Saturday, April 09, 2011

Putus Cinta itu BEST okey!!!

Assalamualaikum
Huu..penat gila joging dari rumah ke IPG. Haha. Adelah dalam 5km berjoging! Hobi gila I ni baru je bermula semalam. Yelah,rasa macam badan dah naik dan memerlukan sedikit penurunan. Ohemji!Balik je joging dan Sampai rumah je terus membalas mesej yang ditinggalkan oleh mereka-mereka yang telah meninggalkan pesanan ringkas dan kemudian terus blogwalking. Seronok tengok blogger-blogger bagi tips untuk orang yang baru lepas putus cinta. Dan rasanya bolehla jugak I share dengan uol semua kan bout this topic? HuuHuu.

Putus cinta memang sakit dan pedih. Nak-nak pulak kalau anda ditinggalkan tanpa apa-apa alasan munasabah dan lagi perit kalau ditinggalkan kerana orang ketiga. Tak kisahlah apa pun sebabnya, hidup mesti diteruskan. Kadang-kadang kita tak boleh nak terima perpisahan itu. Dahla penat-penat bercinta, pastu kau tak hargai. Memang bikin gua panas! Ekekeke. Tapi perlu ke kita nak merayu-rayu lagi kat ex yang dah terang-terang taknak kat kau lagi?

Lupakan je ex kau tu! Bende first korang kene buat adalah menangis. Sebab apa? That will be the last time kau nanges sebab ex kau tu! Lepas tu boh layan aje. Memangla perasaan sedih dan kecewa tu akan tiba-tiba datang. Tapi cuba kau mandi atau lebih afdhal kau pergi solat sunat mohon ketenangan hati. Kan lagi bagus. Dapat pahala free! (penah pulak pahala kene charge?)

Kemudian Pastikan korang akan selalu mensibukkan diri. Join lah kawan-kawan keluar lepak-lepak. Atleast kau tak sunyi dan takkan teringat kat ex kau tu. Beriye kau ingat dia. Kau fikir dia nak ingat kat kau? Untunglaa kalau dia ingat! Hahaha. Korang tahu tak sebenarnya bila kau start je bercinta dengan ex kau tu, kau dah spent more time wif him/her than your friends. See, even kau dah clash kau still ada kawan-kawan. So, kau mintak maaf pada kawan-kawan dan rebuild friendship korang. Takpun kau pergila jogging ke, join aerobic class ke ataupun dancing class. Enjoy single life to the fullest sebab kau dah takperlu susah-susah nak ajak orang lain follow atau meng'cancel'kan plan bilamana everytime ex kau tak bagi kau pergi! Hahaha.

Tolongla....Plisss, jangan kau gatal-gatal nak stalk fb ke, blog ke, twitter ke atau apa-apa sahaja laman sosial kepunyaan ex. Kalau memang kau nak tahu sangat, pastikan kau ajak kawan-kawan untuk tengok bersama. Selain itu, bolehlah kau kutuk-kutuk gambar dia yang huduh-huduh bajet comel tu dengan kawan-kawan ko. Hahaha. Bukan apa, takut nanti emosi kau tak terkawal kau buat yang bukan-bukan. Takperlu kau remove dia dari frenlist sebab tak penting pun kan. Macamlah semua fren dalam list kau tu kau kenal? So buat tak paham aje. Kalau kau rasa laman sosial tu buat kau lagi frust, kau tutup je akaun tu! Lagi tenang hidup! Hahaha

Do not text ur ex! Dont u ever try that! Even untuk tanye apakah salah kau sampai dikecewakan sedemikian rupa. The more u wanted to know, the more it hurt your feeling. Katalah dia ada text kau, buat tak faham je. Paling bagus sekali kau dapat je mesej dari dia,DELETE terusss! Hahaha. Bukan apa, karang kalau kau tak delete mulalah nak gatal-gatal g baca balik mesej dia bagi tu. Macam la I tak tahu. Macamla I tak pernah rasa kan? Hahaha.

Pada I,terapi paling berkesan untuk hilangkan rasa frust adalah dengan memasak. Kau cipta lah apa-apa resepi yang kau rasa best. Spent masa kat kitchen tu. Atleast ada lah jugak ilmu memasak kan. Mana tahu,tiba-tiba pulak ada orang masuk meminang kau. Dah lengkap satu ilmu rumahtangga. Hehehe. Pastu buatlah pertandingan memasak kat rumah korang tu. Ajak family semua join. Dahla dapat gather satu family, dapat makan resepi-resepi hebat plak tu. Wow!!!

