. Sedihnyee kene tinggal! Ape nak buat, kan kau yang nak sangat. Haha. Padan muka!)

ce carik I yang mane satu?


The day I wrote this post is already 4 April 2011. Which means dah empat tahun setengah I bermastautin di sini. And this two years baki pengajian adalah waktu untuk praktikkan ape yang I dah belajar. Prac near Ipoh jugak lah. Senang lecturer nak datang observe. Pergh! Mula-mula dulu rase macam cannot go je jadik cikgu. I dahla tak suka budak. Pulak tu kos Pemulihan yang sememangnya mencabar kesabaran sebab budak-budaknye lampi (lambat pickup). Tak pasal ade yang mati kene pijak dengan I ni. Hahaha. Tapi tu semua cumalah khayalan. Yang penting kita kena setting niat dan mind yang "Tugas Mendidik Itu Satu Ibadah." Minat boleh dipupuk. Mahu atau tidak saja kita  nak go through it.

tabah kan I ngajor deme nih semua!


Sepanjang I duduk kat sini I rasa sangat bersyukur. Selain diberi elaun (yang tak perlu dibayar) I belajar cara untuk memperbaiki diri. Kalau dulu I ni benci budak, sekarang dah belajar suka pada budak-budak. Kalau dulu I kuat merayau, sekarang I prefer duk rumah. Kalu dulu selalu miss nak call Allah, sekarang rasa macam tak berkat je hidup satu hari. Alhamdulillah, I jadi orang yang punya hati sebagai insan. Kalau I belajar kat U, mesti jadik lagi degil! Hahaha. FYI, masa zaman sekolah I tak pernah mimpi nak further study sebab nak keje dulu then baru sambung blaja. Syukur Alhamdulillah, sekarang I on the way nak habiskan my degree. Sangat-sangat bersyukur. Semua yang berlaku dalam hidup ni banyak hikmahnya. Insya-Allah I'll finish my study on 2012 and will be posted as a remedial teacher in 2013. I plan nak mintak posting ke Sabah sebab nak merantau. Yelah, muda lagi kalo nak mintak posting jauh-jauh. takkan dah tua-tua nanti baru nak merantau? Hehe. Insya-Allah ada rezeki I nak sambung Master in Education. Kahwin? Err..dulu ade la terfikir dan merancang untuk kahwin tapi sekarang tidak lagi. Fokus untuk kehidupan dan masa depan sendiri. Insya-Allah.

psst..Sepanjang I stay kat Ipoh ni baru dua kali ayah datang. Tu pun lepas I habis foundation (2008) dan kene pindah bilik lain (2010). He plans to visit me at my new-house (rented) this month tapi apa pun tade. Nak merajuk ah! Haha.


sedang khusyuk mencari bahan untuk BBM.

"Kami Murid Cemerlang!!!" Every monday I duduk row paling depan kat assembly n jatuh hati sama dua budak kiut ini! psst..yang kanan tu takde gigi depan! Hahaha


***I'm Proud To Be A Teacher!!!***

I want to continue my career-to-be in next entri. Hahaha. Sorry again, Teha.

2 comments:

fara feroza said...

phuhh, berjaya abis kan.hahaha

syok la dpt jadi cikgu..ade gak rase2 nk jadik cikgu tp tak dapat maktab dulu..then masuk le uitm je..:)





meeka

Fadhilah Bakri said...

hehe..Alhamdulillah...tuh la banyak hikmahnye...