Do not show off yang kau sekarang bahagia dengan cinta baru atau kau sekarang sedang high market macam pisang goreng panas bila hujan. Baik kau buat cool je macam takda apa-apa kesedihan telah berlaku dalam hidup kau. Sebab apa, kalau orang tak tahu punca korang putus, orang akan kata kau yang gatal. Layan manusia gedik sana sini. Baik kau buat-buat angel. Insya-Allah lama-lama hati kau pun akan jadi ala-ala angel jugak. Aminn~ Tak salah kau nak mesej dengan teman-teman baru tapi jangan sampai kau hanyut dengan perasaan. Biasalah, waktu tu kita tengah kesunyian dan ada yang sudi menemani tentulah happy. Hati-hati dengan perhubungan yang baru. Bagilah masa untuk diri sendiri dulu sebelum nak start fikir tentang orang lain semula. Janganlah desperate sangat nak cari pengganti. Kalau terkena lagi, dah merana lagi. Haishh... Kalau betul lah teman baru tu nak kawan dengan kau,suruh jumpa family kau dulu. Boleh parents kau warning awal-awal sebelum dia tipu kau. Hehehe.

Even ape pun perasaan yang datang pada ketika korang sedang kesunyian, Ingatlah! Kita kena bersyukur sebab kita masih ada kawan-kawan, keluarga dan yang paling penting kita ada Allah yang selalu kita lupakan semasa sedang masyuk bercinta. Kita patut bersyukur kerana menerima ujian seperti ini sebab tak semua orang dapat merasa ujian macam ni. Allah takkan memberi ujian kepada hamba-Nya yang tak mampu. Allah sayang kat kita,sebab tu Dia tarik sekejap perasaan gelora cinta kita supaya tak hanyut. Anggaplah yang ini satu hidayah dan peluang untuk kita kembali mengingati-Nya. Biar apapun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Ada hikmah atas setiap kejadian tu. If we cannot let it go,our life will stuck in this situation. Which means kau takkan dapat pergi jauh. Hidup kau akan stuck sebab kau rasa yang kau cuma ada ex kau tu dan boleh mati woo kalau dia takda! Chill la. Jangan jadi hamba cinta. Kalau kau dapat teruskan hidup macam biasa dan lebih hot dari biasa, pasti ex kau akan sangat terasa kehilangan kau. Pastu jangan nak riak pulak,istighfar banyak-banyak kalau tiba-tiba perasaan tu datang.

Ape yang I cakap kat atas ni adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Ada jugak certain tips kat atas tu pengalaman sendiri. So, I rase bertuah sebab dapat pengalaman ni and share it with uolls. Kan sharing is caring? 

***Thanks 4 reading. Heart uols ketat-ketat!***

6 comments:

PeYra said...

xpe fad..pengalaman fad ni akan wat ko jd pmpuan yg lagi kuat. x rugi putus cinta dgn dia skang. kalo x putus skang, akan datang dia akan wat cmtu gak.so be strong girl! yg lebih baik menanti

Fadhilah Bakri said...

hurm...terima sebagai hikmah...Ade sebab Allah datangkan ujian tu kan? Mungkin sebab aku terlalu cinta kat dia sampai leka dan lalai... Sekarang Dia nak tarik balik nikmat bercinta yang aku dok gebang2kan tu...Sebab Allah nak hadiahkan cinta yang lebih manis..Huhuhu..Sapa tahu??? Kan3... InsyaAllah~

PeYra said...

dats rite.actually, kalo jd cmni kte spatutnye brsyukur sbb Allah syg kte, die tunjuk keburukan laki 2 awal. ce kalo Allah x bongkar awal2, nnt ko da kawen ngn die, die akan wat bnde same gak. x ke lg meroyan dibwatnye?xpela,pasrah je. doakan je die hepi n brubah ke arah lbey baik k.

MuchuNadh said...

lalink I nak teka ...
Mohd Faizzuddin..
hahahaha...
kalau salah gelak.. kalau betul gelak kuat2 k.. hahahaha...

Fadhilah Bakri said...

peyra....hahaha..aku redha dimadukan selepas kahwin daripada sewaktu bercinta. I Heart Poligami! Tapi aku jadik bini tua lah.. Ekekeke

Fadhilah Bakri said...

muchuNadh....Ekekeke...betul3..Hahahahahaha